akan tiba masanya nanti

haha....macam kelakar pulak nak cerita bende ni kat blog..tp untuk mencerikan suasana selepas beberape post sebelum ni asyik tulis bende untuk muhasabah diri apa kata kita santai-santai sikit..haha..ceria ker??
minggu lepas sarah asyik share cerita pasal alam perkhawinan sahaja dalam facebook. so beliau telah memberikan orang ilham untuk tulis new post tapi bukan pasal perkhawinan tapi pasal kisah cinta tak kesampaian orang masa zaman sekolah dulu-dulu..haha...rasanya takpe kut nak share tapi adalah sesetengah nama itu terpaksa tidak disiarkan..malu la beb...

masa kecik-kecik dulu rasanya darjah satu kut,mak ada ajak pergi rumah kawan dia.kawan mak tu merangkap nenek khairul asyraf..ingat lagi masa nak balik asyraf siap sempat lagi bagi gula-gula masa orang dah kat atas motor..pastu nenek dia sempat lagi mengusik "wah sempat bagi gula-gula kat mak we"..masa itu malu giler beb..dah la depan mak..tapi orang wat donno la gula-gula punya pasal takkan nak tolak..tapi kisah itu hanya kat situ sahaja..masa kat sekolah menengah tak pernah pun tegur asyraf kalau terserempak pun hanya senyum dan angguk kepala jek..sampai la ni masing-masing dah besar kitaorang hanya senyum dan angguk kepala je bile terserempak..haha..1 bf dah melepas..

masa darjah enam pulak orang ada la minat sorang budak laki nih..tapi dia kelas 1st orang pulak dari kelas 1st kena masuk kelas 2nd..kesian..tapi result upsr budak-budak kelas 2nd lagi gempak tau dari budak kelas 1st..cikgu-cikgu pun terkejut..haha..tapi orang simpan jek perasaan tu dalam hati sebab orang tengok dia macam tak minat jek ngan budak pompuan..orang simpan perasaan tu sampai la sekolah menengah...tapi sekarang dia dah ade awek so now no more feeling to him!! dah melepas satu lagi..

masa darjah enam jugak, ada seorang budak laki ni suka kat orang  siap tanya lagi.." khairiyah tak pergi ke lawatan pergi cameroon?" haha..dia ingat kalau orang pergi dia pun suka la tapi orang tak pergi..hampa giler dia..kalau suke nape tak cakap awal-awal? hish melepas lagi.tapi orang ni kira baik la..masa form 1 try la bagi kad raya kat dia tapi dia xbalas pun sebab tak tahu alamat orang..pirahh..bukan nak taye kat orang lain..memang dasar lelaki tak gentle betul la mamat tu..baru nak test sikit betul ke dia suka kat orang dah tahu dah dia tu betul2 taknak mencuba dan usaha..ermmm....pastu orang dah taknak pikir lagi..lantak dia lah..

masa form 3 pulak, orang takde la suka kat sapa-sapa..sebab masa ni kan pmr..so nak fokus la..tapi yang terkejutnya ada la sorang budak laki ni suke kat orang..woww!! satu kelas terkejut oo... start dari tu orang dah jadi malu-malu dalam kelas..haha..lawak giler..lagi-lagi kalau jalan terserempak dengan dia..haha..tapi kitaorang belum pon wat kata putus nak couple just orang tahu dia suke orang tapi mase tu orang takde perasan lagi la..sebab pikir nak exam!poyo!sebenarnya dia tak taye pun nak jadi awek dia ke tak..so orang pon diam je la..orang pun pikir orang ngan dia just kawan tak lebih dari itu..i've no feeling to him even once!
so apa yang dia buat orang tak rase apa-apa pun..


kawan ada cerita dia selalu burukkan orang depan budak-budak laki lain..macam "khairiyah yang minat kat aku,aku tak minat pun kat dia, khairiyah yang tergedik-gedik kat aku aku biasa jek" hampeh punya jantan! dia jual cerita palsu tentang orang! boleh bayangkan tak hari-hari orang datang sekolah orang jumpe kawan-kawan lelaki orang..tah ape la diorang pikir pasal orang sedangkan at that time orang tak tahu pun dia dah fitnah orang..tapi i'm the lucky one semua budak laki tu baik dan tak percayakan dia..diaorang tahu orang sapa even xselalu pun borak dengan diorang...nasib baik asma dan harith ada tuk bagi support..tapi orang tak rasa apa-apa pun..asma dan harith je yang terlebih emotional..by the way thanx guys..ingat lagi orang ngan asma anggap harith tu macam abang..dia ajar kitaorang elektrik kitaorang ajar dia pasal jahitan..kelakar betul! rindu la kat asma dan harith..

