sebelum dan selepas

hahaha..macam roda impian pulak..sebelum dan selepas,.roda impian ada lagi ke ea? dah la tak lekatkan muka depan tv..cerita apa pun tak tahu...sebelum exam i ada pergi satu perjumpaan untuk budak-budak yang fisio bagi menaikkan semangat kami untuk perform lebih baik dalam final exam.. so daripada program tu dapat la membantu i untuk menjadi lebih positif dalam menghadapi final...cerita mr.leo tentang student dia membuatkan i menangis..tapi ada la yang boringnya dalam program tu..yang lawak pun ada gak..



kami dan tutor kami yang cun menunjukkan azam and goal


tapi yang bengangnya, program ni buat masa study week,..mana tak hangin ye..tapi apa pun..semua da tersurat..at least kami dapat something.. penuh bersemangat i lepas program ni..siap tampal kat dinding bilik lagi kertas yang i tulis pasal goal i..haha..malu tul..semiua dah tengok..tapi i bangga sebab tak semua orang nak bagi tahu apa goal dia kat semua orang macam apa yang i buat..bagus-bagus..

masa exam week pulak macam-macam fe'el yang kami wat..haha..macam pergi keluar la..dengan alasan cari makanan sebab dah boring dengan makanan kat cafe..



ini budak sal and aim..sal bangga tunjuk slip periksa, aim pulak kena sawan apa tah bangga tunjuk gigi..
tapi bagus jugak diorang, nak exam kena la ceria and gembira barulah senang nak recall balik segala info yang kita dah baca..so senang la sikit nak penuh kan buku jawapan walaupun kurang menulis tapi banyak melukis..lukisan tu markah bonus tau..bukan lukis gamba kartun..




ni la muka-muka budak kaya..boring makan kat cafe kolej pergi makan kat secret pulak..ngada-ngada betul..walaupun time exam sudi jugak ea ati,ana and kyah ni gelak-gelak..haha..release tension..penting tu...


masa exam ramai yang bagi semangat kat i..macam syirah..baru jek buat post pasal nak final exam beliau terus jek wish good luck..haha thanks syirah..i luv u..pastu maina pun ada wish gak..asma siap bagi semangat lagi suruh buat betul-betul..time nak exam ni selalu telefon mak, suruh mak doakan and maapkan i..sampai mak pun naik boring nak anggat phone and siap suruh jangan call lagi..hahaa..happy giler..patut la tenang je hati masa jawab exam walaupun ada sedikit kekalutan..


tiap-tiap malam sebelum exam musti message sarah..and beliau pun bagi la macam-macam wish dalam macam-macam bahasa..kadang-kadang i pun xpaham..bagus betul..selepas ni kena belajar la dari beliau..thanks to everyone yang telah banyak bagi semangat and wish i masa exam termasuk la coursemates i..luv u all..


selepas exam pulak, kami semua keluar dari penjara (kolej ) pergi cc kat kl ( nama kampung dia klcc)..just ambil gambar and makan-makan jek..tak shopping pun...haha..penat i posing sampai tak tahu nak wat post ape..

pandai betul posing..kalau tengok dari kiri ke kanan...ketinggian makin meningkat..
(rasanya tak kut mungkin faktor bukit tu yang makin tinggi ke kanan )



kesian i..dah la budak perempuan kedua tinggi dalam kelas..so terpaksa la bengkokkan lutut..
pastu nampak macam tahan kencing pulak..haha..( tapi comel gak )
dari kiri: ad,ati,khai@kyah,sal

 final exam dah habis..so boleh la cuti lepas ni..yea-yea..malam ni nak wat album and cari kawan pulak dalam fb..semua dah bising suruh add..poning kepala nak layan diorang nih..
haha..pandai betul ad ambil gambar..menyerlahkan lagi keindahan klcc..( kuang,kuang,kuang...)
dari kiri ana,sal,khai@kyah,ati

penganti yang jauh

errmm.... masa i di sekolah rendah siapa ea best friends i?? seingat i masa sekolah kebangsaan i selalu kawan dengan asma and baiti..masa sekolah rendah agama pulak i kawan dengan maryam.lama-lama sikit i mula rapat dengan izzati and maina..

masa sekolah menengah pulak i rapat giler dengan asma, baiti , maina and naz..itu pun masa tingkatan 3. masuk tingkatan 4,. asma and naz pergi mrsm..baiti masuk kelas akaun,, so tinggal la i dengan maina jek.. pastu mjula rapat dengan syirah and fatin..rindu giler kat diaorang semua..


