first time

alhamdulillah...hari ini 24 Ramdan 1432 merupakan hari pertama aku buat kuih raya sepenuhnya. dari menimbang semua bahan-bahan untuk buat biskut sehingga lah kepada membakar dan mengisi biskut-biskut itu semua dalam bekas. hahaha..puas hati gilerrr !!!

hari ini aku buat kuih bersama-sama dengan akak aku, irun dan 3 orang lagi anak sedara aku.syok !!! sambil buat sambil borak; sambil mengentel tepung dan inti tart nenas,sambil buat lawak. terkekeh-kekeh la gelak, sambil bosan-bosan melayan blues masa menyiapkan biskut-biskut tu sambil cerita-cerita. hehe...

mula-mula seronok habis lah. lama-lama bosan. satu badan la sakit. mana taknya dari pukul 7 pagi sampai ke pukul 4 petang baru stop ooo... cuba kira berapa jam tu? lebih kurang dalam 9 jam la. tapi apa pon tetap puas sebab kitaorang berjaya menyiapkan 4 jenis biskut. sepatut nya malam ni nak buat biskut conflakes dan blueberry cheese cake. tapi disebabkan terlalu-lalu penat tak jadi lah...

paling best la akak aku memberikan 100% kepercayaan kepada aku untuk menyukat semua bahan-bahan membuat biskut dan mengulinya sekali.kira semua biskut-biskut raya kat rumah aku nanti adalah air tangan aku lah...fuhh rugi siapa yang jual mahal tak nak makan.

tapi paling tak seronok hari ini adalah setiap kali siap pembakaran pertama untuk biskut aku lah yang kena rasa. sedap tak? itu lah soalan yang ditanya. aku pon jadi serba salah nak jawab. kalau kata tak sedap kan nanti kecewa, kalau kata sedap kang nanti terliur sebab diorang puasa aku tak puasa. hahaha...tapi syok la..sambil isi dalam balang sambil tu lah aku makan. kira satu untuk balang satu untuk aku, satu untuk balang dua untuk aku. hahaha..

tapi masa buka la paling best, pukul 7.05 malam kitaorang dah siap hidang makanan dan minuman atas meja. lepas tu semua duduk keliling meja. padahal ada 20 minit lagi nak berbuka tapi semua dok menghadap makanan atas meja. alasannya bukan nak menatap makanan tapi nak dengar orang mengaji kat radio. hahaha padahal memang dah tak sabar giler nak makan. termasuk lah aku yang tak puasa nih..hahaha... nanti aku upload gambo ea.. gambar biskut chip choc, sugi brunei, tart nenas dan dahlia... hehehe.. nak tido penat..esok kena buat lagi 3 biskut lagi..hehe.. tapi sebelum tido nak makan puding dulu. my favourite tuh !!! 

dum dam domm bunyi mercun,

yeah !!! nak raya dah mesti lah kena ada mercun kan baru meriah !.. tak kisah la mercun apa pon dari yang mercun bawang, ketupat, bola, rocket, katak dan tah apa-apa lagi la mesti kena ada. baru syokk!! baru lah raya ! tak begitu? hahaha

tetapi lah kan kalau musim raya, mesti ada musim mercun, lagi wajib mesti ada musim jari hampir putus, mata buta, badan luka sana luka sini. bila tanya kenapa? jatuh motor ke masa balik terawih? mata kena bara api ke masa buat bubur lambok? badan luka-luka sebab melecur tolong mak buat kuih raya? haha itu semua bukan lah soalan yang tepat! yang tepat adalah,.. ni jari nak putus, mata nak buta, badan luka-luka nih mesti main mercun ! ni mesti berangan main jadi pakar bom atom atau pakar bom nuclear ! dah tak ada bende lain nak buat. orang buat terawih dia buat mercun. padan muka rasa kan!!!
kenapa aku teremosinal pulak nih...haishhh..



sebenarnya tak salah nak bermain. memang sifat kanank-kanak pon suka bermain. Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulum ad-Din pon ada menegaskan bahawa kita perlu berikan permainan kepada kanak-kanak.  " Mencegah anak daripada permainan dan memaksanya terus belajar akan mematikan hatinya, menghilangkan kecerdasan dan menyempitkan hidupnya " so tak salah kalau kita belikan mereka permainan. tapi yang penting permainan itu tidak memudaratkan si anak dan juga orang lain. cucu dan isteri Rasulullah iaitu Hussain dan Aisyah juga memiliki patung untuk bermain walaupon Baginda sedar kewujudan patung di dalam rumah boleh menghalang malaikat rahmat masuk ke dalam rumah.

berbalik kepada persoalan mercun, kita boleh nampak sendiri bahawa mercun boleh memudaratkan diri kita bila kita bermain mercun. tapi apa yang menyebabkan mercun boleh memudaratkan orang lain ??
1. aku pernah jumpe seorang budak hyperactive di muar, dia sangat takut pada bunyi mercun sehingga dia terpaksa duduk bawah ketiak mak dia bila tiba bulan puasa nak menjelang ke raya. ini boleh menganggu psikologi budak tersebut.

2. bayangkan lah dekat kawasan rumah korang ada orang tua. orang tua memang confirm ada darah tinggi atau pon sakit jantung. kalau disebabkan mercun ni la yang buat diorang terkejut macam mana? yang sakit darah tinggi boleh dapat stroke, yang sakit jantung boleh kena heart attack dan tak pasal-pasal terus goal.

3. bukan ke malam-malam orang buat solat sunnat.lagi-lagi bulan puasa. bunyi mercun ini boleh menyebabkan mereka hilang tumpuan ketika melakukan ibadah.

hah !! perkara ini semua kan boleh dikelaskan sebagai mengangu ketenteraman di kejiranan. Rasulullah SAW bersabda: barang siapa beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya " HR Bukhari.




sebenarnya dulu aku pon suka jugak tengok orang main mercun. bising-bising time nak raya ni syok apa. sebab aku nak main tapi takut. hehehe... paling suke kalau ada mercun bunga api. masa duduk kolej kat kampung baru selalu nampak mercun bunga api ni kat klcc. cantik... tapi kalau kita main dekat kawasan kejiranan ini mungkin tak patot kut. sebab kita kena la consider jiran-jiran kita jugak. lagi-lagi time bulan puasa dan ada orang tua. jiran aku sakit ari tu masuk hospital kesian dia harap dia tak terkesan lah dengan bunyi-bunyi mercun ini semua. budak-budak kalau nak main mercun mestilah ada orang dewasa. lebih baik tak payah main langsung. sebab telah menjadi prinsip dalam Islam bahawa sebarang pahala yang boleh memudaratkan atau mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain adalah satu dosa serta diharamkan.

jadi fikir-fikirkan lah..aku pon dok fikir nak main ke tak mercun ni. ( padahal tengok jek )

rujukan dari ruangan Agama, berita harian 16 ogos 2011, hasil tulisan Muhammad Asyraf; juara Imam Muda.
wallahualam

dia adalah aku

kali ini aku nak cerita pasal anak-anak sedara aku yang masih kecik ia ini 5 tahun dan kebawah.. 
sepasang, abang dan adik. semalam kak jah dan alam anak beranak seronok sakan berbuka dekat rumah. ala kira nak ambil peluang berbuka ramai-ramai disamping mereka yang tersayang dan dirindui. sapa lagi kalau bukan mak bapak kitaorang la. bukan setakat diorang jek anak beranak kak nor pon datang jugak memeriahkan majlis. masa dok sibuk-sibuk siap-siapkan apa yang patut sempat gak la alam cakap.."semua ada tinggal irun jek tak de sebab jauh" 
abang apis pulak tak dapat datang sebab sibuk nak menyiapkan tempahan kuih raya. oii kalau tak siap macam mana la pelanggan dia nak beraya. kalau tak siap ikut masa maunya pelanggan lari. lagi satu tak menepati janji. kang berdosa pulak. tak gitu??? nanti mula la guna kata-kata azimat bila ada masalah " customer is always right" haha.. aku pon guna jugak kadang-kadang kalau bengang dengan orang yang berniga. sebab kadang-kadang diorang menipu. itu lagi satu dosa. apa pon gambateh tuk abang tunggal ku dalam menyiapkan kuih raya..

berbalik pada cerita asal, datang-datang jek si abang panggil aku "kak, kak,.." eh bukan kak la acik la.." mana taknye aku kan acik paling muda. itu pasal la dia ingat kakak.haha
dia sambung balik " kak, acik ada laptop tak?" mula-mula dia datang itu yang dia tanya ! haha..kelakar betul lah. aku pon cakap la "ada".lepas itu dia lari ke depan.