tapi kisah orang ngan mamat tak guna ni tamat masa form 4..selamat la dia pergi mrsm kalau tak,,tak tahu la sapa nak tolong orang sebab asma dan harith pun tukar pergi sekolah asrama..hehe...masa cuti sekolah sebelum masuk form 4 dia selalu cari orang dan selalu cakap pasal kawin kat orang,,bila dia start cakap pasal tu jek orang terus telak tepon dan terus matikan handset..bapak giler..kencing tak lurus ada hati nak cakap pasal kawin..blah lah!!

so nasib baik sekarang ni dia xcari orang sebab orang dah tukar no phone..dia ada mintak kat mariam nasib baik maryam taye kat orang nak bagi ke tak..memang pengecut kalau nak no phone mintak la sendiri ni nak mintak kat orang lain nampak sangat dia yang terhegeh-hegeh...bla la....

ingatkan dah tak da timbul lagi pasal masalah..tapi masa kat matrik datang laki satu mamat nak kat orang siap nak wat bini lagi.,..astaga... orang dah mula takut dah.. pastu pe lagi tukar no phone la.la ni terpaksa message dia guna no baru..pastu ari tu dia ada bagi message tanya kabo..sampai la ni xjawab..raya ni dia datang umah macam mane la pulak ea..wat xtau jelah..

masa form 5 orang ada complecated relationship dengan classmate..ramai yang setuju dengan hubungan kitaorang tapi kitaorang masing-masing ada commitment masing-masing..haha..

pastu hari tu tengah penat-penat balik kursus first aider kat ppukm..ada la sorang budak utm ni tegur...dari jauh dah nampak dia dah siap-siap berdiri tegak kat tepi jalan..dia tengah tunggu masa orang dan kawan-kawan lalu depan dia..bila orang dah dekat jek dia terus pandang orang sebab masa tu orang jalan paling depan sekali, senyum dan tegur "budak ukm ea?" tapi hari tu orang penat sangat-sangat..orang hanya angguk kepala dan senyum pun macam tak ikhlas jek..huhu..kesian dia...walupon dia tak hensem tapi muka dia sedap la mata memandang..comel..ermm melepas lagi..sejak dari hari itu rasa menyesal sangat-sangat..dan start dari tu jugak la asyik tercari-cari je dia bila pergi kelas kat bys..harap sangat dapat jumpe dia balik..tapi sampai la ni tak ada rezeki lagi..kesian orang...

ermmmm dah banyak lelaki hadir dalam hidup orang tapi orang tetap solo..sebab ni perintah mak,,mak tak kasi couple lagi..mak suruh belajar dulu..sebab tu la sampai sekarang kalau ada lelaki datang je hati ni terbuka tuk diorang tapi tetap menafikannya..orang lebih suka main-main dengan lelaki dan taknak take serius pon..mak bukan halang sangat tuk couple klu hati dah suka terima je la laki tu tapi orang yang xnak..tak tahu kenapa...ermmm...tapi rasanya hati nih dah sedia kut tuk terima seseorang, yang penting dia kena memahami orang..hahaha...tapi sapa ea lelaki tu????tapi buat mase sekarang tak fikir lagi macam mana...nak terima or just sebagai kawan jek..cehh nak terima ke tak ea...ermm tengok dulu lah..

terima kasih kepada lelaki yang pernah hadir dalam hidup orang,
terima kasih kepada lelaki yang pernah menyukai orang,
terima kasih kepada lelaki yang pernah berniat tuk jadikan orang sebagai isteri,
terima kasih...kerana telah memberikan orang pengalaman
dan maaf kerana menghampakan semuanya
maaf juga kerana mencoretkan kisah ini kat blog orang..sebab suke ati la ni blog orang!
suki ati la nak cerita ape pun..lagipun tak ada sapa yang kenal kalian...hehe,,,