TIDUR SIANG SEJENAK SEBAGAI SIMPANAN


Salam.

Saya telah buat dua new post sempena malam-malam terkahir ramadhan. Kali ni saya nak berkongsi mengenai bagaimana nak mudah bangun di waktu sepertiga malam supaya kita dapat melakukan qiyam. Rahsia Rasulullah s.a.w adalah dengan tidur siang sejenak menjelang waktu zohor. 

Tidur sejenak ini adalah sebagai simpanan. Ialah kita telah penat bekerja pada waktu siang, jadi kita ambil masa dalam 15-20 minit sebelum waktu zohor untuk tidur sebentar. Agar selepas itu kita akan kembali segar dan bertenaga untuk menjalankan aktiviti pada sebelah petang dan malam.


Perkara ini telah saya praktikkan semasa bulan ramadhan pada kali ini. Alhamdulillah menjadi. Tetapi saya tidur dalam 30-45 minit la. Kadang kala nak dekat sejam. Penat kemas rumah. Selepas tidur dalam pukul satu petang tu saya mandi dan usai je mandi terus azan zohor berkumandang. Jadi saya terus melakukan solat zohor dan apa-apa yang patut. Ternyata, sewaktu sebelum tidur badan terasa dsangat tidak bermaya. Alhamdulillah selepas tidur, mandi dan melakukan sedikit senaman (solat zohor), saya dah kembali bertenaga. Rasa macam baru je lepas sahur. Haha..


Terdapat hadis yang meriwayatkan tentang tidur siang sebentar, oleh itu Jumhur Ulama (Majoriti) mengatakan hukum tidur siang sebentar ini adalah Sunat. Antara dalil mereka ialah hadis Nabi SAW:
 قِيلُوا فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَا تَقِيلُ
MAFHUMNYA: “Berqailulahlah kamu semua, kerana sesungguhnya syaitan tidak berqailulah.”(Abu Nu’aim di dalam al-Tibb)   


So boleh amalkan la ea

p/s: Masa berbuka makan la ala kadar sahaja. Jika makan sampai perut penuh, paham-paham je la. Mesti mata rasa berat badan rasa letih.

Rujukan:
1. Dr. Adi Hashman, 2012. Sunat Tidur Siang Sejenak. Mengapa Rasulullah tidak pernah sakit.PTS Millenia Sdn. Bhd.
2. QAILULAH : Tidur Yang Berpahala, 30 Julai 2013. Zulkbo ...nak juga menulis blog.

MERIAHNYA MALAM-MALAM TERAKHIR RAMADHAN


Salam. Seperti yang kita ketahui bahawa tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan berada di dalm bulan Ramadhan untuk tahun ini. Jika tak silap saya tak sampai pon 10 hari. Jadi marilah kita meriahkan malam-malam terakhir ini dengan melakukan qiyam iaitu ibadah pada waktu malam seperti solat terawih, membaca al-Quran, berzikir, bermunajat dan bertakafur kepada ALLAH s.w.t. lagi afdal dilakukan adalah beriktikaf di dalam masjid seperti mana yang sering dilakukan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w.
Bercerita mengenai beriktikaf di dalam masjid ini, saya ada satu pengalaman. Semasa saya melakukan latihan industri di Hospital Batu Pahat yang kini dikenali sebagai Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) saya sempat ke rumah pak cik saya di daerah pontian bersama anak saudara saya. Niat dihati adalah untuk mengeratkan silaturrahim tetapi ALLAH beri lebih daripada nikmat kasih sayang kekeluargaan kepada saya dan anak saudara saya.



Semasa di rumah pak cik saya yang juga merupakan seorang imam kami memperolehi pelbagai pengalaman. Selain solat fardhu isyak yang diimamkan oleh pak cik saya (masa ni solat terawih diimamkan oleh pelajar tahfiz), kami juga berpengalaman untuk mendengar bacaan ayat suci al-Quran daripada pelajar-pelajar tahfiz selepas solat terawih 20 raakat.


Bukan itu sahaja, pada jam 3 pagi kami dikejutkan untuk membersihkan diri dan bersiap-siap untuk ke masjid daerah. Masa ni kami ikutkan sahaja la. Sebab nak merasa pengalaman baru berpuasa dengan imam. So di masjid daerah tu kami beriktikaf dengan jemaah yang lain dengan melakukan solat-solat sunat secara berjemaah. Alhamdulillah. Walaupon hanya semalam pengalaman beriktikaf di dalam masjid semasa bulan ramadhan , saya rasa cukup indah. Rasa tenang sahaja hidup ni, rasa semua perkara berjalan dengan lancar.

Pada sebelah pagi pula, solat subuh dimasjid dan mendengar tazkirah subuh. Memang masa tu masa banyak dihabiskan kat masjid. Rumah untuk tidur, makan, mandi dan berehat sebentar.