masa tengah sibuk-sibuk buat air, buat apa semua,. dia datang lagi. ingat nak mintak air ke makanan tapi apa yang dia mintak
haikal :" acik, acik ada laptop tak?"
aku jawap la :"ada"
dia cakap lagi
haikal: " nak tengok sekarang boleh tak?"
aku: "tak boleh tengah sibuk ni.malam karang lepas sembahyang ea."
dia lari balik ke depan, pening aku.

masa halim (anak sedara paling tua) sudah siap mengoreng cendawan round yang pertama aku bagi la budak haikal ni rasa satu. mungkin cendawan goreng itu satu bende yang asing bagi dia, so dia cium dulu baru rasa. haha..bila tengok jek dia buat macam itu, aku terus ckp dalam hati " wahh..sama lah macam aku, aku pon suke cium makanan sebelum rasa, sampai satu hari tu penah kena tegur dengan kawan aku sebab makanan tu dah sampai mencecah hidung separuh mancung aku nih..haha..

lepas buka pon budak si haikal ni dok tanya ada laptop tak? ada laptop tak? haha.. pe pon aku bagi la dia tengok cerita rapunzel kat laptop aku..

si adik pulak..bila datang dekat, dia dok hulur dua belah tangan mintak didukung..haha..tengah sibuk-sibuk boleh pulak nak manja-manja. alahai.layan je la..pe pon walaupon penat dan sibuk menyiapkan juadah buka poasa dan melayan karenah budak-budak kecik.. namun rasa puas tu ada..syok habis !!!


bila kita kecik-kecik time bulan puasa

masa kecik aku tak ingat la macam mana aku boleh terpuasa. sama ada aku puasa yang-yang-yok, tengah hari bukak periuk atau puasa penuh, masa buka perut penuh. haha...masa besar yang aku ingat start darjah 4 kut aku puasa penuh. I lost my memory about ramadhan when I had been stayed at selasihsari. ( rumah lama ) tapi darjah empat tu besar sangat ke? aku pon confius! masa darjah 4 aku dah duudk kantansari.

tapi peristiwa yang paling aku ingat la kan masa dekat kampung sungai buaya. masa tu baru belajar puasa kut.tengah-tengah hari buta mak aku suruh hantar surat khabar lama dekat rumah timah latip. dia nak buat apa tah. tapi tahu la kan bulan puasa. masa tu pulak nak dekat raya..mesti la surat khabar tu nak buat alas masa mengadun dan membako  kuih raya..haha..nak di pendekkan cerita aku pon hantar la dengan menaiki basikal. yang kelakarnya lagi berapa minit je lagi kira tak sampai 30 minit lah nak azan magrib, aku pon dok syusha-syusha botol air kat atas meja. syusha punya shusya line clear! aku pon apa lagi rembat botol air tu terus masuk bilik air. hahaha...

dalam bilik air tu la aku tegok air macam tak ingat dunia! tapi bila aku pikir balik kalau air dalam botol tu habis nanti semua orang tahu aku minum air. so aku pon tinggalkan la dalam setengah botol. kira time tu aku fikir confirm!!! takkan ada orang perasan air tu dah luak. haha..bagus tak idea aku.. so jangan nak tiru ea!..

pastu aku pon letak balik la botol tu atas meja lepas tu buat donnoe jek haha.. aku kira tak akan ada siapa perasan. tapi jangkaan aku meleset rupanya. ada jugak orang yang perasan.nak tahu sapa???kakak aku lah. salamah @ alam. masa tu boleh pulak dia tanya " ehh..engkau minum ea air dalam botol ni? " aku pon geleng kepala. pastu dia mengukuhkan lagi tuduhannya dengan berkata  "kalau tak minum macam mana boleh  kurang airnya?" depan mak aku tu dia tanya.. bila mak tanya  "betul ke?" aku pon tak boleh buat apa la..mengaku je la..

masa buka aku pon buka la macam orang lain. kakak aku lagi sorang pulak cakap... orang tak puasa mana boleh buka sama-sama. aku wat dek jek. buat muka seposen! hahaha... masa tu mak aku cakap "lagi sikit jek nak azan dah minum air, sayang jek puasa tu" aku pon diam je la..nak buat macam mana nasi dah jadi bubur. makan je la... haha.. " ni mesti penat sebab kena hantar surat khabar lama yang berkepuk-kepuk tu kat rumah timah latip" mak aku yang cakap. aku?? dok menyuap tak henti-henti..alahai..bochah-bochah ( budak-budak dalam bahasa jawa )

aku pasti korang mesti penah sorok-sorok gak kan minum air.lagi-lagi masa amik wuduk. konon nak berkumur-kumur..tapi air kumur tu bukannya korang buang..terus telan kan? kalau buang pon buang sikit jek..lebihnya korang telan. haha..gurau je la jangan nak terasa. tapi ada betul nye gak kan??? hahaha...

tapi itu semua masa kecik-kecik. masa kita belum baligh lagi. masa ini ibadah puasa belum lagi diwajibkan ke atas kita. tapi kalau kita sudah baca niat pada malam hari, puasa kita itu dikira sah! bende ini fakta ea.. tapi kalau sudah baligh puasa itu sudah jadi wajib. kalau tak niat alamat kena ganti puasa lah. hahaha..




pesanan dalam khutbah terakhir di bulan Syaaban

orait! seperti mana yang dijanjikan hari ini aku nak sambung cerita pasal semalam.cerita ke? kira informasi la pasal bulan Ramadhan.tajuk ini dipilih sebab hari ini aku nak hadiahkan korang semua dengan sebuah hadith Rasulullah SAW.
 

pada  jumaat akhir Syaaban Rasulullah pernah berpesan dalam khutbah jumaat, tapi tak tahu la tahun berapa hijrah. pesanan ini dinyatakan oleh Salman al-Farisi. Baginda SAW bersabda: '' Wahai manusia, kalian telah dinaungi bulan yang agung, bulan penuh berkat, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. ALLAH telah menjadikan puasa pada bulan itu sebagai suatu kewajipan an solat malamnya sebagai sunnah. siapa sahaja yang bertaqarrub di dalamnya dengan sebuah kebajikan, ia seperti melaksanakan kewajipan pada bulan yang lain. siapa sahaja yang melaksanakan satu kewajipan di dalamnya, ia seperti melaksanakan 70 kewajipan pada bulan yang lainnya. Ramadhan adalah bulan sabar; sabar pahalanya adalah syurga. ia juga bulan penglipur lara dan ditambahnya rezeki seorang Mukmin. siapa sahaja yang memberikan makanan untuk berbuka kepada orang berpuasa, ia akan diampuni dosa-dosanya dan dibebaskan lehernya dari api neraka. ia akan mendapatkan pahala orang itu, tanpa mengurangi pahalanya sedikit pon. sahabat berkata: kami tidak memiliki sesuatu untuk memberi makan orang berpuasa. Rasulullah SAW menjawab: ALLAH akan memberikan pahala kepada orang yang memberi makan untuk orang yang berbuka puasa meskipun dia hanya memberi sebutir kurma, seteguk air minum atau setelapak susu. Ramadhan adalah bulan yang awalnya rahmah, pertengahannya maghrifah, dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka.'' HR Ibn Khuzaimah dalam sahih Ibn Khuzaimah dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman.


panjang sungguh hadith ini. selalu baca potongan-potongannya tapi hari ini dapat la kita baca mungkin la keseluruhannya..Alhamdulillah. jadi tak kisah la isnin atau selasa ini kita mula puasa tapi harap-harap kita semua dapat mengerjakan ibadah puasa dengan iman dan ikhlas kepada ALLAH. banyak ganjarannya. Rasullulah cakap puasa dalam bulan Ramadhan itu adalah suatu kewajipan. melakukan suatu kewajipan dalam bulan Ramadhan umpama melaksanakan 70 kewajipan pada bulan lain. bayangkan kita puasa selama 29 atau 30 hari dalam bulan Ramadhan. sehari puasa dalam bulan Ramadhan = 70 kewajiban dalam bulan lain. 29 @ 30 hari puasa dalam bulan Ramadhan = 2030 @ 2100 kewajipan dalam bulan lain..fuhhh..Masyallah..


selalunya kita hanya tahu masuk ke bulan Ramadhan kita wajib tahu.kalu tak puasa berdosa.kalau uzur,musafir atau sebab-sebab tertentu kena ganti. tanpa kita tahu ganjaran disebalik ibadah yang kita lakukan itu. so sekarang ini kita semua dah tahu jadi lakukan lah dengan iman dan ikhlas kepada ALLAH. semoga kita semua dilimpahkan rahmat,berkat, dan keampunan daripadaNYA. insyallah.




dan ini aku sertakan niat puasa di bulan Ramadhan secara keseluruhan, setiap malam dan doa berbuka puasa. manalah tahu ada yang terlupa sebab aku pon ingat-ingat lupa..hehe..



