khairiyah yang hilang

semakin kita dewasa, semakin kita jauh dari tempat asal kita
semakin kita dewasa, semakin kita sibuk dengan hal dunia
semakin kita dewasa, semakin kita hilang dari pedoman hidup
semakin kita dewasa,semakin banyak kita berubah...

bila kita dewasa, pegangan hidup kita banyak yang berubah
bila kita dewasa, semakin kita pentingkan diri sendiri
bila kita bewasa, banyak perkara mulia yang kita sering lakukan ketika kecil dulu kita tinggalkan
bila kita dewasa, hati yang dulunya suci bersih mula timbul cacat cela.

orang selalu kata semakin dewasa seseorang manusia itu, semakin matang pemikiran dan tindakan mereka..
adakah ini benar?
tetapi kadang kala tindakan seorang kanak-kanak itu lebih matang dari seorang dewasa..dan ini adalah benar..
kadang kala tindakan meraka membuat seorang dewasa itu tersentuh dan tercengang..

semasa kita kecil, kita begitu comel, murah dengan senyuman, ceria dan begitu naif dalam segala hal..
dan paling utama, hati kita ketika itu begitu suci dan bersih..

sekarang adakah hati suci itu telah hilang dari diri kita yang telah dewasa?
atau kita yang sengaja memberikan alasan bahawa dulu lain sekarang lain
atau kita yang sengaja ingin mengubah sifat mulia kita yang dulu semata-mata ingin mendapat perhatian dan tidak mahu dilabelkan sebagai budak skema sebagaimana kita dahulu?.

kenapa sekarang baru khairiyah terfikir semua ini?
kenapa bila segalanya dah berubah baru nak terfikir?
tapi betul janji ALLAH,..
ALLAH akan memberikan kita ujian dan beri peluang kepada kita untuk melakukan kesalahan
supaya kita nampak salah kita..
supaya kita sedar akan siapa kita
supaya kita mengetahui bahawa pintu taubat itu sentiasa terbuka
supaya kita tahu ALLAH sentiasa bersama kita walaupun kita sering melupakanNYA

Alhamdulillah..didalam bulan ramadan..bulan yang penuh dengan keberkatan ini..khairiyah mendapt pertunjuk
untuk kembali kepada yang asal..
tetapi perkara yang khairiyah risau kan ialah..
mampukah khairiyah untuk berubah seperti dulu?
mampukan khairiyah istiqamah untuk melakukan perkara yang khairiyah sering lakukan dulu pada saat ini?
mampukah khairiyah melawan kehendak nafsu dan sifat buruk yang ada dalam dirinya?
segalanya akan terjawab jika khairiyah ingin mencuba untuk berubah..dan cuba untuk menetapkan semua itu dalam hati dan jiwa..

semoga dibulan ramadhan ini ibu bapa,adik-beradik,kaum keluarga,rakan-rakan,guru-guru dan khairiyah sendiri dapat memberikan makanan yang secukupnya kepada jiwa dan rohani masing-masing..
kerana apa gunanya ALLAH mensyariatkan puasa untuk menjaga kesihatan rohani dan jasmani jika kita lebih memikirkan juadah berbuka puasa dan bukannya solat dimalam hari

semoga puasa di bulan mulia ini dapat memberi seribu makna kepada setiap insan yang bergelar muslim dan muslimat..insyallah..

No comments:

Post a Comment