assalamualaikum..sekarang ini dah bermula study week untuk final exam 2nd sem. dalam minggu ini sahaja dah 2 orang yang i kenal meninggal dunia. 1st orang kampung i and 2nd arwah din beramboi..orang kampung meninggal sebab sakit tua, arwah din beramboi pulak sebab denggi. tp comfirm la pasal arwah din beramboi..sebab dah lama i tak baca newspaper and tengok tv..
bila dengar arwah din beramboi meninggal barulah i rasa insaf sangat..rasa diri ini hina pun ada jugak..bayangkan lah da berapa lama i hidup..and dah berapa banyak dosa i..dosa pada Allah, pada mak bapak,pada diri sendiri and orng lain..
apa yang i takut sangat ialah i mati tanpa sempat bertaubat and mintak ampun pada semua orang..dulu boleh la kita cakap "ala..belum tua lagi tak payah nak bertaubat.tunggu rambut beruban nanti baru lah rajin2 pergi masjid.." tapi sekarang dah lain.orang muda macam i ni pun da leh meninggal.sebab accident, sakit tak pun kena bunuh.. mati tak mengenal usia..
hidup ini kita tak dapat jangka..tapi ape yang penting ialah janji Allah.. yakni " setiap yang bernyawa pasti akan mati ".. bila dah insaf macam ni banyak persoalan yang muncul :
- apa aku dah buat selama aku hidup?
- berapa banyak dosa aku dan adakah aku sudah bertaubat?
- berapa banyak amalan dan pahala aku sekarang?
- bagaimanakah cara aku meninggal?
- terseksakah aku masa sakaratul maut?
- berapa ramai yang datang untuk menziarah dan mengiringi aku ke kubur?
- adakah aku lambat atau cepat untuk sampai ke kubur?
- adakah aku akan mendapat seksaan kubur atau nikmat di alam barzah?
- jika aku diseksa apakah teruknya seksaan itu?
- adakah syurga atau neraka yang aku nampak?
semua ini akan terjawab bila masanya sudah tiba..dan apabila memikirkannya membuatkan i berasa sesak..hidup tak keruan dan rasa macam diperhatikan..paling terasa ialah bagaikan esok adalah masa i pulak yang meninggal..
tapi apa pun hidup mesti diteruskan..hidup la macam kita nak mati esok sebab apa yang paling dekat dengan kita adalah mati dan apa yang paling jauh dengan kita ialah masa lampau..
No comments:
Post a Comment