pintu bagi ibadah adalah puasa

hehe...tajuk ini dipilih sebab aku pon tak tahu nak letak tajuk apa yang sesuai. lagi pon tajuk ini aku ciplak ( tiru ) dari status facebook mohd. irsyad. dia dapat inspirasi untuk status dia ini pon dari khutbah jumaat. mungkin khutbat pada jumaat terakhir di bulan syaaban.hehe..

hari ini adalah 30 julai 2011 bersamaan dengan 29 Syaaban 1432 Hijrah. tidak termasuk hari ini kita hanya ada satu hari sahaja untuk berada di bulan Syaaban. selepas ini kita akan memasuki bulan Ramadhan. aku pasti semua orang sedang menantikan bulan Ramadhan kerana bulan ini adalah bulan anugerah ALLAH yang luar biasa keberkatan dan rahmatnya. jadi kita semua perlulah bersyukur sekiranya kita masih berpeluang untuk berada di sepanjang bulan Ramadhan. ( asal tetiba aku jadi serius??haha )



pada bulan Ramadhan ini ALLAH membuka semua pintu syurga dan menutup pintu neraka dan syaitan dan iblis pula dirantai. Masyaallah. haha..padan muka engkau iblis!!! jadi apa yang tinggal sekarang ini adalah nafsu. nafsu masih ada dekat dengan kita. ramai orang cakap bahawa pada bulan Ramadhan inilah kita perlu mendidik nafsu kita. aku..totally tidak bersetuju. sebab apa? sebab kita perlu sentiasa mendidik nafsu kita tak kira lah bulan apa pon. ialah takkan la time bulan puasa je kita nak jadi baik bulan lain macam mana?? setuju tak?




walaupon syaitan dirantai dan hanya nafsu sahaja bersama kita, bulan Ramadhan adalah bulan yang menguji keimanan dan ketakwaan kita pada ALLAH. ialah mana taknya pergi bazaar semua yang dinampak semuanya dibeli. lepas pergi bazaar pergi pulak shopping raya. kalau dah shopping memang tak ingat dunia. tak ingat diri tu tengah berpuasa. bila tanya tak penat ke? dijawabnya alah sekali sekala tak penat la.lagipon bukan selalu dapat shopping murah-murah macam ini.bila dah dapat apa yang nak hilang la penat tu nanti..hehe..itu lah dia. itu tak kira lagi iklan kfc,McDonald,pizza hut tah apa-apa lagi kat tv.haha..maunya tertelan-telan air liur..siap tengok jam dah pukul berapa.lepas tu pulak siap kira lagi berapa jam nak masuk waktu magrib. tak cukup dengan itu, siap terfikir pulak nak beli apa kan bazaar nanti..haha..this is real story lah..am i right?? hehe

tapi apa pon yang datang dan menggugat keimanan dan ketakwaan kita, kita perlulah ingat sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : '' barang siapa yang puasa Ramadhan kerana iman dan ikhlas, maka ALLAH akan mengampuni dosanya yang lalu.'' ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ) 

lagi cerita kita sambung esok ea..insyallah..

merindui...

merindui... rindu dekat siapa? rindu dekat mak la. cakap je cuti 4 bulan tapi bukannya ada kat depan mata mak selama 4 bulan! pe la nak jadi eik. masa time tak cuti pulak memang susah nak balik rumah. cakap je k.l ke rawang dekat tapi 2 bulan sekali jugak baru nak muncul depan mintu rumah. 

bulan ramadhan yang akan datang ni dah siap janji dah dengan mak nak puasa kat rumah selama sebulan! tapi tak dapat gak.. betullah.. kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. 

betullah demi nama ALLAH atas diriku, hartaku, ajalku, duka dan kebahagiaan ku dan jodoh ku telah tertulis semasa aku dalam kandungan lagi. 4 perkara iaitu harta, ajal, duka dan kebahagiaan dan jodoh ALLAH telah tetapkan untuk semua hamba-NYA semasa kita dalam kandungan lagi.

mula-mula malaikat jibril cakap pada ALLAH dalam rahim mak kita ada air. kemudian jibril tengok lagi ada segumpal darah. dan kali ketiga jibril tengok ada seketul daging lantas memberitahu kepada ALLAH. kemudia ALLAH meniupkan roh dan menetukan harta, ajal, duka dan kebahagiaan dan jodoh kepada kita.

jelaslah segalanya telah ditentukan untuk kita semasa kita dalam kandungan lagi. jika sesuatu itu adalah untuk kita maka dia akan datang juga pada kita walau susah dan lambat mana pon dia. tetapi bila sesuatu itu telah ditakdirkan bukan untuk kita, kita tetap tidak akan memilikinya walaupon sudah ada dalam gengaman,

jadi berdoalah " demi nama ALLAH atas diri ku, hartaku, ajalku, duka dan bahagia ku dan jodoh ku, jadikan lah aku hamba MU yang sentiasa bersyukur atas kurniaan mu, redha atas anugerahmu agar aku tidak lagi mencepatkan apa yang KAU lambatkan dan melambatkan apa yang Kau cepatkan''.

walla'hualam... hanya ALLAH yang maha mengetahui.

keindahan alam dan gelagat haiwan antara penawar jiwa

hermm.. hehe.. lama sudah tak menulis.. kali ini nak cerita pasal apa ea? rasanya elok juga cerita pasal kesukaan sendiri..hehe..

I love nature..suka sangat..sebab semuanya cantik tanpa cacat cela.. daripada alam la kita dapat mengenal pencipta kita, daripadanya jugalah kita dapat melapangkan dada dan menenangkan jiwa.alam adalah ubat yang paling mujarab untuk kesedihan dan kegelisahan selain kembali kepada-NYA.

lambatnya..sebenarnya nak cerita apa nih?? 
saboq na..hehe... sebenarnya tak tahu nak cerita apa tapi inilah pengalaman yang dialami bila duduk kat kawasan kampung.walaupon sarah ( kawan baik kat ukm ) cakap saya ni budak bandar, saya tetap nak mengaku saya budak kampung. sebab tempat tinggal saya memang dah maju dan pesat nak buat macam mana walapon duduk kat kawasan pedalaman..dalam la sangat.

straight to the point:

1.saya dapat pegang ikan. pengalaman ini bila tolong adik (anak kak jah) cuci akuarium, mula-mula takut dan geli tapi lama-lama best pulak..sampai naik lemas ikan tu sebab keluarkan dari air lama sangat..hehe.dari situ mula pulak minat nak bela ikan.hehe..

 2.masa tolong akak sirap semua pokok-pokok bunga kat rumah dia, kita jumpa bunga ni lawa sangat..



lepas tu boleh pulak terjumpa satu sarang labah-labah.rupa-rupanya kan sarang labah-labah ni tak akan rosak bila kena pancut dengan air tak kira la kuat mana pon kena sembur sarang tu tetap teguh.mungkin inilah penyebabnya orang quraisy percaya bahawa NABI S.A.W. tak ada dalam gua hiraq semasa peristiwa hijrah sebab sarang tu terlalu kukuh.

3. korang pernah makan rebung tak? mesti la pernahkan. ermm kita pon pernah..selalu la bila mak ain bagi rebung tu kat babak kita.selama ni kita dok makan ja baru la ni nak tengok macam mana rebung tu sebenarnya. alhamdulillah dapat la kita tengok rebung tu jadi bulu dan keluarkan daun. masa jadi rebung, buluh tu lembut giler..boleh dibengkokkan. kalau salah bengkok maunya patah rebung tu.sebab tu ada perpatah melayu cakap melentur buluh biarlah dari rebungnya. sebab rebung tu masih lembut.kalau dah jadi buluh, dah keras kan susah nak lentur..nak karate pon belum tentu patah at less hang memang ada ilmu karate. (asal tetiba cakap kedah ni? keling!)



4. kita jenis yang tak suka main dengan tanah sebab dulu masa kecik-kecik dah puas main tanah sampai berkudis jari dan berkurap kaki.hahaha..kelakar giler!! tapi apa pon terpaksa la main kotor gak bila akak suruh tolong dia petik buah limau nipis..bukan ja buah limau je dapat tau..benda lain pon dapat gak.benda apa tuh?tengok bawah..



kitaorang dapat bayam, terung pipit, daun limau purut,kacang botol, buah markisa dan buah limau nipis..hehe..puas hati bila dapat semua ni secara free. inilah untungnya kalau berbudi pada tanah.

