pesanan dalam khutbah terakhir di bulan Syaaban

orait! seperti mana yang dijanjikan hari ini aku nak sambung cerita pasal semalam.cerita ke? kira informasi la pasal bulan Ramadhan.tajuk ini dipilih sebab hari ini aku nak hadiahkan korang semua dengan sebuah hadith Rasulullah SAW.
 

pada  jumaat akhir Syaaban Rasulullah pernah berpesan dalam khutbah jumaat, tapi tak tahu la tahun berapa hijrah. pesanan ini dinyatakan oleh Salman al-Farisi. Baginda SAW bersabda: '' Wahai manusia, kalian telah dinaungi bulan yang agung, bulan penuh berkat, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. ALLAH telah menjadikan puasa pada bulan itu sebagai suatu kewajipan an solat malamnya sebagai sunnah. siapa sahaja yang bertaqarrub di dalamnya dengan sebuah kebajikan, ia seperti melaksanakan kewajipan pada bulan yang lain. siapa sahaja yang melaksanakan satu kewajipan di dalamnya, ia seperti melaksanakan 70 kewajipan pada bulan yang lainnya. Ramadhan adalah bulan sabar; sabar pahalanya adalah syurga. ia juga bulan penglipur lara dan ditambahnya rezeki seorang Mukmin. siapa sahaja yang memberikan makanan untuk berbuka kepada orang berpuasa, ia akan diampuni dosa-dosanya dan dibebaskan lehernya dari api neraka. ia akan mendapatkan pahala orang itu, tanpa mengurangi pahalanya sedikit pon. sahabat berkata: kami tidak memiliki sesuatu untuk memberi makan orang berpuasa. Rasulullah SAW menjawab: ALLAH akan memberikan pahala kepada orang yang memberi makan untuk orang yang berbuka puasa meskipun dia hanya memberi sebutir kurma, seteguk air minum atau setelapak susu. Ramadhan adalah bulan yang awalnya rahmah, pertengahannya maghrifah, dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka.'' HR Ibn Khuzaimah dalam sahih Ibn Khuzaimah dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman.


panjang sungguh hadith ini. selalu baca potongan-potongannya tapi hari ini dapat la kita baca mungkin la keseluruhannya..Alhamdulillah. jadi tak kisah la isnin atau selasa ini kita mula puasa tapi harap-harap kita semua dapat mengerjakan ibadah puasa dengan iman dan ikhlas kepada ALLAH. banyak ganjarannya. Rasullulah cakap puasa dalam bulan Ramadhan itu adalah suatu kewajipan. melakukan suatu kewajipan dalam bulan Ramadhan umpama melaksanakan 70 kewajipan pada bulan lain. bayangkan kita puasa selama 29 atau 30 hari dalam bulan Ramadhan. sehari puasa dalam bulan Ramadhan = 70 kewajiban dalam bulan lain. 29 @ 30 hari puasa dalam bulan Ramadhan = 2030 @ 2100 kewajipan dalam bulan lain..fuhhh..Masyallah..


selalunya kita hanya tahu masuk ke bulan Ramadhan kita wajib tahu.kalu tak puasa berdosa.kalau uzur,musafir atau sebab-sebab tertentu kena ganti. tanpa kita tahu ganjaran disebalik ibadah yang kita lakukan itu. so sekarang ini kita semua dah tahu jadi lakukan lah dengan iman dan ikhlas kepada ALLAH. semoga kita semua dilimpahkan rahmat,berkat, dan keampunan daripadaNYA. insyallah.




dan ini aku sertakan niat puasa di bulan Ramadhan secara keseluruhan, setiap malam dan doa berbuka puasa. manalah tahu ada yang terlupa sebab aku pon ingat-ingat lupa..hehe..



pintu bagi ibadah adalah puasa

hehe...tajuk ini dipilih sebab aku pon tak tahu nak letak tajuk apa yang sesuai. lagi pon tajuk ini aku ciplak ( tiru ) dari status facebook mohd. irsyad. dia dapat inspirasi untuk status dia ini pon dari khutbah jumaat. mungkin khutbat pada jumaat terakhir di bulan syaaban.hehe..

