Salam.. Kali ini saya nak bercerita tentang tidur pulak. Ramai tahu cara Rasulullah tido, tapi tak ramai tahu kelebihannya.
Ada banyak
gaya untuk kita lakukan ketika tidur. Sama ada terlentang, meniarap, mengiring
kanan atau kiri. Dan seperti kita semua ketahui bahawa Rasulullah s.a.w tidur
pada rusuk kanan Baginda yang bermaksud mengiring sebelah kanan.
Kenapa
Rasulullah s.a.w tak tidur terlentang atau meniarap atau mengiring sebelah
kiri? Tapi kenapa mengiring sebelah kanan. Selama ini kita hanya ikut sahaja.
Asal ikut sunnat kita dapat pahala. Sekiranya kita kaji banyak kelebihannya
tidur di rusuk kanan ni.
1.
Kenapa tak tidur terlentang?
Ini kerana,
dalam posisi ini kita akan bernafas menggunakan mulut disebabkan rahang dalam
keadaan relax. Manakala lidah pula akan masuk ke dalam iaitu ke bahagian tekak
dan ini boleh menghalang saluran pernafasan dan menyebabkan kita berdengkur.
Perkara ini akan bertambah teruk jika kita memiliki perut yang besar (obesiti
atau boroi)
Kerana
ini akan menyebabkan kita mempunyai masalah yang dikenali sebagai obstructive sleep apnea (OSA).
Sebab itu, jika kita lihat orang
lelaki yang boroi akan berdengkur dan sekejap-sekejap bergerak semasa mereka
tidur. Mereka bergerak kerana mereka tak bernafas sebab itu mereka akan terjaga
tanpa mereka sedar untuk membetulkan saluran pernafasan mereka. MasyaALLAH.
Begitu kasih ALLAH kepada kita. Dah la kita boroikan perut kita, tidur pula tak
ikut sunnah sampai tak bernafas dalam tidur. Tapi sebab kasih sayang, ALLAH
memang telah ciptakan kita dengan otak yang mempunyai bahagian untuk bagi
isyarat yang kita tak bernafas. So kita pon akan terjaga untuk betulkan kedudukkan
lidah kita. So dengur pon hilang. Itu pon seketika. Apabila otak menerima
isyarat kita tak bernafas kita kan terjaga semula dan perkara ini akan
berulang-ulang. Tak percaya? Cuba perhatikan orang-orang boroi yang berdengur.
Paling senang tengok suami sendiri. Kalau suami tu boroi la. Maaf bukan nak
memburukkan sesiapa. Itu adalah contoh paling senang nak jumpa.
Cara
mengatasi adalah dengan kurangkan boroi, tidur ikut sunnah dan tinggikan bantal
supaya saluran pernafasan tidak akan dihalang oleh lidah dan supaya otot utama
pernafasan (diaphragm) dapat berfungsi semaksima mungkin.
Selain itu,
sekirannya kita tidur terlentang kita akan bernafas menggunakan mulut.
Jika kita bernafas menggunakan mulut, udara atau oksigen itu akan terus
masuk kebahagian saluran pernafasan dan ini menyebabkan gusi menjadi kering dan
akan menyebabkan radang pada saluran pernafasan.
Sepanjang pengalaman saya mengendalikan pesakit yang memakai alat bantuan
pernafasan, kebanyakan daripada mereka mengadu tekak kering dan rasa perit. Ini
kerana oksigen yang diberikan kepada mereka adalah pure oksigen. Jika kita perhatikan kat hujung tiub pernafasan itu
ada sebotol air yang disambungkan ke dinding.
Air itu bertujuan untuk memberi kelembapan pada gas oksigen yang diberikan pada
pesakit. Sebab itu humidification
atau kelembapan sangat penting dalam memberi bantuan pernafasan kepada pesakit
untuk mengelakkan tekak kering dan radang pada saluran pernafasan yang kita
sangkakan sebagai sakit tekak.
Pernyataan
di atas turut disokong oleh Hough A. (2001). Beliau menyatakan dalam bukunya
yang bertajuk Physiotherapy in
Respiratory Care An evidence-based approach to respiratory and cardiac
management bahawa fungsi paru-paru akan berkurangan dan work of breathing (WOB) akan meningkat.