5. tadi sat baru pas bagi kucing makan.selama ni takut kucing. tapi tetiba lak malam ni rasa kasih dan sayang pulak kat kucing..tetiba rasa nak bela kucing pon semakin meluap-luap.tapi tunggu la ada umah sendiri.sebab mak dan bapak kita tak suka kucing.hehe..

rasanya setakat ni je la.. dah tak ada pengalaman dah nak cerita.. hehe.. sebenarnya seronok kalau kita hidup dikelilingi dengan tumbuh-tumbuhan, haiwan.. kita dapat hilangkan tekanan dan kesedihan. insyallah.. sebab itulah ALLAH ciptakan tanah,pokok,haiwan..semuanya ada gunanya, semuanya akan memberikan kebaikan pada kita jika kita tahu bagaimana cara nak menikmatinya, dan menghargainya.
Alhamdulillah...


tabik la kat korang!

tabik kat sapa la pulak nih? ada polis ka? hehe... sebenarnya ahad lepas jiran aku yang umur dia baru 20 tahun dah pun melangsungkan perkhawinan dia dengan seorang jejaka yang berumur..mmm dengar cerita 27 tahun..tah la..dengar cerita jek nih!.. hehe..

dulu kalau ada orang kawin masa muda aku rasa macam tak percaya..ada pulak zaman sekarang orang kawin awal ea..selalu zaman sekarang org kawin nak dekat 30..umur 27 baru nak kawin kira standard la tuh..tapi sekarang dah jadi macam dulu-dulu pulak.. orang kawin seawal 18 tahun..lagi muda dari tu pon ada kut..

sekarang kalau kawin awal... orang mesti kata.. "dah gatal sangat lah tuh!  kawin jek pikir..belajar tah ke mana.. masa depan tah ke mana.." hehe..aku pon pernah sependapat macam nih.. tapi selepas berdiskusi dengan Harith ( coursemate ) baru terbuka sikit mata hati aku yang selama ni sememang nye dah terbuka tapi bukak kecik je la..sekarang dah besar sikit kut..haha..poyo!


                                                  gambar masa kenduri kawin semalam...


Harith cakap elok kawin muda ni..sebab hindarkan maksiat, zina , anak luar nikah, buang bayi... dan lain-lain.. memang la susah kawin muda lagi-lagi kawin masa belajar tapi kalau niat sebab nak hindarkan maksiat insyallah..ALLAH akan tolong.. segala kesusahan Allah tetap akan bantu diorang.. ada la hikmah yang ALLAH akan bagi..ni apa yang Harith cakap lah...

so sekarang ni kalau dengar sesiapa kawin muda, aku dah tak kisah dah. tak kira belajar ke tak belajar ke aku dah tak kisah..malah tumpang gembira sekali..sebab diorang ni dapat kurang kan maksiat.. mmm..so lepas ni kalau ada kawan-kawan atau kenalan yang kawin awal kita kena la support diorang..jaangan dok nak kutuk or cakap yang bukan-bukan.. rezeki kita bukan ditangan orang lain tapi di tangan ALLAH..macam tu la jugak jodoh dan ajal.. kita terima apa yang DIA beri dengan penuh kesyukuran kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.. masa depan adalah perkara ghaib jadi serahkan pada-Nya bukan kepada isu kawin awal... sebab ada orang kata kawin awal pastu tak keje or tak belajar, tak de masa hadapan..sapa cakap??? itu semua kerja ALLAH.. tapi kalau dah kawin tu kena la keje..takkan nak makan pasir or tunggu emas turun macam hujan! itu tak de sapa pon nak tolong!.. usaha insyallah ada imbuhannya..

hari ini adalah hari ini..

haha...hari ini memang lah hari ini kan? semua orang tahu bahawa hari ini memang hari ini bukan semalam dan bukan juga esok. tapi berapa banyak yang betul-betul manfaatkan hari ini tanpa memikirkan apa yang telah terjadi pada hari semalam dan apa yang akan terjadi di keesokkan harinya??? berapa? berapa ramai?....


haha..sebenarnya aku pon sama jugak selalu jadikan hari ini sebagai semalam dan hari esok. 


sebenarnya, hari semalam adalah hari yang telah berlalu dan tidak akan kembali. jadi tak perlulah kita kenang hari semalam pada hari ini. kerana setiap yang berlaku pada hari semalam tidak akan berulang kembali dan semestinya kita tak mampu untuk berpatah balik ke hari semalam sebab.. doremon hanya cartoon macam mana lah kita nak pinjam mesin masa dia..kalau dia betul-betul wujud boleh la kita pinjam..betul tak? hehe..


pada hari ini juga tak perlulah kita terlalu memikirkan hari esok kerana hari esok masih belum tercipta..matahari pada hari ini belum lagi terbenam dan matahari hari esok masih belum lagi terbit.jadi tak perlulah memikirkan hari esok sebab dia belum pon wujud lagi.


jadi apa yang kita perlu buat ialah penuhkan hari ini dengan aktiviti yang berfaedah. lakukan lah apa yang kita nak lakukan tanpa menanguhkannya..janganlah cakap " ahh..nanti lah buat..esokkan ada lagi.." kalau kita asyik tangguh sahaja dan kata esok boleh buat..tapi betul ke esok kita boleh selesaikan benda itu? macam mana anda tahu hari esok akan wujud? cayalah..anda bukan tuhan tapi anda tahu hari esok akan wujud...haha..memang kita perlu merancang dan bertawakal dan perlu percaya bahawa ALLAH itu sebaik-baik perancang. tapi kalau benda itu dah boleh buat hari ini..selesaikan lah hari ini gak. tak payah tunggu esok..


kalau kita terus memikirkan hari semalam, kita akan hidup dalam kegelisahan, kebimbangan dan lambat-laut hari semalam akan membunuh jiwa kita. kita bukan semakin ke depan tapi semakin ke belakang. dan kalau kita asyik memikirkan hari esok pula..kita akan tenggelam dengan angan-angan dan menjadikan kita hidup dalam kegelisahan dan ketakutan kerana kita takut nak tempuhi hari esok..


sebenarnya dalam menulis coretan kali ini, aku betul-betul rasa takut..ialah..dalam sibuk nasihatkan orang, diri sendiri pon sama... aku sendiri tak mampu melupakan hari semalam, tak mampu keluar dari mimpi ngeri semalam yang pernah nak bunuh jiwa dan gagalkan aku dalam kehidupan..aku tak mampu keluar dari kegelisahan dan kebimbangan disebabkan terlalu memikirkan hari semalam dan apa yang akan terjadi pada hari esok..dan akhirnya membuatkan aku menjadi hamba-NYA yang zalim terhadap diri sendiri..dan bila aku teringatkan hari semalam..air mata aku akan mengalir...hahaha..


mujurlah ada kakak aku niesya comel < nama dalam fb dia > dan sahabat pertama aku di ukm yang aku percaya untuk menjadi pendengar aku, sarah.. merekalah yang memberikan aku semangat..untuk teruskan apa yang aku ada dan menjadikan hari semalam sebagai pengalaman yang boleh mematangkan aku.


dan kini,..aku dalam usaha untuk melupakan hari semalam...aku cuba bangkit...bangkit untuk terus hidup...tanpa memikirkan hari semalam dan terlalu memikirkan hari esok. 
aku akan cuba yang terbaik pada hari ini untuk melupakan hari semalam dan untuk persiapan pada hari esok...


aku sudah penat untuk menangis, penat untuk berasa kegelisahan dan kebimbangan..apa yang aku nak rasa sekarang adalah nikmat hidup sebagai seorang anak, hamba dan khalifah di dunia yang sementara ini., aku nak rasa kemanisan hidup di dunia sebelum merasa kemanisan di akhirat..doakan semoga aku berjaya dalam melupakan hari semalam dan terlalu memikirkan hari esok..doakan aku berjaya untuk buang jauh-jauh segala kegelisahan dan kesedihan...dan aku pon doakan kalian berjaya untuk melupakan hari semalam kalian.. 


so jom kita lakukan apa yang kita nak lakukan pada hari ini...kerana kita perlu hidup untuk hari ini kerana hari semalam tak akan kembali dan hari esok masih belum tercipta untuk kita...gambateh.....



yang di atas adalah lebih baik dari yang di bawah

assalamualaikum!..hehe..kali ini nak cerita pasal atas dan bawah.. tapi apa yang atas? apa yang bawah? istimewa sangat ke kalau berada yang diatas? dan hina sangat ke kalau berada yang di bawah? nak tahu selanjutnya.. bacalah dibawah ni..hehe

semua orang tahu kalau kita bersedekah ALLAH akan melipat gandakan harta yang kita sedekahkan itu. betul tak? tapi pernah tak kita sedekah tapi kita tak rasa pon harta kita bertambah? mesti pernah kan? kan? kan? mungkin pernah...mungkin tak tahu sebab tak amik pusing..hehe..

kepada yang rasa macam pernah je rasa tak tambah-tambah pon harta bila dan pon bersedakah, jangan lah bersedih dan menyatakan ALLAH tak tunaikan janjiNYA. tak pon janganlah pulak cakap " pasni aku dah malas lah nak sedekah! bukan dapat apa pon! setakat tisu aku pon ada..setakat buku Yaasin kat umah aku tersusun..setakat keychain kat mana-mana pon leh dapat..pasar seni tu hah berlambak!"

astagfirullah...istigfar banyak-banyak..walaupon ALLAH tak melipat gandakan harta yang telah kita sedekah kan itu, tapi sebenarnya DIA tetap menjanjikan sesuatu...
sesungguhnya ALLAH telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 276 yang bermaksud:
" ALLAH memusnahkan riba(1) dan menyuburkan sedekah(2). dan ALLAH tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran dan selalu berbuat dosa(3)."

ayat ini menyatakan bahawa :
(1)ALLAH memusnahkan riba dengan memusnakan harta riba itu atau meniadakan berkat harta riba tersebut. maknanya kalau kita amalkan riba maka duit hasil riba itu akan cepat habis lah..pastu duit atau harta itu tak berkat laangsung.kalau bagi anak bini makan pon kira akan merosakkan hati diorang.lagipon orang yang ambil riba ini ALLAH cakap hati diorang takkan tenang..mmm...

