mesti ada sebab tapi kenape?

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!! kepada semua umat ISLAM yang membaca my selipar khususnya dan kepada umat Islam diseluruh dunia...semoga satu hari nanti kita akan dapat menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan ibadah haji di mekah al-mukarramah...

sepatutnya pada hari ini kita semua bergembira meraikan aidiladha..selain menghayati peristiwa pengorbanan NABI IBRAHIM a.s dan anaknya NABI ISMAIL a.s kita juga boleh mensucikan harta dan hati kita dengan merakukan ibadah korban..insyallah moga-moga kita dapat keberkatan daripadaNYA..
tetapi dalam kita mensyukuri nikmat Allah ini..aku terasa pilu sekali...amat..teramat pilu sehingga tak tahu nak gambarkan macam mane.hahhhhh...aku hanya mampu mengeluh..

pagi tadi masa aku baca surat khabar berita harian, aku terselak la satu lembaran ni..tajuk dia ape tah.. tapi rencana tu menunjukkan gambar seorang wanita tua sedang terbaring diatas katil dalam keadaan bogel tanpa seurat benang pon..sungguh memilukan dia dah pon ditinggalkan berseorang dalam beberapa tahun oleh anak perempuannya. wanita tua tu, tak mampu berdikari kerana mungkin sudah uzur dan dia pon telah kematian suaminya..

amat-amat menyedihkan, yang hidupnya hanya dihabis kan diatas katil..kencing, berak dan makannya diatas katil..jadi setiap hari dia dikelilingi bau busuk dan hancing.bayangkan lah...dia makan ditempat yuang ada najis..kan kotor tu..bila makanan dah tak ada dan dia berasa lapar dia akan kutip sisa-sisa makanan yang ada diatas katil tu..masyaallah....

anak perempuannya hanya menghantar makanan sekali sekala dan membiarkan lampu rumah terpasang..pintu rumah pula tak berkunci...kalau pencuri atau perompak masuk macam mane lah keadaan wanita tua tu??
jiran-jiran ada menasihatkan si anak untuk menghantar ibunya kepada jabatan kebajikan masyarakat tapi si anak tidak memberikan sebarang reaksi..bila jiran-jiran adukan pada jkm, jkm cakap yang wanita ini ada wang pencen..jadi tak layak untuk dihantar kepada mereka..adilkah ini????adil ke? astagfirullah...

masa aku baca artikel ini..aku terbayangkan mak aku..tak sanggup aku nak bayangkan kalau lah wanita itu adalah mak aku sendiri..tak dapat...sebak dada aku..sampai sekarang kisah malang wanita tua tu masih tak dapat aku lupakan...Ya ALLAH..untuk apa aku hidup ini Ya Allah?? untuk apa? untuk apa Kau berikan kehidupan ini kepada ku?..kalau aku tak mampu membantu si ibu tua itu..untuk apa aku hidup?! apakah nilai hayat ku jika aku tak mampu menjadi khalifah mu.. Ya ALLAH...
mungkin disaat ini aku tak mampu..tapi aku pohon padamu Ya ALLAH ...suatu hari nanti aku dapat menjadi hambuMU yang menjaga hubungan dengan MU dan hubungan sesama manusia.. berikanlah aku peluang Ya ALLAH...peluang untuk aku mencari jawapan kenapa KAU berikan kehidupan ini kepada ku..kenapa KAU berikan ilmu dan kemampuan (kudrat) kepada ku..berikanlah aku pertunjuk Ya ALLAH...

tetapi bila kita pikir dari sudut yang lain..kenapa si anak tetap menjenguk dan menghantar makanan kepada si ibu?kenapa?
adakah si anak masih sayang kepada ibunya?mungkin?
adakah sia anak masih ingin berbakti kepada ibunya?mungkin?