                                              haha..cian betul i..gambar diorang ni pun i ambil
                                 kat blog syirah dari kiri: syirah, fatin, maina..cantik betul la diorang 3 nih..


selepas itu,..i teruskan hidup di matrix kat kmj..walaupun sama matrix dengan maina and farzat ( kawan masa sekolah rendah ) tapi i jarang jumpe diaorang sebab i budak hayat n diaorng budak fizik.. tapi selalu la wish untuk jumpe diaorang kat library or cafe or koperasi or depan kuliah..hahahaha...rindu siut..

disebabkan takde kawan nak bergelak ketawa,,so i mula la rapat dengan budak-budak practikum h42..itu pun start rapat and jadi giler-giler masa second sem.. inilah budak-budak practikum i..ada yang manja tahap cacing, ada yang gatal tahap ulat bulu, ada yang pendiam tahap speaker rosak tidak kurang juga ada yang banyak songeh..and suke merepet sebab masing-masing suka makan kerepek..paling rindu kat afikah..bakal cikgu tuh..

tapi antara diaorang semua i paling rapat dengan erika, jiah and jannah..sweet frinds tapi macam-macam fe'el. kadang-kadang pening kepala i bila spend time dengan diorang..tapi diaorang la selalu bagi semangat and kasih sayang kat i masa i tengah sedih and memerlukan seseorang..paling tak boleh lupa time jannah suapakan ubat batuk masa i batuk tengah-tengah pagi buta..



dari kiri: kyah, erika, jannah, jiah

sekarang ni i kat ukm kampus kl pulak..so jumpa la kawan lain..sebab terpaksa berpisah dengan semua kawan so kena la cari kawan lain..manusia tidak boleh hidup tanpa teman..so fitrah manusia kena la ada kawan..so agak normal gak la i ni kan?? kat ukm masa second sem i jadi rapat la dengan roomate and seorng lagi hamba ALLAH nama dia sarah..sweet sangat diaorang..cantik,,baik..suka gelak..semua la..yang buat i gembira and lupa segala kesusahan dalam hati..

sayang semua orang yang pernah hadir dalam hidup i..yang pernah membahagikan hidup i..yang pernah bagi semangat..yang selalu disisi waktu i memerlukan..wat masa sekarang ni yang sangat sayang kat asma..dia banyak dengar isi hati i..thanks asma..semoga ALLAH membalas segala pertolongan asma kat orang..and orang janji yang orang akan sentiasa sokong asma..i dah mula sayang kat sarah..haha..sayang sume kawan-kawan kyah yang cantik lagi baik hati...MMMUUAHH!!

mengawal emosi negatif



sempat lagi ea kitaorang posing dalam makmal terapeutic



semua berlonggok atas gym ball. ni buktikan yang kami ni comel2


aisyee..belum sempat lecturer nak keluar kelas kami dah duduk atas gym ball tuk ambil gambar..masa ini selepas kelas anatomi and kinesiology..madam hannah yang ajar..nak tau sapa dia?
tu.. yang rambut perang and pakai baju warna hitam tu.. mat saleh la dalam bahasa sanskrit..
dia baik apa..suka kat dia bila dia mengajar..lagi time dia kata "ok we do a practical"..hehe..
sebab apa i suka? sebab dah tahu dah sapa yang akan jadi model beliau..sapa lagi klu bukan yew..
dapat la tengok badan dia tanpa seurat benang pun di badan..haha..tapi pkai seluar la..just bahagian trunk jek.. pastu kami kena buat sendiri practical sesama sendiri..


26 april ni exam paper beliau la..risau la..dah la anatomy..bila pikir rasa nak menangis..
rasa mengeletar satu badan..macam pengantin perempuan yang tengah tuggu masa untuk diijabkabulkan..
(betul ke ea..kawin pun belum asal leh ckp macam tu?)


aiyak macam mana ni..pusing kepala dibuatnya..nampak je lama lagi and sempat buat preparation..tapi tahap kerisauan makin hari makin naik..
hiss..takpe2.. mengikut apa yang telah dipelajari dalam khusus pengurusan emosi kita kena la kawal emosi kita..jagan biarkan emosi negative menguasai kita..sebab emosi negatif tidak membantu apa2 pun dalam mengingat..bahkan akan menjadikan kita lupa kerana banyak fungsi otak digunakan untuk memikirkan hal negatif daripada memproses maklumat..

jadi pikirkan positif dan buat yang terbaik..apa pun result yang keluar kita kena terima sebab kita dah buat yang terbaik..biar orang nak cakap apa pun janji kita dah usaha melebihi kemampuan kita dan yang penting kita kena tahu bahawa ALLAH akan berikan yang terbaik untuk kita..sesungguhnya kita lebih suka pada benda yang buruk untuk kita dan kita lebih benci pada benda yang lebih baik untuk kita tanpa kita ketahui..sesungguhnya ALLAH lah yang lebih mengetahui..