(2)pasal menyuburkan sedekah pulak..ALLAH akan mengembangkan harta yang disedekah kan itu atau melipat gandakan berkatnya. maknanya..kalau kita rasa kita tak kaya-kaya pon bila selalu bersedekah..kita kena ingat bahawa ALLAH telah melipat gandakan berkatnya..maksudnya..mungkin DIA janji kan balasan syurga kepada kita dan harta yang kita ada itu berkat..insyallah harta yang berkat akan melahirkan hati yang tenang, anak-anak yang soleh..hidup bahagia dunia akhirat.

(3)ALLAH tidak suka kepada orang yang menghalakan kan riba dan tetap melakukannya atau mengamalkan riba tersebut..

so ada paham sekarang?so pasni jangalah la bersangka buruk dengan ALLAH..sesungguhnya DIA berjanji kalau tak dapat kat dunia kat akhirat nanti dapat lah..kita perlu ingat harta bergunung tinggi kalau hati tak tenang, jiwa tak tenteram, hidup tak bahagia nak buat apa..betul tak?

haha..pasal atas dan bawah itu adalah tentang..tangan kita lah..sebab yang memberi itu tangannya diatas..dan yang menerima itu tangannya dibawah..tak percaya??? tengok lah sendiri..



hah..betul tak? nampak tak? kalau tak percaya lagi cuba aplikasikan bila jumpa pak cik mak cik cacat penglihatan tu jual tisu... hehe


kalau tak pernah nak bersedekah tak pon hati ni berat sangat nak bersedekah..tak pon tangan korang berat sungguh nak keluarkan duit..amalkan lah doa ni insyaallah..makin ringan lah tangan korang..:
" ya ALLAH jadiakanlah tangan ku di atas untuk menjadi pemberi, dan janganlah KAU jadikan ia dibawah untuk meminta, sesungguhnya ENGKAU atas tiap-tiap sesuatu yang Maha Kuasa" 

orang kata senyum tu pon sedekah..so senyum lah..tapi tak kan nak bagi sedekah dengan senyum ja kut di sepanjag hayat kita..orang fakir miskin pon mampu tuk senyum..so kita yang ada harta atau duit lebih sikit ini..apa lah salahnya sedekah kan harta dan senyuman..hehe..

sekarang baru saya paham..kenapa kadang-kadang duit saya tak tambah-tambah pon bila dah bersedekah..rupa-rupanya mungkin DIA dah masukkan duit tu dalam akaun akhirat saya kut..hehe..nak p check tapi tak de buku akaun tu..so??? saya assume dah bertambah la duit saya kat akaun akhirat tu..pasni nak tambahkan lagi lah duit dalam akaun tu..gambateh!! kena usaha lebih sikit mulai sekarang!!

usaha, doa dan tawakal

orait kali ini kita nak cerita tentang usaha, doa dan tawakal.. apa benda semua ini ea?? haha..kalau nak terangkan tentang apa itu usaha, doa dan tawakal..confirm semua orang mampu menjelaskannya..betul tak?? so apa kata kita dengar cerita atau pengalaman yang berkaitan dengan usaha, doa dan tawakal ini..sebab manusia akan belajar dari pengalaman..bak kata omputih ( orang putih ) experience is a best teacher!! 


orait,.pengalaman ini berlaku masa final exam week..selepas paper pathology.. paper start pukul 12 and habis pukul 2 petang. habis je exam semua lari pergi cafe. mana tak nya masa jawab exam perut dah dok bernyanyi minta diisi..haha..lapar beb..lagi-lagi exam waktu lunch..so kitaorang pon makan la..masa tu lauk macam dah tinggal sisa so kitaorang pon pakat la ramai-ramai makan nasi ayam..sedap-sedap makan ada la sorang minah ni mengadu tercekik tulang ayam..suruh telan nasi dah telan tak turun-turun pulak tulang tu..bila suruh batuk tak keluar-keluar pulak..akhirnya orang lain yang tercekik tulang,..orang lain yang nak muntah..sapa yang nak muntah tu??saya la..dah macam orang beranak sulung pulak masa tuh..wekk..serius nak muntah!

bila tulang tu tak berjaya dikeluarkan apa lagi kena pergi klinik la jawabnya. bila pergi klinik mulut, telinga dan hidung ( betul ke aku pon tak tau) buat la endoscopic. tahu berapa kena bayar?? rm140 wah mahal giler..swasta la katakan..tapi kalau kena bayar mahal mana pon tak kisah la janji chicken bone tu keluar tapi tak keluar pulak..aisey...yang paling sakit hati chicken bone tu tak nmpak pon!!

bila dah tak keluar doktor klinik tu suruh refer hkl..yang kelakarnya kat refer latter tu tulis chock chicken bone with dsyphagia..haha..dysphagia tu maksud dia kesukaran menelan..haha...lawak giler masa tu..

masa kat hkl buat la endoscopic lagi..sekali masuk, doktor tu cakap tulang tu ada dan tak boleh nak keluarkan..kena keluarkan secara minor surgery.. so mangsa tercekik tu pon terdiam la..dan cuba menelan air liur..ala macam yang kita selalu buat bila kita takut..telan punye telan..eh! dah tak da la tulang tu..bila buat endoscopic sekali lagi..hahhh....dah tak nampak dah tulang tu..caya lah beb!

haha..pada masa yang sama.. kawan si mangsa tercekik tu pulak pergi solat..solat zuhur belum lagi beb..kena la solat..sebab tu kan kewajiban..alang-alang solat zuhur di akhir waktu..terus la tunggu waktu asar masuk..masa solat tu si kawan ni pon berdoa la seikhlas hati supaya si mangsa tercekik ni tak payah buat apa-apa surgery..yolah dah la time exam nak buat surgery..walaupon minor jek..tapi effect juagak..boleh effect paru-paru kalau pakai general analgesic. mahunnya terbaring satu hari kat katil..

nak dipendekkan cerita..si magsa tercekik ni tak payah buat surgery sebab tulang tu pon dah turun ke perut..haha
kesimpulannya, ini adalah hasil usaha si mangsa tercekik dan kawan-kawannya...dari ke klinik hingga ke hkl semata-mata nak keluarkan chicken bone tu..dan juga berkat doa yang ikhlas dari seorang kawan..

so apa yang penting ialah usaha dan doa..kemudian kita serahkan pada ALLAH..dan insyallah..usaha tu DIA tengok dan doa tu DIA dengar..sesungguhnya DIA maha melihat, mendengar dan maha mengetahui..

jadi..selepas ni kalau kita nak apa-apa kita kena lah usaha dan doa...kemudian tawakal..tapi sebelum doa dan tawakal tu kita kena la jadi hamba yang beriman..laksanakan segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA..orait!

promoting..cehhh...

hohoho...as'salam...hmmm...hmmm....mesti semua orang tengah study kan sekarang ni..sebab ramai yang baru nak start exam..dah lama sangat tak menulis kat my selipar..menceritakan pengalaman hidup untuk di kongsi bersama supaya dapat dijadikan teladan dan pengajaran kepada diri dan semua yang membaca..

la ni saya dah habis semester 2 bagi sesi pengajian 20102011...so pasni makin banyak la saya menulis...so nantikan kisah saya di my selipar dalam masa terdekat ini insyaallah...jangan ketinggalan....

