nikmatilah ciptaan ALLAH sebaik mungkin

hehe..selepas menghabiskan masa cuti bersama keluarga aku pon ada gak bercuti dengan kawan-kawan..
best oo.... lain rasanya bercuti dengan keluarga dengan bercuti dengan kawan-kawan..(pahamkan ayat ni..banyak sangat dengan..ni dah kira salah dari segi hukum tatabahasa..hentam sajalah..)..
sebenarnya kitaorang nak pergi kenduri kawin kak najwa, tutor kesayangan kitaorang,..
dan rumah dia kat kemaman..apa lagi sambil menyelam minum air la..
kitaorang pon tak la melepaskan peluang bercuti ke pantai timur iaitu disekitar kuantan, kemaman dan kertih..
hehe..

malam ni nak tulis puas-puas sebab malam ni mungkin malam terakhir edit blog..sebab esok dah start sem 4...
bermula la cerita..
kitaorang bertolak hari jumaat dan balik kl hari sabtu...walaupon sekejap tapi memuaskan la..
sebenarnya banyak lagi tempat nak singgah tapi xsempat je..nak balik hari ahad mahal pulak nak bayar kerete sewa..so terpaksa la 2hari je..

tempat pertama yang kitaorang singgah ialah water park kat bukit gambang..tak mandi pon setakat singgah dan bergambar je..ok la tu..daripada tak pernah jejak langsung..hehe  takpe kat kl ada sunway..nanti leh main kat sunway..lagi best...hehe..


tempat kedua kitaorang singgah ialah telok chempedak..
sepanjang nak pergi ada bermacam-macam ejaan nama telok chempedak ni kat signboard..pelik
ada yang teluk cempedak..pastu telok chempedak..hish..tak kisah la..janji tempat tu cantik..
kat sana singgah solat,bergambar,menikmati keindahan pantai,menikmati angin laut yang masin dam menikmati kopok lekor...hehe
rasa bersalah gila oo..sebab tercakap kuat-kuat yang kopok lekor tu tak sedap padahal tokey kedai tu ada kat meja belakang kitaorang nak amik order pelangan lain..hishh...takpe la janji tak ngumpat..kan dosa tu..
tobat lepas ni tak nak kutuk-kutuk lagi..kutukdalam hati jek..sebab aku kalau bab komen makanan sedap ke tak sedap ke memang pandai..tapi bab masak..haha...hampeh...



tempat ketiga kitaorang singgah ialah tanjung lumpur..time for dinner...
tempat ni erika yang recommended kan..hehe..orang kuantan mesti la tahu kan..
kitaorang makan kat kedai ana ikan bakar petai..fuhh..ikan bakar rasa petai oo..sebab dia macam letak sambal peti kat atas ikan tu..isi ikan tu lembut pulak tu..fuhh!!
selain ikan bakar..kitaorang makan sotong goreng tepung dan ketam masak pedas..
sotong dia sedap oo..kena selera..sebab dia ada rasa something yang unik tapi masyuk...tapi kalau makan banyak-banyak jadi muak pulak..tapi memang sedapla..
ketam dia pon sama....


bila hari dah malam kena la cari tempat tido pulak kan..so kitaorang pergi ke kertih untuk check in kat sebuah kondo mewah..best betul tido kat situ..air dia sejuk..segar bila mandi..tido pon sejuk..sebab ada angin laut..memang malam mengigil la kalau tak pakai selimut...haha...
sebenarnya duduk rumah kakak aku jek..kat kertih..tapi bila masuk memang terkejut lah..besar gedabak rumahnya..ishhh3...memang best la..memang macam kondo pon..sebijik!


lapar la pulak..ada sesiapa nak tolong sapukan nutella kat roti untuk saya?
takde ea? tak pelah sambung cerita..
pagi hari kedua..kitaorang pergi sarapan kat pantai kemasik..lepas tu apa lagi menikmati angin laut la sambil mendengar deruan ombak yang kuat sebab time ni air tengah pasang..
lawa dan bersih pantai ni..dipelihara sebaik mungkin...
kalau kawin ambil gambar kawin kat sini pon cantik..tak pun buat majlis kawin kat pantai ni memang sesuai..
class gitu...