hari ini adalah 30 julai 2011 bersamaan dengan 29 Syaaban 1432 Hijrah. tidak termasuk hari ini kita hanya ada satu hari sahaja untuk berada di bulan Syaaban. selepas ini kita akan memasuki bulan Ramadhan. aku pasti semua orang sedang menantikan bulan Ramadhan kerana bulan ini adalah bulan anugerah ALLAH yang luar biasa keberkatan dan rahmatnya. jadi kita semua perlulah bersyukur sekiranya kita masih berpeluang untuk berada di sepanjang bulan Ramadhan. ( asal tetiba aku jadi serius??haha )



pada bulan Ramadhan ini ALLAH membuka semua pintu syurga dan menutup pintu neraka dan syaitan dan iblis pula dirantai. Masyaallah. haha..padan muka engkau iblis!!! jadi apa yang tinggal sekarang ini adalah nafsu. nafsu masih ada dekat dengan kita. ramai orang cakap bahawa pada bulan Ramadhan inilah kita perlu mendidik nafsu kita. aku..totally tidak bersetuju. sebab apa? sebab kita perlu sentiasa mendidik nafsu kita tak kira lah bulan apa pon. ialah takkan la time bulan puasa je kita nak jadi baik bulan lain macam mana?? setuju tak?




walaupon syaitan dirantai dan hanya nafsu sahaja bersama kita, bulan Ramadhan adalah bulan yang menguji keimanan dan ketakwaan kita pada ALLAH. ialah mana taknya pergi bazaar semua yang dinampak semuanya dibeli. lepas pergi bazaar pergi pulak shopping raya. kalau dah shopping memang tak ingat dunia. tak ingat diri tu tengah berpuasa. bila tanya tak penat ke? dijawabnya alah sekali sekala tak penat la.lagipon bukan selalu dapat shopping murah-murah macam ini.bila dah dapat apa yang nak hilang la penat tu nanti..hehe..itu lah dia. itu tak kira lagi iklan kfc,McDonald,pizza hut tah apa-apa lagi kat tv.haha..maunya tertelan-telan air liur..siap tengok jam dah pukul berapa.lepas tu pulak siap kira lagi berapa jam nak masuk waktu magrib. tak cukup dengan itu, siap terfikir pulak nak beli apa kan bazaar nanti..haha..this is real story lah..am i right?? hehe

tapi apa pon yang datang dan menggugat keimanan dan ketakwaan kita, kita perlulah ingat sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : '' barang siapa yang puasa Ramadhan kerana iman dan ikhlas, maka ALLAH akan mengampuni dosanya yang lalu.'' ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ) 

lagi cerita kita sambung esok ea..insyallah..

merindui...

merindui... rindu dekat siapa? rindu dekat mak la. cakap je cuti 4 bulan tapi bukannya ada kat depan mata mak selama 4 bulan! pe la nak jadi eik. masa time tak cuti pulak memang susah nak balik rumah. cakap je k.l ke rawang dekat tapi 2 bulan sekali jugak baru nak muncul depan mintu rumah. 

bulan ramadhan yang akan datang ni dah siap janji dah dengan mak nak puasa kat rumah selama sebulan! tapi tak dapat gak.. betullah.. kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. 

betullah demi nama ALLAH atas diriku, hartaku, ajalku, duka dan kebahagiaan ku dan jodoh ku telah tertulis semasa aku dalam kandungan lagi. 4 perkara iaitu harta, ajal, duka dan kebahagiaan dan jodoh ALLAH telah tetapkan untuk semua hamba-NYA semasa kita dalam kandungan lagi.

mula-mula malaikat jibril cakap pada ALLAH dalam rahim mak kita ada air. kemudian jibril tengok lagi ada segumpal darah. dan kali ketiga jibril tengok ada seketul daging lantas memberitahu kepada ALLAH. kemudia ALLAH meniupkan roh dan menetukan harta, ajal, duka dan kebahagiaan dan jodoh kepada kita.

jelaslah segalanya telah ditentukan untuk kita semasa kita dalam kandungan lagi. jika sesuatu itu adalah untuk kita maka dia akan datang juga pada kita walau susah dan lambat mana pon dia. tetapi bila sesuatu itu telah ditakdirkan bukan untuk kita, kita tetap tidak akan memilikinya walaupon sudah ada dalam gengaman,

jadi berdoalah " demi nama ALLAH atas diri ku, hartaku, ajalku, duka dan bahagia ku dan jodoh ku, jadikan lah aku hamba MU yang sentiasa bersyukur atas kurniaan mu, redha atas anugerahmu agar aku tidak lagi mencepatkan apa yang KAU lambatkan dan melambatkan apa yang Kau cepatkan''.

walla'hualam... hanya ALLAH yang maha mengetahui.