( poyo jek aku nih!! ingat macam iklan kat tv ke pe! nak promote-promote suruh orang baca blog dia..perasan!!.. ada ke orang baca apa hang tulis cik kyah oooiii...haha..)

orait nak p tidoq lu...ngantuk selepas berhempas pulas hampir 4 minggu untuk final exam..esok dah boleh bangun lambat...tak senonoh betul!!  apa-apa pon solat subuh jangan tinggal atau dilambatkan,..dan tak baik tido lepas subuh..nanti badan tak sihat rezeki tak masuk...ingat tuh...

main kejar-kejar

Haha…haha..haha..tak tahu kenapa aku nak mulakan post ni dengan gelak..haha..
Sebenarnya aku terkejut gak dengan kemampuan aku untuk main kejar-kejar walaupon dah tua bangka..haha..last aku main kejar-kejar kalau tak silap masa darjah 6..haha..majoriti semua laki aku jek sorang pompuan and yang paling tua pulak tu..aisey…release tension beb..kan masa tu aku kena ambil UPSR dan PSRA..hahaha..enjoy giler..naik je form 1 aku dah malu nak main dah…hehe sebab aku dah baligh lah!!..takkan la nak main dengan budak-budak..apa barang??! Bila aku stop ja main, budak-budak tu pon dah pon mengurangkan kekerapan bermain kejar-kejar..and diorang pon startkan permainan baru iaitu bola, badminton and sepak takraw..haha..tapi semua tu pon aku tetap tak leh main..ialah..mana lah aku pandai sepak bola, kepala aku pon tak sanggup nak menahan sakit nak menanduk bola takraw yang kerasnya macam batu..dari aku nak hilangkan stress dengan main takraw..baik aku hantuk jek kepala aku yang memang dah keras ni kat batu..haha..tapi badminton tu aku reti la main tapi tak challenges la main dengan budak-budak..bukan nya aku banyak pukul bulu tu pon..tapi aku banyak kutip bulu tu sebab diorang tak reti pukul straight..pastu kalau terpukul tinggi sikit dah kena marah..laa..mana la kau nak tau bulu tu nak pergi tinggi..dah dia bulu..ringgan sebab tu la dia terbang tinggi..salahkan aku pulak..mana aci!!!

Hehe… sebenarnya aku nak cerita pasal kemampuan aku main kejar-kejar dengan 9 orang awek-awek yang aku sayang dalam masa satu hari..haha..berlagak giler aku oo..macam la orang lain tak penah buat..lantak la. Tu diorang ni aku..apa aku kisah! bila ingat balik..aku rasa macam explorace pulak haha.. berangan je oo..astaga..permainan ni berlangsung pada hari sabtu bersamaan 19 feb 2011..korang tengah buat apa ea masa ni??..hehe..korek hidung ea..tak pon garu buntot..haha

Mula-mula aku kena pergi kelas hm pukul 8 am kat fakulti…masa dalam kelas tu aku suka giler sebab ruhsyda (aku tak reti eja nama dia) budak kelas aku yang jaga lecturer subjek electrotherapy, cakap miss tan ai ai nak batalkan kelas pukul 2pm-8pm..wahhh..memang bahagia giler lah..tapi sedih balik..sebab ati ( master mind kitaorang bab-bab kena buat persembahan untuk dinner course) cakap nak buat latihan..aduhai…tapi takpe lah..sebab lusa dah kena posting kang takde masa pulak..

Habis ja training, solat and lunch aku dengan awek-awek kesayangan aku pon keluar dating kat pasar seni..pada masa yang sama ada lagi dua orang awek tengah tunggu aku kat ts..takpe lah biarkan diorang dulu..aku dating kat pasar seni dengan aim,ana and sal..masa ni nak cari cenderamata untuk vip, juri and peserta untuk debat piala glokal..sebab aku ni exco cenderamata..so kena la buat kerja..bila dah siap semua hal kat pasar seni..kitaorang pon balik lah..masa  balik tu aim suruh belanja cendol..so disebabkan aku ni baik aku bawak la diorang pergi sogo..sebab hari sabtu ada pasar malam kat jalan tar..so pe lagi makan kat situ lah..hehe…aku rasa hari tu hari yang bahagia buat mereka..sebab duit teksi aku bayar, duit bas aku bayar, duit cendol tu upon aku bayar..so gentle tak aku?? Eh apa pulak gentle? Kalau laki gentle..habis pompuan pulak mesti la ladle kan? Xakan la senduk kut..hish!! haha… gentlewomen lahh…baik kan aku? PERASAN!

Bila tengok jam kat tangan aku dah menunjukkan pukul 5 aku pon cakap la kat tiga awek aku nih yang aku nak pergi jumpe awek lain pulak..diorang pon okay ja..mana tak nya..aku dah suap diorang dengan kemurahan aku dah..haha..dapat ja green light aku terus berlari ke ts!
Kat ts aku dating pulak dengan Erika@erik dan jannah selama 45 minutes sebab pada masa yang sama aku ada dinner dengan awek-awek lain pulak..haha…tak cukup tangga aku pijak sebab nak kena naik lrt and 
mineral..eh monorel lah..aku haus..patut  la minum jap,.aahhhhhh…lega

Awek pertama aku jumpe ialah jannah..datang-datang  jek terus nak peluk aku..dah la aku ni berpeluh..hishh budak nih..mana erik? Dia pergi tandas..nak mekap semata-mata nak jumpe aku..ceh!!! dua orang pompuan ni memang kaki shopping..jumpa aku yang tengah penat ni bawak-bawak la cari tempat duduk dulu pastu borak-borak kejap..ni tak,. ada ke patut tarik aku masuk kedai baju..hish!! tak puas hati betul! Nasib baik tak suruh aku bayarkan baju-baju diorang. Kalau tak mati aku! Masa tu sempat la jugak ambil-ambil gambar..tapi aku lagi tak puas hati..ada ke patut suruh aku pendek kan kaki..memang la aku ni tetap tinggi dari diorang even diorang dah pakai hill..tapi tolong lah jangan seksa aku! Marah giler aku!..mostly semua gambar aku kena pendekkan diri..pastu dua-dua perasan tinggi..cehh!!!...nasib baik jiah tak ada..kalau ada memang tiga-tiga awek ni dah lama buli aku dah..nasib baik awek aku..kalau awek orang lain dah lama aku tinggalkan kat situ jugak! Tapi takpe lah..api kemarahan aku pon reda bila diorang happy..615 aku try tepon sorang lagi awek aku ni sarah..aku cakap kalau aku tak dating dinner boleh tak..pastu tahu tak dia cakap apa? “ala sedih la kalau tak ada” so disebabkan tak nak kecewakan dia aku pon balik la..lepas dapat kiss dari erik and jannah aku pon balik la ke chowkit..selamat duit aku…hehe..
Masa ni memang tak cukup kaki aku berlari-lari..sebab sebelum pukul  7pm aku dah nak kena ada kat kampong baru..sampai-sampai ja dah kena makan cepat-cepat..ape lah diorang ni..paksa-paksa orang makan cepat-cepat pulak..tapi nasib baik lapar..memang tibai je la steak and air asam jawa tu..sedap!!... hahh..masa ni aku dating dengan 4 orang awek..sarah,fia,ebah and tina…tak silap aku..fia ada Tanya.” Kenapa dating jugak kalau busy?” aku pon jawablah “sebab ada orang tu sedih kalau orang tak datang” pastu ada suara sumbang cakap “ tak cakap apa-apa pun ea” ellehh..kalau cakap sedih tu mengaku je lah..tu pon nak malu-malu…pirahhh…

mmmm….mmmmm…nak cerita apa lagi eh..tadi berenti makan jap..terus blank nih…mmm….apa ea… hahh…nak cakap pasal moral of this story.. kalau dah berjanji kita kena lah tunaikan..walau apa pon berlaku kita tetap kena bertanggungjawab atas janji yang kita dah buat..walaupon kita just cakap insyallah kita tetap ada responsibility untuk berusaha menunaikan apa yang kita cakapkan insyallah tu..contohnya lah.. ada org ckp “jom pergi makan kat hr hari sabtu ni” dan kita pon cakap “okay insyallah” so kat situ kita dah ada responsibility untuk berusaha nak makan kat hr pada hari sabtu. Memang la dengan izin ALLAH tapi apa pon kita kena usaha..ALLAH pon ada berfirman yang ALLAH takkan ubah nasib seorang hambaNYA  kalau dia sendiri yang tak nak mengubah nasib dia sendiri..so kita kena lah ubah plan makan kat hr tu menjadi kenyataan..so nak ubah dia jadi reality kita kena la usaha..usaha dan usaha..bila kita tak mampu tunaikan kita cakap la dengan orang yang kita janji and  cakap insyallah kat dia tu yang kita tak dapat datang..tanya la kat dia apa perasaan dia kalau kita tak dapat datang..kalau dia kata okay and paham dengan masalah kita okay la…tapi kalau dia kata dia sedih or kecewa kita kena la usaha untuk tunaikan..sekiranya tak mampu jugak katakan maaf kat dia..tak salah meminta maaf pada orang lain..insyallah dengan perkataan maaf tu orang akan paham kita dan lebih jatuh sayang kat kita..tapi dengan syarat!! kita kena la usaha untuk tunaikan janji..orait…ada paham?tak paham..pergi makan lu pastu baca balik…haha..

