wonderfull taste of my special cheese cake

Perjalanan ke syurga merupakan satu perjalan yg mempunyai perbagai rintangan dan berliku-liku.manakala perjalanan ke neraka merupakan satu perjalanan yang mudah dan rata. inilah kenyataan..

tidak semestinya perjalanan ke syurga sahaja yang berliku-liku tetapi perjalanan untuk mencapai satu kejayaan atau kecemerlangan juga mempunyai pelbagai halangan yang mendatang..bukan Allah tidak mahu hambaNya berjaya, tetapi sebagai tanda kasih dan sayangNya kepada kita Dia memberikan pelbagai halangan untuk kita kenal siapa kita sebagai hambaNya..

pertama:kita dilahirkan dan diciptakan untuk menjadi hambaNya yang beriman dan bertakwa..melakukan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.. semua kita adalah hambaNya yang lemah termasuklah i..banyak kesilapan yang sering i lakukan hampir setiap hari..setiap waktu..memang manusia mengaku bahawa manusia ini tidaklah sempurna..tapi adakah kita pernah mengaku dengan sendirinya di hadapan orang lain bahawa kita ini tidak sempurna?

kedua:kita dilahirkan didunia ini adalah untuk menjadi khalifah Allah. oleh itu jadilah khalifah yang terbaik kerana kita sebagai manusia dengan sombongnya telah bersetuju untuk menjadi khalifah Allah sedangkan makhluk yang lain tidak berani memikul tanggungjawab ini..sebagai seorang pelajar..belajarlah dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya kelak bila berjaya kita dapat menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat..

walau apa pun rintangan yang datang dalam usaha kita untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam hidup..kita kene teruskan..teruskan usaha dan berserah diri kepada Allah..kerana hanya ALLAH yang mengetahui kenapa kejayaan yang kita harapkan itu tidak muncul-muncul..Allah nak yang terbaik untuk hambaNya oleh itu Dia akan berikan yang terbaik untuk kita..

mungkin kejayaan yang sangat-sangat kita harapkan itu merupakan satu kejayaan yang tidak pernah terintas difikiran kita..mungkin kejayaan itu lebih daripada apa yang kita harapkan..sesungguhnya ALLAH maha mengetahui..apa yang terbaik untuk kita..
jadi bersabarlah dalam menuntut ilmu dan dalam melakukan apa sahaja..dan ingatlah akan segala janjiNya..kepada kita..mungkin bukan di dunia tapi diakhirat nanti...siapa tahu..setiap kesakitan dan kesusahan pasti ada kesenangan..

tiada tuhan selain Allah..yang maha pengasih lagi maha penyayang..yang maha pengampun lagi maha pengasihani..lindungilah hambaMU ini daripada sebarang kesengsaran, kesakitan dan kedukacitaan..

terima kasih kepada ahmad ridhwan kerana memberikan i ilham untuk menulis mengenai wonderfull taste of my cheese cake..i akan tunggu dan terus berusaha untuk merasa "cheese cake" yang tersangat lazat dan keenakannya yang tidak dapat i gambarkan,..yang mana "cheese cake" itu diciptakan special untuk i daripada ALLAH...

No comments:

Post a Comment