everything happen for a reason

i tak tahu nak taip apa kat blog i ini..final exam untuk second sem ni akan mula minggu depan..mula dari 12 april hingga 26april.. i sudah pun buat persiapan awal..buat nota kecik..dan pahamkan segalanya..
so time nak exam i akan menghafal and fahamkan lg dengan lebih mendalam..

kadang-kadang raselemah and tension sangat sampai apa yang baca tak sampai pun dalam hati. tapi i keep trying jugak la membaca. tapi itu pun lepas menelefon mak and ym dengan sapa je la....

rindunya kat rumah, kat mak bapak..mak owg nak mintak maap banyak terhadap segala dosa orang..orang tahu orang banyak dosa dengan mak..mak ampunkan la..supaya orang tenang jawab periksa and rasa yakin dengan diri orang..orang perlukan restu mak..orang perlukan redha mak..sebab keredhaan Allah adalah datang daripada redha seorang ibubapa..

sekarang orang sudah sakit..sakit tekak and batuk,,ni air osmosi punya pasal la..asal la i je yang allergic dengan air osmosis..orang lain ok jek minum bergelen-gelen..aiyak!!

Ya Allah aku minta keizinan Mu untuk melakukan perkara ini :
malam ini 10 april  nak study pasal muscle testing..esok sambung pasal active and passive exercises..pastu  nak belek balik nota-nota yang dah penah cover dulu..sebab i nak cover balik..pastu nak hafal..
Ya Allah, aku mohon Kau redhai, rahmati dan berkatilah segala perancangan aku, kerana aku hanya mampu merancang dan hanya Kau yang berkuasa menentukannya..

aku yakin dengan janjiMU, segala keperitan itu adanya kesenangan..alhamdulilah aku bersyukur pada Mu Ya Allah kerana Kau memilih untuk memberi ujian kepada ku.. pada sangat ini lah aku benar-benar sedar siapa aku setelah lama aku melupakan Kau..ampunkan la segala dosa ku Ya ALLAH..



bilakah tibanya masa untuk ku? adakah aku bersedia menghadapinya?

assalamualaikum..sekarang ini dah bermula study week untuk final exam 2nd sem. dalam minggu ini sahaja dah 2 orang yang i kenal meninggal dunia. 1st orang kampung i and 2nd arwah din beramboi..orang kampung  meninggal sebab sakit tua, arwah din beramboi pulak sebab denggi. tp comfirm la pasal arwah din beramboi..sebab dah lama i tak baca newspaper and tengok tv..

bila dengar arwah din beramboi meninggal barulah i rasa insaf sangat..rasa diri ini hina pun ada jugak..bayangkan lah da berapa lama i hidup..and dah berapa banyak dosa i..dosa pada Allah, pada mak bapak,pada diri sendiri and orng lain..

apa yang i takut sangat ialah i mati tanpa sempat bertaubat and mintak ampun pada semua orang..dulu boleh la kita cakap "ala..belum tua lagi tak payah nak bertaubat.tunggu rambut beruban nanti baru lah rajin2 pergi masjid.." tapi sekarang dah lain.orang muda macam i ni pun da leh meninggal.sebab accident, sakit tak pun kena bunuh.. mati tak mengenal usia..

hidup ini kita tak dapat jangka..tapi ape yang penting ialah janji Allah.. yakni " setiap yang bernyawa pasti akan mati ".. bila dah insaf macam ni banyak persoalan yang muncul :
- apa aku dah buat selama aku hidup?
- berapa banyak dosa aku dan adakah aku sudah bertaubat?
- berapa banyak amalan dan pahala aku sekarang?
- bagaimanakah cara aku meninggal?
- terseksakah aku masa sakaratul maut?
- berapa ramai yang datang untuk menziarah dan mengiringi aku ke kubur?
- adakah aku lambat atau cepat untuk sampai ke kubur?
- adakah aku akan mendapat seksaan kubur atau nikmat di alam barzah?
- jika aku diseksa apakah teruknya seksaan itu?
- adakah syurga atau neraka yang aku nampak?

semua ini akan terjawab bila masanya sudah tiba..dan apabila memikirkannya membuatkan i berasa sesak..hidup tak keruan dan rasa macam diperhatikan..paling terasa ialah bagaikan esok adalah masa i pulak yang meninggal..

tapi apa pun hidup mesti diteruskan..hidup la macam kita nak mati esok sebab apa yang paling dekat dengan kita adalah mati dan apa yang paling jauh dengan kita ialah masa lampau..