Dalam posisi terlentang volume paru-paru
akan berkurangan kerana :
I. Tekanan
daripada organ abdomen
II. Pengecilan
saluran pernafasan
WOB pula
akan meningkat sebanyak 40% dalam posisi terlentang.
Selain itu,
otot diaphragms pula kurang efektif
dan kurang koordinat dengan pengembangan dada. Ini akan menyebabkan kapasiti
paru-paru atau lung volume semakin
berkurangan. Ini bermaksud kurang la udara masuk ke dalam paru-paru, dan kurang la oksigen yang kita dapat.
Cara
mengatasi adalah tidur ikut sunnah. Dengan cara ini kita akan bernafas menggunakan
hidung. Hidung ada rambut atau bulu dan cecair. Bulu ini berfungsi untuk
memerangkap kotoran iaitu zarah-zarah kecil yang terkandung dalam udara yang
kita sedut. Cecair pula untuk melembabkan udara yang kita sedut. Tulang rawan
hidung yang berkelok-kelok pula membantu udara tadi menyentuh saluran darah
disekitar hidung dan ini membantu untuk menghangatkan udara yang kita sedut. Ini
disokong juga oleh Lynelle N.B. Pierce didalam bukunya yang bertajuk Guide to Mechanical Ventilation and
Intensive Respiratory Care dalam bab Pulmonary
Anatomy. Beliau menyatakan upper airway
iaitu terdiri daripada saluran hidung (lubang hidung yang kita dok korek tu),
sinus, pharynx, epiglottis dan larynx berfungsi untuk menghangat,
menapis dan melembabkan udara yang kita sedut. Ternyatakan. Bernafas
menggunakan hidung adalah lebih baik.
2.
Kenapa tak tidur meniarap?
Tidur
meniarap akan menyebabkan dada kita tidak dapat mengembang dengan baik. Sewaktu
bernafas, tulang rusuk kita perlu mengembang ke atas dan keluar. Supaya
paru-paru kita dapat mengembang semaksima mungkin untuk dipenuhi dengan udara.
Apabila meniarap, dada kita kurang mengembang dan ini
menyebabkan kurang udara yang masuk ke dalam paru-paru. Hasilnya, kita akan
bernafas secara cepat dan pendek dan akhirnya akan menyebabkan WOB meningkat. Oleh itu, kita terpaksa
menggunakan banyak tenaga untuk bernafas dan ini menyebabkan kadar pernafasan
kita menjadi semakin laju dan kita tidak bernafas secara effective! Rugi! Buang
tenaga je dan penat je nafas laju-laju tetapi tak effective. Kurang udara masuk
ke dalam paru-paru bermakna kurang oksigen yang kita dapat. Patut la tidur
meniarap ini dikatakan cara tidur syaitan.
Bila kurang
oksigen mula la badan lemah, rasa malas, cepat penat dan tak bertenaga. Memang
kita patut menjauhi tidur cara syaiton ni. Walau bagaimanapon posisi meniarap
juga sering digunakan bagi merawat pesakit yang mempunyai masalah secretion retention iaitu pengumpulan
cecair dalam paru-paru. (Kalau keluar ikut tekak kita panggil kahak. Kalau
keluar ikut hidung kita panggil hingus.) Namun posisi ini digunakan sewaktu
berjaga bukannya tidur. So jangan salah paham kalau ada ahli fisioterapi suruh
baring meniarap sebab dia nak buat percussion
satu teknik untuk melonggarkan kahak yang melekat pada paru-paru supaya
senang dikeluarkan melalui batuk atau suction.
3.
Kenapa tak tidur mengiring ke kiri?
Pada
bahagian rusuk kiri kita ada apa? Paru-paru bahagian kiri, jantung dan perut.