korang makan lu aku sambung cerita…
dan akhirnya aku pon kepenatan pada waktu malam..ingat nak sambung buat assignment patologi tapi bila mata dah tak boleh nak bukak and otak dah tak mampu nak berfungsi apa lagi take rest lah..tidor..disebabkan banyak lagi  isi yang perlu dicari untuk assignment tu aku pon buat la keputusan nak tido sampai pukul 1015..so tidur la..dan aku pon mintak tolong sarah untuk kejutkan..alhamdulillah dia kejutkan aku tepat pada masanya..bagus budak ini..hehe..bila dia tepon, aku pon cakap la “orait-orait..nak  bangun la nih”..aku cakap macam ni sebab terpaksa..mana tak nya minah ni garang kut….aku penah sekali macam kena marah ngan beliau masa beliau nak kejut aku sebelum ini..hehe..jahat betul aku kesian dia..
tapi disebabkan aku tak nak kecewakan dia aku pon bangun la..aku amik paper yang aku print dari internet untuk cari isi dan baring atas katil siap dengan selimut sekali..pe boleh buat..demi mu sarah..pastu aku pon garis la mana-mana isi yang sesuai .. pastu tiba-tiba aku cari telepon aku dan tengok dah pukul berapa masa tu aku tak tidur lagi..aisey..dah pukul 530 pagi oo..pastu aku tengok kertas tadi untuk tengok berapa banyak isi yang aku dapat…rupa-rupa…waaooow!!! satu muka surat pon tak gerak…hahaha…kalau minah garang ni tahu mampus aku..serius aku kecut perut bila dia naik marah oo…garang macam singa!.,sorry sarah..garang-garang pon i sayang u jugak... 

thank you semua..thank ana, aim and sal sebab sudi temankan aku pergi pasar seni..
thank erik and jannah sebab tak ambil hati sebab dapat luangkan masa sekejap ja dengan i..
thank sarah sebab sudi ajak orang makan malam kat hr..
thank fia, ebah and tina sebab sudi makan malam dengan orang..
thank semua kerana telah memenuhi hari saya dan membuatkan saya begitu bahagia dan bermakna..(poyo!!)

our first time

selamat pagi semua!!...as'salam...
sebenarnya post kali ni nak tulis pasal reunion lunch yang family aku buat mase cuti raya cina lepas..tp bende dah  basi rasa macam tak ada mood nak cerita..so cerita la pasal our first time..hehe..apa yang best nye pasal cerita ni..kalau jadi kitaorang baru la tahu betapa best dan seronok dan indahnya dunia bila dapat first time ni..

tapi kan sapa kitaorang ni? apa pulak yang first time tu? owh...nak tau? mesti la nak kan..nanti korang tahu sendiri lah..hehe..please figure it out by your self...hehe  and please enjoy your investigation based on my story..ha ha ha...

dari awal sem.. kitaorang selalu busy..busy ka?tah la...biasa jek..dah biasa kut macam ni.. masuk jek minggu kedua ketiga bertambah padat la jadual kami..(guna kami sebab nak eja kitaorang tu panjang sangat la...penat..). dari hari isnin sampai sabtu penuh jek jadual..bila tengok jadual budak emed ( perubatan kecemasan kira orang kerja dengan ambulance la nanti,kira the first person yang jumpa pesakit) wahh...jauh giler beza..tengok je jadual banyak giler lubang sana sini..diorang tengok jadual kami pon terkejut..terkejut beruk pulak tu..hehe...kelakar tengok expression terkejut diorang..haha..

aarggghhhhh....ngantuk oo..first time bangun awal dan tak sambung tido bila balik rumah..
pastu apa ea..hahh..waktu rehat pulak 1 jam jek..antara pukul 1 ptg sampai ke dua ptg..tp ada gak rehat 2 jam..12-2 ptg..lepas itu sambung balik kelas antara pukul 2-5 ptg..kadang-kadang 2-6ptg.. tapi ada gak sekali tu kelas sampai pukul 10 malam tapi lecturer tu dapat speed up diapunya lecture so dapat la kami balik pukul 9 malam..sejam awal..huhhhh....bahagia sungguh..masa tu dalam kelas pon mengantuk..dan tak dapat nak concentrate sangat..lecturer pon banyak yang tersasul salah baca slide..mana taknye pukul 8 pagi sampai 5 ptg beliau tido..eh..bukan..kerja kat hkl..sebagai fisioterapi..pastu dengan tak balik rumahnya sambung mengajar kami pulak dari pukul 6ptg sampai kul9 mlm..kesian kat dia...lagi kesian kat kami...sebab sabtu pon ade kelas dari 8pg hingga 6 ptg..

tapi bab-bab macam ni kira perkara wajib la yang setiap tahun kami akan rasa..sebab senior-senior pon macam ni..so kira ni dah jadi lumrah kehidupan kami la..kalau tak ada kelas sampai malam..sampai sabtu petang bukan kami lah tu..haha..

sem ni kami ambil biostatik..subjek yang semua budak universiti penyelidikan kena belajar ( yeke? dengar-dengar la..tak tahu la betul ke tak) sebab nak kena buat thesis dan penyelidikan... kira course ni course sesama la kena ambil dengan budak-budak course lain..so kami dengan 2 lagi course iaitu budak emed and ot ( occupational therapy) kena ambil bersama kat bys..( bangunan yayasan selangor, cawangan kampung baru, bangunan yang ukm sewa tuk bilik kuliah dan klinik serta gym kami dan course-course lain) budak-budak lain ambil kat fakulti..

masa nak cari masa ynag sesuai untuk adakan kelas pon susah sebab sebab kami la..bila diorang ada masa kosong kami ada kelas..sampai cik aifah..lecturer course ni cakap "susah nak cari masa tuk ganti kelas sebab jadual budak fisio padat sangat..haha" (dia memang suka gelak lepas cakap..tak tahu kenapa. nasib comel)
tapi nasib la ada masa yang sesuai tuk kami kumpul ramai-ramai masuk kuliah...

masa cuti midsem nak raya cina ( cuti yang digabungkan) pon kami tak balik lagi..budak medic pon dah balik..kami? tak sebab apa..jumaat petang tu ada kelas neuro dengan madam chelvi..aiyak!..nak buat macam mana..nasib sabtu tak ada kelas...

miggu ni kami ada midsem...kalau bab periksa setakat ni kami mula awal and habis awal..budak-budak lain mula sama ja tapi habis lambat..tak kira la final or midsem..tapi bab nak menghabiskan tu memang nazak..mana tak nya paper selang sehari..tapi dalam sehari ada 2 paper..lagi naik giler bila dua-dua paer tu 4 kredit hours..huhu....
so paper midsem kami habis hari khamis..ada budak yang pagi jumaat ni pon ada exam....budak first year kami pulak da kelas..hahaha....kami jek dah habis exam dan tak ada kelas...so apa lagi balik rumah la...bila bawak beg besar nak balik rumah..saja la nak tunjuk lagakkat budak lain sebab ni la first time kami menunjuk beg balik kampung sebab selalunya diorang yang tunjuk kat kami..tp...aisehhh....ada budak lain gak balik kampung..baru nak jadi the first time..tapi tak pa la at least dapat usung beg balik kampung dari diorang tak dapat..haha....

lapar la..teringat jagung and kepak ayam yang tak habis malam tadi..nak panaskan nad jadikan breakfast!
semalam saya balik rumah semata-mata nak pergi pasar malam sebab nak makan kepak ayam madu..syirah!!! kepak ayam madu...hehehe..pastu petang jumaat ni selepas sorang laki solat jumaat saya dah nak balik kl..nak masuk larian sihat anjuran program mega generasi hebat..sebenarnya tak nak masuk sebab malas..tapi takpe lah..nak memeriah kan majlis and bagi support kat fia..( ingat lagi tak kat dia..nak tahu sapa dia baca post berkawan biar seribu ) pengarah program larian sihat..tapi bukan sebab tu ja..nak teman aim jugak..dai xbalik rumah dia.sebab penang jauh sangat..so saya yang boalh ulang-alik dari rumah ke kolej ni pon tolong la temankan dia..lagi pon dok rumah nak buat apa kan..baik berjogging badan sihat minda cergas!