jika dilihat dari sudut ini jelas sekali yang si anak masih menyayangi ibunya..tetapi kenapa dia memperlakukan ibunya sedemikian?kenapa?
bila difikirkan..si anak adalah seorang perempuan..dan dia juga adalah seorang isteri..
bila di ikutkan hukum..apabila telah berkhawin seorang anak perempuan itu, maka syurganya tidak lagi terletak dibawah kaki ibunya..tetapi dibawah telapak kaki suaminya..maka..boleh lah persoalan lain yang timbul disini bagi mengantikan bahawa si anak bukanlah anak yang derhaka..apa persoalan yang boleh dibangkitkan?
1. mungkinkah suami kepada si anak tidak mahu si anak menjaga dan membawa ibunya pulang ke rumah  mereka?
2. mungkinkah kerana taat kepada suami, si anak tidak dapat menjaga ibunya dan hanya curi-curi ke rumah ibunya untuk menghantar makanan apabila dia mendapat izin suami nya untuk keluar rumah?
3. mungkinkah dia takut perbuatannya yang masih berhubung dengan ibunya diketahui suami, sebab itulah dia tidak memberikan sebarang reaksi apabila jiran-jiran menyarankan ibunya dihantar kepada jkm?kerana mungkin jkm akan menyoal siasat dia dan suaminya sebelum menerima kes tersebut.
4. mungkinkah dia nak menghantar ibunya ke rumah orang-orang tua tetapi dia tidak sanggup?tidak mahu dikatakan sebagai anak derhaka dan sebagainya..
5. mungkinkah sia anak hendak menghantar ibunya ke hospital..tetapi tidak menpunyai kewangan yang mengizinkan?mungkin takut si suami mengetahuinya.

apa pun penyebabnya janganlah kita menghukum si anak..mungkin dia ada alasan yang tersendiri..tapi apa pun masalah ini mesti juga diselesaikan..
kepada para wanita diluar sana jika memiliki suami yang tidak benarkan anda untuk menjaga orang tua anda..hantarkan saja mereka ke rumah orang-orang tua.biarlah apa pun tanggapan masyarakat terhadap anda..asalkan kebajikan orang tua kita dapat dijaga..rumah orang tua diwujudkan bukan untuk anak-anak derhaka dan tidak mengenang budi membuang ibu bapa mereka..tetapi rumah ini sebenarnya diwujudkan bagi memudahkan mereka.supaya bila mereka keluar bekerja sekurang-kurangnya..keselamatan dan makan minum ibu bapa mereka terjaga..

dan bagi si suami..walaupon anda ada kuasa..dan si isteri harus taat kepada anda..janganlah anda menyalah gunakan kuasa tersebut..sekiranya isteri anda mempunyai orang tua yang uzur..bantulah dia untuk menjaga mereka..kerana apabila kita telah berkhawin dengan isteri kita..maka ibu bapanya juga adalah ibu bapa kita..tak akan terputus hubungan mulia ini walupun anda dan isteri anda telah bercerai...

renung-renungkan lah...semoga coretan kali ini dapat memberikan seribu kesedaran kepada ku dan rakan-rakan yang dimuliakan sekalian...semoga ada pihak yang akan membela nasib si ibu itu...moga ALLAH memberkati hidup kita semua..insyallah...

my best partners!!!

sepanjang musim praktikal, macam-macam hal yang terjadi dan sepanjang di ppukm dan juga ghkl banyak perkara yang dapat orang belajar. masa inilah dapat kenal sapa dia rakan-rakan satu batch. sikap dan juga hati budi masing-masing.

masa dekat ppukm orang satu group dengan azuan dan si hooi. satu advantage jugak la one group dengan azuan sebab dia banyak pengalaman. selain banyak belajar dengan physiotherapists yang ada dapat jugak menimba ilmu dengan dia. si hooi la yang paling best.. dah la first week praktikal tu orang sakit tekak,masuk jek hari kedua terus ada suara. nasib baik la si hooi ni bukan jenis yang sellfish.so boleh la orang rawat pesakit dengan dibantu oleh si hooi. sebenarnya one patient one student, tp disebabkan orang sakit tekak so kami buat one patient, two students.thank si hooi.
tapi masa tu memang bersyukur gila dapat sakit tekak. disebabkan tu jugaklah dapat buat dengan si hooi sebab takut beb! sapa tak nervous nak pi rawat patient sorang-sorang.mau ye nak nangis jugak dekat situ. masa kat gym outpatient da la nasib terlalu baik sangat sampai dapat dua new cases.mase dapat je the fresh patients..wahhh terus cakap saya tak nak lah..bagi la kat orang lain.tapi masalahnya..orang hanya cakap dalam hati jek..waaaa......memang nak menangis..habis mengeletar satu badan..tp wat selambur jek la..nanti markah kena potong sebab takde self confiden. harung je la....