Betul tak?
a) Paru-paru kanan lebih besar daripada
paru-paru kiri. Jadi apabila tidur di bahagian rusuk kiri paru-paru kanan akan
menekan jantung dan ini akan menggangu kadar denyuran jantung. Berkemungkinan
jantung sukar untuk mengepam darah ke seluruh badan.
b) Hati adalah lebih besar dan berat
berbanding perut. Dan perkara yang sama akan berlaku seperti di atas. Hati akan
menekan perut. Perkara ini akan bertambah buruk apabila kita tidur mengiring ke
kiri dalam keadaan perut yang penuh. Apabila hati menekan perut yang penuh,ini
akan melambatkan lagi proses pengosongan perut iaitu kira-kira dalam tempoh 5-8
jam baru perut boleh kosong berbanding kita tidur mengiring ke kanan. Tidur
mengiring ke kanan hanya mengambil masa kira-kira 2-4 jam sahaja untuk perut
menjadi kosong.
Jadi pilih
la untuk tidur mengiring ke kanan.
4.
Tetapi kenapa tidur mengiring ke
kanan?
Banyak
kelebihan sebenarnya jika kita tidur mengiring ke kanan.
a) Paru-paru kiri lebih kecil berbanding
paru-paru kanan. Oleh itu, paru-paru kiri hanya memberi tekanan yang sedikit
kepada jantung jika kita tidur mengiring ke sebelah kanan. Ini tidak akan
menganggu fungsi jantung untuk mengepam darah sepenuhnya ke seluruh badan.
b) Hati yang berat daripada perut tidak
akan menekan perut. Dan ini akan membantu mempercepatkan perut untuk kosong.
Akhirnya akan melancarkan lagi proses pencernaan makanan.
c) Posisi saluran pernafasan bagi
paru-paru kiri adalah lebih horizontal atau melintang. Manakala bagi paru-paru
kanan pula lebih menegak atau vertikal. Ini akan memudahkan lagi cecair mucus
yang berlebihan dari paru-paru kanan untuk dikeluarkan berbanding paru-paru
kiri. Dengan posisi tidur ini lah yang akan membantu pengumpulan cecair mucus
dari paru-paru kiri untuk mengalir keluar.
d) Arterial oxygenation atau oksigen dalam salur darah yang membawa darah beroksigen juga akan meningkat ketika tidur dalam
posisi ini (Hough 2001; Pryor & Prasad 2008)
Jadi
banyakkan kelebihan tidur di sebelah rusuk kanan. Bukan sahaja dapat pahala
disebabkan ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bahkan kita juga dapat kebaikan dari
segi kesihatan.
Amalan lain
yang dilakukan oleh Baginda s.a.w ketika hendak tidur adalah:
i.
Berzikir
sehingga mata terlelap
ii.
Kadang
kala mengiring sebelah kiri sebentar kemudian kambali mengiring ke sebelah
kanan
iii.
Meletakkan
tangan di bawah pipinya dan berdoa
‘’ Ya ALLAH dengan namaMU, aku mati dan hidup’’
iv.
Ketika
bangun Baginda berdoa ‘’ Segala puji bagi ALLAH, yang menghidupkan kami selepas
mematikan kami dan kepadanya kami kembali’’
v.
Dan
baginda juga mengucapkan tahmid, takbir, tahlil dan berdoa kepada ALLAH.
Baginda juga
menganjurkan kita untuk membaca al-Fatihah, al-Ikhlas, an-Nas, al-Falaq
dan ayat terakhir surah al-Baqarah sebelum tidur.
p/s: Jom
ubah posisi tidur kita mengikut cara Rasullullah.. banyak kebaikannya. Kita
cuba sama-sama. Bila kita dah biasakan lama-lama akan jadi terbiasa.
InsyaALLAH.
Wallahuaklam.
Wallahuaklam.
Rujukan:
1. Dr. Adi Hasman 2012. Posisi tidur
Rasulullah yang sihat Dlm. Mengapa
Rasulullah Tidak Pernah Sakit. PTS Millenia Sdn. Bhd. Batu Cave, Selangor.
2. Pierce L.N.B 1995. Pulmonary anatomy
In Guide to Mechanical Ventilation and
Intensive Respiratory Care. W.B. Saunders Company.
3. Hough A. 2001. Positioning In Physiotherapy In Respiratory Care an
evidence-based approach to respiratory and cardiac management.3rd
Ed. Nelson Thornes Ltd., UK.
4. Pryor J.A & Prasad S.A. 2008. Effects of positioning and mobilization
In Physiotherapy for Respiratory and
Cardiac Problem adults and paediatrics. 4th Ed. Churchill
Livingstone Elselvier, UK.