Salam.
Saya telah
buat dua new post sempena malam-malam
terkahir ramadhan. Kali ni saya nak berkongsi mengenai bagaimana nak mudah
bangun di waktu sepertiga malam supaya kita dapat melakukan qiyam. Rahsia Rasulullah
s.a.w adalah dengan tidur siang sejenak menjelang waktu zohor.
Tidur sejenak
ini adalah sebagai simpanan. Ialah kita telah penat bekerja pada waktu siang,
jadi kita ambil masa dalam 15-20 minit sebelum waktu zohor untuk tidur
sebentar. Agar selepas itu kita akan kembali segar dan bertenaga untuk
menjalankan aktiviti pada sebelah petang dan malam.
Perkara ini
telah saya praktikkan semasa bulan ramadhan pada kali ini. Alhamdulillah menjadi.
Tetapi saya tidur dalam 30-45 minit la. Kadang kala nak dekat sejam. Penat kemas
rumah. Selepas tidur dalam pukul satu petang tu saya mandi dan usai je mandi
terus azan zohor berkumandang. Jadi saya terus melakukan solat zohor dan
apa-apa yang patut. Ternyata, sewaktu sebelum tidur badan terasa dsangat tidak
bermaya. Alhamdulillah selepas tidur, mandi dan melakukan sedikit senaman (solat
zohor), saya dah kembali bertenaga. Rasa macam baru je lepas sahur. Haha..
Terdapat hadis yang meriwayatkan tentang tidur siang sebentar, oleh itu Jumhur Ulama (Majoriti) mengatakan hukum tidur siang sebentar ini adalah Sunat. Antara dalil mereka ialah hadis Nabi SAW:
قِيلُوا فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَا تَقِيلُMAFHUMNYA: “Berqailulahlah kamu semua, kerana sesungguhnya syaitan tidak berqailulah.”(Abu Nu’aim di dalam al-Tibb)
So boleh
amalkan la ea
p/s: Masa
berbuka makan la ala kadar sahaja. Jika makan sampai perut penuh, paham-paham
je la. Mesti mata rasa berat badan rasa letih.
Rujukan:
1. Dr. Adi Hashman, 2012. Sunat Tidur Siang Sejenak. Mengapa Rasulullah tidak pernah sakit.PTS Millenia Sdn. Bhd.
2. QAILULAH : Tidur Yang Berpahala, 30 Julai 2013. Zulkbo ...nak juga menulis blog.
No comments:
Post a Comment