 masa kat ghkl pulak orang harap sangat dapat one group dengan aim..sebab nanti boleh la main-main..hehe..tapi disebabkan niat dah buruk so orang dapat la one group dengan shein..masa tu punya la frust nasib baik tak frust menonggeng. macam biasalah orang buat nuka macam biasa jek.macam takde apa-apa yang belaku.
tapi bila dah sama-sama dengan shein ni bagus jugak ea..selain dapat share ilmu dengan dia dapat jugak tahu hal-hal peribadi..makin lama kitaorang pon jadi makin rapat.kira macam adik-beradik la,.tiap-tiap pagi bila nak gerak pergi ward musti dia nyanyikan satu lagu mandarin..hehe..so sweet..bila jumpa jek nak peluk, asal jumpe jek peluk..siap manja-manja lagi..hehe..ingatkan keakraban kitaorang ni masa kat ghkl jek rupanya sambung sampai sekarang..best giler..yelah bukan senang nak rapat dengan orang yang belainan agama nih..
rindu pulak kat dia..

hah..tertinggal pulak pasal azuan..disebabkan dia lelaki so takde la rapat sangat.tp disebabkan dah jadi partner..ada la gak dapat chance lunch berdua-duaan.bukannya apa..orang jek sorang budak melayu yang belum makan.aim pulak puasa. yang lain semua budak cina.budak-budak melayu yang lain dah pon lunch sebab diorang group lain.orang,aim dan azuan jek budak malay yang ada dalam first group. second group ramai la budak malay. dipendekkan cerita terpaksa lah lunch dengan azuan berdua kat chowkit.tp bagus gak..sebab dia sorang jek nak makan kat kedai tu.sbb kedai tu mahal.tak kisah la mahal ke tak yang penting sedop!..hehe..
masa kat ghkl terpaksa la gabung dengan si hooi dan azuan sebab clinical educator diorang tak ada masa tu.
so pendekkan cerita lagi..cik norba'yah ( clinical ecucator ) suruh la kitaorang berempat menyorok kat bilik rawatan women health.tapi pembantu klinikal tu tak kasi pulak..kitaorang menyorok la dekat-dekat kawasan tu sebab nak tunggu next educator pulak.masa dok menunggu lama tu orang dengan azuan terbuat posing yang sama (haha..sebennarnya nak cerita ni jek)..orang perasaan tapi buat-buat tak tahu jek.nak tengok reaksi dia.apa lagi azuan padang orang dua tiga kali pastu terus dia dia tukar posisi..haha.. so nilah penangan budak yang share tarikh burfday.hehe...first time jumpa dan jadi kawan rapat padaorang lain yang sama tarikh lahir dengan orang.bila di teliti banyak jugak la perangai kitaorang yang sama..haha..


                                                          inilah shien....ng yee shein.


so pengajarannya disini adalah..apa pun yang kita dapat..kita kena lah terima dengan hati yang terbuka dan fikiran yang positif. bila kite tenang menghadapi segala perkara yang kita tak jangka insyallah...perkara yang kita xjangka dan tak suka itu akan memberikan hasil yang positif kepada kita. hanya dengan syarat terima seadanya apa yang diberikan kepada kita dengan terbuka dan positif. jika kite berfikiran negative maka negative la jadinya..betul tak???
                                                      

patutkah orang nak share bende ni???

huhh..sudah lama tak menulis...sibuk dengan study, praktikal and final exam..so inilah masanya untuk orang menulis semula. kali ini nak cerita tentang masalah sosial yang melanda remaja-remaja Islam sekarang. orang bukan lah tak open minded bab-bab couple ini..orait jek..padahal orang sering dijadikan tempat rujukan kawan-kawan yang ada masalah dalam hubungan masing-masing. kira pakar la gak..haha..

tapi masalah yang menyakitkan hati orang sekarang ini adalah sikap para remaja ni bila dah couple. bukan sekali orang nampak, tapi banyak kali. bukan jauh tapi depan mata kadang-kadang sengaja makin diorang nak tunjuk-tunjuk..pe??? korang ingat korang jek ada pakwe and makwe.orang lain pon ada lah!!!! tapi tak la macam korang!!!

nak tahu ape diorang buat tak? mestilah nak kan? orang nampak diorang buat perkara yang orang tak suka ni kat mana-mana jek..dalam moneral, stesen moneral, shopping complex dan lain-lain tempat yang para remaja macam kita suka melepak and buat leisure activities masing-masing.