penat ehh menaip...minum air jap..
lepas singgah kat pantai kemasik..kitaorang singgah kat mini zoo kemaman pulak..sementara nak tunggu pukul satu..
haha..jangan cakap kitaorang bajet ayu pulak pergi pantai pakai baju kurung..sebenarnya tu on the way nak pergi rumah kak najwa la..hehe..
kat mini zoo ni..aku, ati dan ana tak masuk dalam-dalam sangat..sebab rimas la dengan binatang-binatang ni..bukan tak suka,, aku suka je tapi nanti bau busuk pulak..dah la nak pergi rumah orang kenduri..tetiba bau busuk..malulah..
lagi pon aku memang tak suke bulu-bulu binatang yang dalam kandang ni..tah kenapa tah.. aku yang tak pernah ada resdung ni nanti tetiba je resdung..haha..tah-tah memang aku ada resdung kut..tah la..
tapi ape pon..keluar je mini zoo ni kitaorang terus capai perfume..semua dok sembur-sembur..hehe..
nak hilangkan bau..termasuk la aku yang tak round banyak tempat pon dalam zoo ni..haha..
len kali jangan bawak aku pergi zoo..nanti rugi duit jek oo....hehe


lapar..sapu roti jap la dengan nutella...
yeah..dapat pon makan..orait kita sambung cerita..sedap ye..
selepas tu kitaorang pon pergi ke destinasi utama iaitu rumah kak najwa...
cantik oo kak najwa..lain daripada yang biasa selepas  dia mekap..huhu..nanti kalau aku kawin dan mekap lawa-lawa aku akan jadi cun gak tak ea?entah la,,kita tunggu dan lihat..hehe..
sampai sana apa lagi makan tengah hari free la kitaorang dengan lauk kenduri..fuhh...masyuk..aku kalau bab makan memang terlebih excited..nasib baik kena dengan selera..kalau tak..hehe..habis la aku komen...


roti dah habis sekeping..bila cerita nak habis nih?
cepat-cepat habiskan cerita..la relax la kan...betul tak?
pastu... kitaorang singgah solat,,aku pon tukar baju...tak nak la pakai baju kurung tu sampai malam....rimas..dah la masuk zoo..huhu...sebenarnya aku bukan suka sangat pakai baju kurung pon..haha..
lepas semua dah wat apa-apa yang patut kitaorang pon meneruskan perjalanan balik ke kl..
tapi singgah jap kat tepi jalan beli kopok lekor dan keropok ikan yang dah siap goreng haha...lapar beb..
pastu singgah kat mana tah tuk berenti makan kopok lekor dan kopok ikan..
first time oo..aku makan kopok lekor yang direbus..masa mula-mula nak pegang geli gak sebab melekit..tapi cuba je lah..bila dah masuk mulut..waww...not bab gak ea..sedap..lembut...fuhh...rasa nak lagi jek sekarang ni..tapi apakan daya hanya ada roti jek..huhu....


roti pon dah habis..mana air?..
lepas dah makan semua tu..kitaorang pon meneruskan perjalanan ke kl dengan menggunakan jalan lama..sebab nak mengurangkan kos..tak nak bayar tol..so kitaorang akan start bayar tol bila keluar kat karak..hehe..pandai tak kitaorang jimatkan kos? dalam perjalanan tu kitaorang bukak la cerita hantu..hehe..tah apa-apa oo...dah la lalu jalan hutan..borak pulak pasal hantu pulak..hehe..
bila dah nak sampai lebuh raya ada satu kereta dari arah bertentangan ni..keluarkan percikan api..ingatkan terbakar rupanya bergesal dengan divider..fuyoo..lagi gempak kereta tu berpusing 360 degree..riso gak tapi bila tengok kereta tu boleh jalan tegak macam biasa kitaorang pon relax la..
aku pulak apa lagi sambung tido lah..hehe..ngantuk beb..