tapi kesudahannhya saya tak lari pon sebab memang dah tahu yang saya ni tak fit..kang diorang semua kena tunggu saya sampai zuhur..haha..apa pon best la..dapat main fisbee..paint ball..lepak-lepak hilangkan tension selepas midsem..lepas ni dapat result midsem tension balik..hahaa..tak tahu lah semua benda nak tension...tapi apa yang penting..kerjasama!..ehh bukan la..apa yang penting ialah bersabar...

sesungguhnya ALLAH akan menjanjikan syurga dan balasan yang baik bagi mereka yang bersabar..kelas sampai pukul berapa pon sabar lah..kelas ada masa weekend pon sabar lah...jadual penuh pon sabar lah..dapat result yang tak memuaskan pon sabar lah..itu semua ujian ALLAH..kalau tak sabar maknanya kita tak redha..yeke?kita kena la terima apa yang kita dapat..mungkin bila kita dapat lebih kita akan jadi bongkak pastu malas nak belajar..and at the end kita tak dapat perform well in our final exam,.itu lagi teruk..so apa yang kita dapat itulah yang terbaik untuk kita..tp kalau dah tak study dan tak usaha langsung tak payah cerita la..actually orang selalu cakap rakan sebaya lebih mengenali kita berbanding keluarga kita....tapi pada saya lah kan..ALLAH lebih mengenai setiap satu hambaNYA..

saya cakap orang..saya sabar ke???? hehe...first time bila kita jatuh memang down gila kan..tapi insyallah..kalau kita ingat ALLAH..mengadu kat DIA..insyallah..tak susah untuk kita bangun...walaupun lambat at least semangat nak bangun tu lagi penting..
so kepada khairiyah dan semua bersabarlah dalam menghadapi apa sahaja...ingat jatuh sekali bukan bermakna kita akan jatuh selama-lamanya...jatuh itu la memberi pengajaran dan pengalaman pada kita.. seperti kata pujangga..(pujangga tu apa pon aku tak tau) experience is a best teacher....hehe..orait..moga semua dikurniakan syurga, keberkatan, rahmar dan keampunan dari NYA..dan terlepas dari sesaan kubur..seksaan api neraka dan jauh dari laknat dan kemurkaan ALLAH..aaminn....

berkawan biar seribu

hehe...sekarang ni tengah cuti mid sem plus cuti raya cina..so boleh la buat new post..hehe
hari ni hari ahad...sal,fira,ruhsyda dan zura dah pon bertolak p dungun untuk menjalankan program opkim..maziah pulak baru je keluar rumah untuk balik ke kelantan..sekarang tinggal ana dan kakak dia dan kawan kakak dia..la ni pon kakak ana dan kawan dia nak balik dah...(paham x ayat diatas? kalau aku la kan aku tak paham hehe) so aku pon ape lagi..tinggal la seorang diri kat umah ni..hehe


aku sepatutnye balik hari ni..tapi baju bayak tak basuh lagi..so kena la basuh dulu baru balik..kalau tak basuh nanti naik cuti kelam kabut sebab naik je cuti terus mid sem..so disebabkan tak nak tension time exam better aku basuh dulu baru balik..lagi pon dah mintak izin kat mak dah nak balik lambat..nak study untuk exam dan makpon kate ok..hehe...ok la..yang penting mak dah izinkan..


tapi xsabo oo nak balik rawang...nak jumpe mak and akak..belum je balik umah akak dah bagi keje..suruh beli jelly sebab dia nak buat puding dan ukur tingkap kat umah mak sebab dia nak buat langsir baru..ade la satu keje..dia suruh pergi survey kedai mana ada langsir lawa dan murah..tapi bab kerje menyevey ( gabungan imbuhan menye dan survey) ni aku da tolak..mana la aku ada masa nak buat kerje buang masa tu..haha..kang bukan aku pergi survey tapi pergi makan..wakakaka..


tapi bab puding tu aku suke..sebab aku rase dia nak buat puding ke sukaan aku..tapi tah la..tunggu dan lihat la..aku harap sangat dia nak buat puding tu..amin...


pasal apa perkara diatas tak ada kaitan dengan tajuk post??
hehe,, sebenarnya nak cerita pasal saya dah jadi semakin rapat dengan budak-budak diet ukm..hehe..macam kelakar je nak cerita..boleh la dari tak de cerita nak cerita..
mula-mula kawan dengan sarah ja..pastu pulak bbah..then fia..sekarang makin ngam dengan fia..hehe..my twin..kenapa twin?? sebab sarah and bbah cakap kitaorang suke tunjuk gigi dan merepek..mmm...best apa merepek..macam makan kerepek..kalau merepek kita jadi lebih pandai sebab merepek ni perlukan imaginasi dan kekretifan untuk mencipta satu cerita dongeng ala-ala fair tale gitu..kuang2...aku dah merepek dah sekarang..tapi betul apa..budak-budak kecik suke berangan sebab tu bagus untuk diaorang punye perkembangan otak..kita dah besar ni xpayah la berangan just create satu cerita yang watak-watak nye terdiri darpada kita dan kawan-kawan kite..pastu sorang demi sorang sumbang idea untuk mencantik kan lagi jalan cerita..best oo...tak caya cube buat..sambil meningkat kan kretiviti boleh gak release tension dengan bergelak ketawa sambil mengeratkan siraturrahim...aku denagan budak-budak fisio suke buat macam ni bile kitaorang tengah makan berjemaah..hehe..so try la..tak cuba tak tahu..


haarrgghhh.... stretching jap..
hari tu aku ada pergi ktsn 1..kire branch kolej yang utama la..lepak sebab ada program kat titiwangsa dengan budak-budak fisio uitm..so malam tu aku pon lepak la kat bilik fia..pastu sarah and bbah pon join sekali..diorang p layan songs korea aku pulak tak tau nak wat pe sebab aku bukan layan pon korea-korea ni..fia je la yang layan aku..kitaorang pon apa lagi wat la bilik tu macam gym..haha..trainer gym tu sapa lagi kalau bukan aku..haha....daripada aku ngan fia je yang join terus sarah and bbah join jugak..haha...masa tu malu giler bila sarah kata aku dah tunjukkan perangai aku yang sebenar..dushhh...tu la kalau dah main tak reti nak cover-cover...kan dah tertunjuk sapa diri yang sebenar,,,haha...nak wat macam ne..bile tembelang dah pecah biar je la kan..nasib baik bukan 100%..kalau tak lagi la malu..


bukan senang tau nak ambil hati kawan dan orang yang ada disekeliling kita..kita kena la panggil dia dengan nama yang dia selesa dan suke..buat perkara yang dia suka buat..ambil hati dengan belanja makan..selalu kena ade eye contact bila bercakap, kena selalu buat dia selesa dengan kita, care pasal dia, buat dia happy..selalu jaga hati dia..tu je la kut..ni sume bukan nye nak beli kawan atau orang sekeling kita tapi ni caranya kita nak jadi semakin rapat. kalau ada orang cakap nak bodek kawan cakap la..sebab kalau saya nak bodek kawan kenapa saya selalu buli mereka? kenapa saya tak pernah nak mengungkit-ungkit dengan apa yang saya buat dan bagi kat diorang?..sebab semua ni saya buat dengan ikhlas...saya nak buat mak saya gembira pon saya buat bende yang sama..kat akak..anak-anak buah...kalau xbelanje diaorang pon at least saya tolong apa yang patut atau jaga hati diaorang..dengan macam ni ramai orang akan jatuh sayang kat kite..tapi apa yang penting kena ikhlas...

lagipun ALLAH ada berfirman dalam surah al-Baqarah potongan  ayat 83 yg bermaksud:
dan (ingatlah) ketika Kami mengambil janji taat setia daripada Bani Israel, iaitu janganlah kamu menyembah selain ALLAH dan berbuat baiklah kepada ibubapa,kaum kerabat,anak-anak yatim
dan orang miskin dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat....




hah..sambung cerita..
dengan budak-budak fisio uitm pon note bad jugak..diorang sporting..leh bawak bergurau..nak tukar-tukar pendapat pon rasa selesa..macam dah lama kenal..budak-budak laki pon ok...masa diorang datang baru la nampak lelaki melayu ramai sikit..kalu tak ciput jek..kira kejutan budaya jugak la..hehe...
so sekarang ni kalau ada masa kitaorang ada la chatting kejap kat fb atau sms..nak mengeratkan lagi hubungan...hehe,..


orait la da boring nak bercerita..harap dapat la ilmu dan pengetahuan sikit...cari la kat mana-mana perenggan di atas..ada la tu..hehe..orait apa yang boleh diamalkan amalkan la...sebelum tu layanan saya terhadap seorang dengan seorang yang lain adalah berbeza...so kalau rasa saya tak lain anda macam saya lain orang lain jangan la terasa...tu tandanye saya segan nak buat macam tu dan xselesa nak bermesra or manja dengan korang..sebab korang la tak suke bermanja2...hehe..k..dadaaaa...