diorang buat apa ea? mesti la korang tak tahu kan? hehe.. tak salah nak bercouple tapi kena la berlandaskan Islam.(Islam benarkan kita bercouple ke? tah tak tahu, nanti pergi check ea..) yang salahnya..dah la belum berkhawin tapi mesra macam orang yang sudah berkhawin. picit-picit hidung la, tepuk-tepuk pipi la, pegang-pegang tangan, peluk sana, peluk sini..padahal yang buat semua itu siapa? remaja Islam, pakai tudung..apa benda nih?? hishhh...kadang-kadang naik menyampah...sengaja nak mesra-mesra kat tempat awam. macam takde tempat lain..buat la depan mak bapak ke..depan pak imam ke.. tapi tahu pulak takut..

tahu tak daripada gentel-gental pipi lelaki bukan mahram, picit-picit hidung diorang, pegang-pegang tangan diorang..lebih baik gentel pipi babi, tepuk-tepuk badan babi, usap-usap bulu babi..sebab pegang babi tak berdosa..cuma haram jek..kalau buat semua itu kat seorang lelaki yang bukan mahram bukan sahaja haram tetapi berdosa! pegang babi cuma kena samak..kalau pegang lelaki bukan mahram mana boleh samak..dosa yang dapat itu kena bersihkan dengan taubat nasuha..betul tak?

dalam Islam cuma cakap haram makan daging babi, tetapi tak ada pulak cakap haram pegang babi. kalau dah pegang cuma kena samak jek..kalau nak pegang jugak kena guna kaedah-kaedah yang tertentu. tapi ada tak kita belajar, kalau nak sentuh lelaki bukan mahram atas sebab suka-suka kena guna kaedah-kaedah tertentu gak? tak ada kan? tak ada... cuba lah ingat balik..comfirm tak ada.

at least dalam procedure medical pon seorang doktor or other health professionals ( tak kisah lah lelaki or perempuan) akan mintak izin pada pesakit untuk sentuh diorang..sebelum sentuh dah pun mintak izin..tetapi ini dalam bidang medical. bukan dalam istilah kehidupan seharian kita..mana boleh nak sentuh-sentuh kena mintak izin..sure la akan dapat permission..Islam agama yang mudah..kita boleh sentuh berlainan jantina atas tujuan tertentu seperti menyelamatkan nyawa, dalam medical procedure dan membantu mereka yang lemah.




jadi tolong la jangan nak gatal-gatal pegang sana pegang sini..apa la yang korang dapat? dosa adalah..

benda ini adalah untuk pedoman diri sendiri dan kawan-kawan orang yang orang sayang. sebelum buat apa-apa pikir-pikir la impak yang korang akan dapat selepas korang buat semua itu., kita ni hamba yang kerdil.sering terdedah daripada melakukan dosa. jadi tolong la khairiyah azmah dan yang lain jaga tingkahlaku anda..sayangi lah diri sendiri yang penting fikir dosa yang kita dapat semua itu bukan sahaja jatuh atas bahu kita. tetapi atas bahu ibu bapa kita. tak kesian ke pada diorang.diorang tak akan berdosa sekiranya diorang sudah pun ajar tetapi kite tetap degil nak jugak buat dosa itu. tetapi diorang akan berdosa jugak sekiranya diorang tak penah ajar kita. sebagai seorang anak tak perlulah nak letak semuanya atas bahu ibubapa kita, kita semua kan dah besar panjang,.jadi carilah ilmu itu sendiri. janganlah bagi alasan " ala,,mak bapak saya tak ajar, so mana la saya tahu" apa la guna jadi manusia..cari ilmu dunia pandai tetapi cari ilmu akhirat nak jugak tunggu kena suap dulu..alahai...

so pandai-pandai la sendiri. cuba hidup untuk orang lain bukan untuk diri sendiri. sebab dari situ kita akan berlajar erti hidup yang sebenar..untuk apa kita diciptakan? untuk apa kita hidup? untuk apa kita dicipta cukup sifat? kalau bukan untuk menjadi hamba yang melakukan segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA. serta menjadi khalifahNYA didunia ini..

moga kita semua dapat renung-renungkan..ini semua adalah apa yang orang dan kawan-kawan yang lain rasa dan nampak. walaupun hanya sebesar zarah ini lah yang dapat membuka mata hati dan fikiran kita..betul tak?
sebarang pendapat atau perbingan dialu-alukan..