penat la..tak pe sikit je lagi..
tengah-tengah tido tu aku terdengar satu dentuman yang sangat kuat sebanyak 2 kali..
aku pon terus membukakan mata dan mencari arah bunyi tersebut..apabila aku pandang ke kanan, ku lihat tayar sebuah lori besar betul-betul disebelah kereta kami..aku pon tergamam..tak berkata-kata
ati pon menjerit-jerit suruh azuan berhenti ke tepi..nasib baik ati dan sal bertindak pantas memberitahu apa yang terjadi kepada azuan..kalau lah azuan tak perasan dan terus ke kanan..habis la kami termasuk di bawak lori tersebut..fulamak..ayat macam novel kanak-kanak pulak..
tapi betul la..bila kitaorang berhenti jek..tgk kat pintu belakang sebelah kanan memang ada calar dan kesan geseran..masa tu semua bengang tapi bersyukur sebab tak de bende buruk yang berlaku..alhamdulillah...
bila fikir banyak duit yang akan keluar untuk bayar ganti rugi kereta tu terus kitaorang cancel program malam tu untuk makan malam..semua yang masih terkejut buat keputusan untuk balik je terus tak nak singgah kat mana-mana....



penat dan mengantuk...lenguh dah kaki..duduk lama sangat...
pengajarannya disini ialah...kalau nak pergi mana-mana kena la bagitahu ibu bapa atau pon keluarga...mintak restu dan doa semoga perjalanan diberkati Allah dan selamat..
tapi saya bagitahu ea kat mak saya..abang kakak semua tahu..tapi mungkin ada kesalahan lain yang kitaorang buat..mmmm..mungkin..ini semua pertunjuk dari Allah...dan mungkin ini adalah sebab dosa yang kami telah lakukan...astaga..instigfar banyak-banyak...alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah kerana kami semua selamat..memang aku trauma la..rasa nak menangis pon ada gak masa tu..tapi relax je lah..sebab taknak risaukan kawan-kawan yang lain...


orait..nak tido..selamat malam..baca surah 3 kul dan al-Fatihah..baca juga ayat kursi dan seribu dinar sebelum tido..semoga kita akan dilindungi daripada ganguan syaitan ketika tido dan moga hari esok adalah lebih baik untuk kita..insyallah...

lakukan dengan ikhlas dan dengan kesungguhan

arggghhhhhhhhhhh..... penat giler..sakit giler pingang..
mula-mula bawak beg yang berat dengan barang-barang dari rawang ke kampung baru
pastu bersihkan kipas, tingkap, dinding, katil, rak buku, laci, meja dan almari..sebab hari ini 116hb disember aku balik semula ke kolej tun syed nasir 4 untuk menyambung pengajian bagi semester ke-4..

penat giler..tapi berbaloi..sebab bilik aku sekarang dah jadi kemas dan bersih..off course la kan sebab baru lepas kemas...rase nk golek-golek je kat lantai..hehe..langsir pon siap basuh sekali...tu hah kat ampaian tengah tunggu kering...hehe

tapi ruang tamu tak tahu la sapa nak kemas..penat dah chek..tempat tadah air untuk mandi chek dah sental..
mangkuk tandas pon fira dah sental..licin giler..so harap ada la yang sudi menghulurkan tenaga untuk mengemas ruang tamu..dapur dan tempat kasut...

haha...lapar..haus...tak apa kita teruskan menaip..
tapi nak menaip apa ea...tak da apa kut...
tapi apa yang penting buat kerja mestilah ikhlas...pastu teruskan usaha untuk siapkan segala kerja dan tugasan yang dirancang sehingga selesai..
lakuakn dengan perlahan-lahan..slowly semua perkara tu dapat dibereskan dengan sempurna..
kuatkan semangat dan jangan berlengah.
gunakan segala tenaga dan kekuatan serta apa yang ada bagi merealisasikan planning dan matlamat kita, tanpa bertangguh.
dan akhirnya kita akan berjaya menyempurnakannya walaupun melakukannya seorang diri..
dan ini akan menjadikan kita puas dengan apa yang kita telah lakukan..
tak percaya?! saya telah lakukan..anda? cubalah..

