sempatkah aku?

dua, tiga hari ini hatiku rasa tidak tenteram..rasa gelisah..resah..adakah mungkin riso sebab tidak lama lagi dah nak start midsem..atau sebab aku merindui kau?? jadi nurkilan ini aku tujukan khas untuk kau..kerana aku tak pasti adakah aku sempat melakukan apa yang patut aku lakukan terhadap engkau.walaupun kau tidak membacanya tapi aku pasti kau dapat merasainya..kerana hati kita adalah satu.

dulu kau sabar dalam melayan karenah aku, ape aku nak makan kau masakkan, aku panas kau tolong kipaskan, aku demam kau tolong jaga dan selimutkan..aku mengadu itu dan ini kau dengar dengan penuh hikmah...walaupun kau tidak memanjakan aku dalam soal mendidik aku tapi aku tahu yang kau sering memanjakan aku dalam hal-hal yang lain..

tapi bila kau masak aku jarang tolong kau, bila kau sejuk aku tak nak tutup kipas, bila kau demam aku tak pernah jaga dan selimutkan kau, bila kau sakit aku tak pernah meringankan tugas kau, bila kau bercerita aku buat tak tahu, bila kau mendidik aku dengan cara yang berhemah aku memburukkan kau..semuanya aku balas dengan cara yang buruk terhadap segala perbuatan mulia kau terhadap aku..

selama 17 tahun aku hidup bersama kau..selama itu juga aku tidak pernah berjauhan dengan kau..dalam tempoh itu juga aku tidak membalas segala jasa kau..selama itu juga aku sering melukakan kau, selama itu juga aku menyakiti hati kau...sehingga sekarang aku tetap melakukan perkara yang sama..terus-menerus menyakiti kau..

kini aku berusia 20 tahun..sering kali beberapa soalan berlegar-legar di kepala aku..antaranya:
sempatkah aku membalas segala jasa kau terhadap aku?
sempatkah aku memberikan sepenuh perhatian aku terhadap kau?
sempatkah aku memberikan kau duit belanja? kerana aku cemburu melihat yang lain mampu memberikannya pada kau sedangkan aku menerimanya dari kau..
sempatkah aku menghantar kau ke klinik untuk buat rawatan?kerana aku cemburu yang lain dapat melakukannya tapi tidak aku
sempatkah aku menghadihkan sesuatu material pada kau?kerana yang lain selalu memberi sesuatu pada kau
sempatkah aku memberikan sebuah kejayaan kepada kau?kerana aku cemburu yang lain telah pun memberikannya kepada kau
sempatkah aku bermanja-manje dengan kau lagi?
sempatkah aku berubah untuk menjadi yang terbaik untuk kau?
sempatkah aku memohon ampun pada kau?
sempatkah?sempatkah?sempatkah aku untuk melakukan segala-galanya demi kau?
aku merayu pada yang MAHA ESA agar berikan aku kesempatan tersebut..
tapi aku berbangga kerana aku masih ada waktu untuk terus mendoakan kesejahteraan kau didunia dan diakhirat

diatas segala yang telah kau lakukan pada aku..aku amat berterima kasih..
atas kegala keampunan yang kau berikan pada aku ..aku berterima kasih..
atas segala doa yang kau pohonkan untuk aku.. aku berterima kasih..
dan aku sangat berterima kasih kepada kau kerana tiap kali aku memohon ampun pada kau kau katakan
 "kenapa nak mintak maaf..mane ade salah apa-apa pun dengan mak, lain kali jangan mintak maap lagi buat mak sedih jek''
seberapa banyak kau kata sedemikian,aku tetap ingin memohon ampun..memohon ampun atas segala kesalahan aku terkadap kau..
sebagai anak kecil mu aku mengatakan bahawa kaulah seorang ibu yang terbaik..
dan kau bukanlah dalam kalangan ibu bapa yang derhaka...
dan sebagai anak kecil mu aku memohon ampun andai aku tidak sempat untuk melakukan apa yang seorang perlu lakukan kepada ibubapa mereka..
ampunilah aku...

bila direnung kembali...
memang benar orang cakap seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak,tapi sepuluh orang anak tak pasti boleh menjaga seorang ibu...
aku harapkan aku dan yang lain dapat menjaga kau seperti mana kau menjaga kami..
doakanlah anakmu ini..wahai mak
terima kasih mak...sayang kat mak sangat-sangat...

No comments:

Post a Comment