InsyaALLAH jika diberikan kesihatan dan umur pada ramadhan tahun hadapan, saya harap saya akan dapat melakukan iktikaf di masjid. Nak buat sekarang bukan tak boleh tapi tak ada sapa nak teman. Saya ni perempuan. Kalau lelaki lain la pergi sorang tanpa izin pon takpe. Jadi saya lakukan sahaja dirumah. Tapi tak meriah la. Haha.. rindu kenangan ramadhan tahun lepas.

p/s: Jom kita meriahkan malam-malam terakhir ramadhan dengan qiyam dan bukannya sibuk buat kuih raya, main mercun, pasang langsir sampai dinihari. Bahagikan waktu malam kita sebaiknya. InsyaALLAH malam-malam terakhir ramadhan kita pasti akan meriah. Meriah bukan dari segi fizikal tetapi dari segi rohani. Sebab itu yang kita perlukan. Betul tak? Wallauaklam.

Rujukan: Dengar slot tazkirah ramadhan di MHI pagi tadi (30/7/2013)

Orang Tua Tak Masuk Syurga.

Assalamualaikum,

Dah lama rasanya tak menulis di blog. Blog MY SELIPAR ni pon dan bersawang. Lama berbeno tak buat new post.

So untuk post pertama setelah sekian lama tak bukak blog ini, saya nak bercerita tentang pengalaman pertama saya berterawih di salah sebuah masjid di Sri Damansara. haha.. selalunya saya buat terawih seorang diri di rumah. Masa ini duduk kat rumah abang sat sebelum balik ke rumah sendiri. 

Masa ni akak ipar ajak p solat terawih.. mula-mula berat hati jugak nak pergi. Tapi mengenangkan nak kumpul pahala so berat kaki melangkah saya paksa jugak diri ini untuk solat sunat terawih secara berjemaah.

Alhamdulillah banyak perkara yang tak sangka berlaku. Dalam satu malam sahaja saya boleh kumpul banyak pahala. bukan setakat pahala solat jemaah tetapi pahala lain juga. Sungguh tidak disangka!

Semasa melakukan solat Isyak, masa ini kelam kabut cari saf dan pakai telekung sebab sampai masjid betul-betul masa imam nak mula solat isyak. so main solat je la tanpa tahu siapa kat sebelah (masa ini terpisah dengan akak ipar, selang sorang je pon terpisahnya) haha.. bila salam jemaah sebelah kiri dan kanan sungguh tak sangka orang disebelah saya boleh dikata makcik-makcik la.. sebab muka dah berkedut.

Tapi semasa lakukan solat sunat terawih, saya dapat rasakan semua di masjid bersama-sama saya ketika itu adalah golangan muda belia. Saya tak rasa pon mak cik-mak cik sebelah saya ini golongan ''remaja purba''. 

Apabila saya balik ke rumah, baru saya teringat satu gurauan Rasullullah S.A.W. dengan seorang nenek tua:

Hasan Basri r.a. menceritakan seorang perempuan tua datang menemui Rasulullah s.a.w.

"Ya Rasulullah! Doakanlah agar ALLAH s.w.t. masukkan aku ke dalam syurga," pinta wanita tua tersebut.


"Orang tua tidak boleh masuk syurga," jawab Rasulullah S.A.W.


Maka pulanglah wanita tua itu sambil menangis. Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda: "Beritahulah pada wanita tersebut bahawa dia tidak akan masuk syurga sebagai wanita tua kerana ALLAH s.w.t. akan menjadikan kesemua wanita syurga menjadi anak dara."


Maksud Rasulullah S.A.W. ini, lelaki dan wanita tua tidak akan masuk syurga dengan keadaan diri mereka yang telah lanjut usia dan nyanyuk, sebaliknya akan dimasukkan sebagai jejaka dan wanita muda.


haha.. mungkin ALLAH nak beri semangat kepada saya, supaya lebih taat beribadah kepadaNYA dengan mengambil contoh mak cik-mak cik yang dah tua pon semangat untuk beribadah dan mengabdikan diri kepada ALLAH semata-mata ingin mengejar syurga yang penuh nikmat. Sebab itu lah ALLAH ilhamkan saya perasaan sebegitu ketika berasa di masjid tersebut. 

p/s: saya harap kita golongan muda-mudi akan terus berusaha untuk mempertingkatkan ibadah kita. ajal tidak mengira waktu. jadi jom kita sama-sama ambil peluang usia muda dan kesihatan yang baik ini untuk beribadah kepada ALLAH. tak perlulah nak tunggu tua. jom sama-sama kita berusaha.
saya pon baru nak mula ni.



sumber hadith diambul dari http://duniayangsekejap.blogspot.com