nikmatilah hidup dengan sebaik-baik mungkin disamping keluarga

waw...cuti sem datang lagi!! haha..tapi dah nak habis baru nak share cerita..tak pe lah at least kita share daripada tak langsung..mmm...apa yang korang semua buat ea time cuti sem ni? haha..takkan la makan tido layan korean movie je kut..taye orang pulak so apa yang aku buat pulak??

aku cerita ikut kronologi lah..habis je exam aku dan beberapa orang course mates buat satu trip.mula-mula kitaorang g mandi and bakar ikan kat hulu langat..sungai apa tah..tak amik tahu pulak sebab masa tu pikir nak mandi jek..hehe..lepas penat mandi mesti la lapar kan? tak cukup dengan ikan, kerang, udang bakar and mihun dan mee goreng petang tu jugak kitaorang bedal sate hj.samuri kat kajang..fuhh..memang terangkat..hehe..lepas makan kitaorang menikmati keindahan lampu-lampu kat i-city,shah alam..amik-amik gambar pastu..bukan balik tau singgah kampung baru pulak..minum-minum anad off course la makan-makan..hehe...lebih kurang pukul 11 malam baru balik kolej...kalau tak disebabkan kena masuk kolej sebelum pukul 12 malam dah lama kitaorang melepak kat mamak perkena roti canai..hehe..sedap ye roti canai..








lepas habis trip ni aku pun balik rumah lah..hehe..kat rumah yang aku kena wat ialah kemas rumah..hehe..pastu bukak facebook,tolong mak masak, tengok tv yang dah lama tak tengok, pergi kedai beli barang-barang yang mak nak and off course la beli roti canai hehe ni aku punya la..semua tu la rutin harian aku..lama-lama jadi boring lepas tu gila..hehe..sebab duduk rumah tak buat kerja lain..lepas raya haji pergi bayar duit broadband pergi tengok harry potter dengan my boys..hehe..lepas tu pergi rumah abang(the only brother that i have)buat pe kat sana?ambil kek lapis yang akak ipar buat dan confirm la makan..hehe..pergi dengan akak( anak kelima) dan our boys( anak-anak kak jah)lepas tu jadi gila balik..

ini la lauk-lauk ye sedap oo..













kitorang sebenarnye dah makan tapi bila tengok lauk-pauk tu terus lapar balik..hehe..




haha..kitaorang memang tak boleh lepas tengok pingan lah





penat la nak taip..takpe teruskan..
tahap kebosanan makin meningkat tinggi dan tahap nak menjadi gila pun turut serta..nasib baiklah kak jah( anak kedua, anak pompuan sulung) ajak pergi mandi sungai kat ulu yam lama..wah..terubat jiwa..bukan sahaja jiwa tapi minda ,emosi dan spiritual...haha..maka tahap kebosanan dan kegilaan pun menurun dengan mendadak..
masa kat ulu yam banyka gila makanan yang kak jah masak..spageti, maggi goreng,nasi putih lawan dengan ayam goreng, ikan masak kicap dan sambal udang; sandwich sardin..huhu..mmg best!
mula-mula aku buat acara menyejukkan badan dengan berendam dan berlatih mennahan nafas dalam air..aku hanya mampu buat 20 saat je..ceh! paru-paru aku masih xkuat lagi..huhu..pastu menyelam dan berenang..acara puncak bermula apabila kitorang main bola baling dalam iar..sungguh mengujakan...haha..yang pasti kumpulan aku menang besar hari tu.. 
lepas tu acara diteruskan dengan acara memanaskan badan pulak..iaitu berhenti main boal baling dan buat hal masing-masing..aku pa lagi teruskan aktiviti menyelam dan berenang..hehe..pastu confirm la makan haha...
selepas dapat menghiburkan diri yang kesunyian dengan keindahan dan kecantikan alam..aku pon rehat kejap kat rumah..sebab minggu berikutnye kena tolong akak ipar(the only one akak ipar yang aku ada) siapkan tempahan muffin sebanyak 200 ketul dan cup cake sebanyak 1200 ketul..fuhh...memang memenatkan..tapi berbaloi sebab dapat luangkan masa dengan my boys, kakak and baby..yang paling penting dapat pengalaman dan kepuasan bila dapat siapkan dan tolong akak..upah pon dapat tau..hehe...

nampak tak huruf s tu?tu la abjad pertama bagi nama pengantin yang order cup cake semua ni..












banyak kan?



ada lagi...



ni cup cake yang dah diisi dalam bekas dan dalam kotak..satu kotak ada 168 cup cake..3 kotak?? 



ni pulak choc muffin..sedap..ada chips more and badam..masa kunyah badam dia ranggup sangat


araggghhhh...lapar la..takpe terus kan dulu..
lepas tolong akak ipar pergi pulak rumah kak nor ( anak ketiga) matlamat nak pergi umah dia adalah untuk potong rambut and bershopping..hehe..tengah sale kat sekarang ni..lagi-lagi kat sogo..masa tengah tunggu akak datamg ambil..terserempak dengan kak ana ( house mate) hehe..dia tak cuti sebab tengah siapkan thesis..sepanjang kat rumah kak nor aku tak lepaskan la peluang untuk berjogging kat taman reakrasi dekat situ..wah..puas hati bila dapat keluarkan peluh..hehe..dapat buat push up 10 kali dan sit up 50 kali..penat..tapi best.. masa jogging  tun jugak lia ( anak kak nor ) tunjukkan jalan short cut tuk pergio ppukm..so aku pon menghafal la jalan ye..sebab nanti tak payah la bazirkan rm 5 semata-mata nak naik teksi dari ppukm pergi lrt bandar tun razak..hehe...tapi aku hafal ke tak ea? tibai je la nanti..hehe..

so sekarang ni aku ada kat rumah...kemas rumah..tolong mak buat tart.. buat bergedil..dan update new post dekat blog..tak ketinggalan juga menegur orang yang dah lama tak ditegur...sorry for that..i have my own reason..hope u understand me and tak rasa bosan untuk terus berkawan..hehe....

lenguh kaki pulak..
esok 16hb disember aku nak balik kolej pulak..sebab sem baru bagi ukm akan bermula pada 20hb disember..universiti yang cuti awal dan naik sem awal..sem baru ni adalah sem yang panjang..alhandulillah..harap-harap aku tak la terkejar-kejar macam sem lepas..sebab sem lepas adalah sem yang pendek....insyallah..
tapi sekarang ni tengah berbelah bahagi..nak pergi terengganu ke tak ..sebab takde duit pulak..huhuhu...sedih..hehe..

pedihnya mata..nak turun makan lah...hehe..
banyak juga ea cerita masa cuti aku..tapi ada lagi..penat nak taip la...hope sem baru ini aku menjadi lebih bersemangat..yeahhh!!apa yang dah lepas biarkan lepas sebab kita perlu pandang kehadapan..jangan toleh belakang..jadikan yang lepas itu sebagai pengajaran dan kayu ukur untuk kita menjadi insan yang lebih baik dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang..Allahuakbar!!

tapi apa yang aku tak sangka adalah aku dapat pergi semua rumah adik-beradik aku yang dekat area kl and selangor dalam masa cuti sem nih..aku pun dapat jumpe dengan alam ( anak ke-4) and her family dan juga irun ( anak ke-5)...alhamdulillah..begitu besar anugerah MU Ya Allah..sebab rumah alam kat pagoh,muar,johor..rumah irun pulak kat kertih,terengganu...mana mungkin nak pergi sana..seorang diri...hehe..