Di Sebalik COKLAT

Assalamulaikum.sudah lama rasanya tidak menulis di blog. Memang sudah lama sangat la. kali ini saya ada satu kisah menarik yang ingin saya kongsikan.

Sempena satu muharam yang lalu, saya mengambil kesempatan itu untuk mengantikan puasa saya. dalam kita bersahur saya teringin nak makan coklat. Jadi saya pun bukak la peti ais dah patah kan coklat 5 bar saya. Apabila dah patah je, saya rasa kecewa sebab coklat yang saya patahkan tu tidak ada tanda-tanda ada kacang badam kat dalamnya. (coklat saya ini coklat yang ada kacang badam kat dalam). Memang kecewa habis lah! tetapi takkan nak buang kan. Jadi saya makan jugak la.

Tanpa dijanggakan dengan sekali gigitan saya terjumpa kacang badam. Tepas itu saya pun gigit lagi sekali. oh! Alahamdulillah, jumpa lagi satu kacang badam. apa lagi seronok la saya. Selepas itu, saya mula berfikir.

Pada mulanya coklat itu nampak rata je. tak ada langsung tanda di dalammya akan ada 2 biji kacang badam. Tetapi saya terima seadanya kacang itu dan terus makan. Tidak kisah la ada kacang ke tidak asal hajat nak makan coklat tercapai. tetapi akhirnya, saya dikejutkan dengan dua biji kacang badam.

Mungkin dengan peristiwa ini ALLAH nak tunjuk pada saya bahawa setiap kekurangan itu pasti ada kelebihannya yang tersendiri.

Sekarang ini, saya ditimpa dengan pelbagai ujian. Sehinggakan saya hidup saya tidak terancang dan saya tidak dapat menggunakan masa saya dengan maksimum. Saya menjadi tidak tentu arah dan tidak fokus dalam kehidupan sehinggakan saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan dan apa yang patut saya ketepikan.

Alhamdulillah, dengan coklat itulah, ALLAH memberikan petunjuk pada saya. Mungkin perkara ini telah terlambat bagi saya. Tetapi selagi ada waktu, ruang dan peluang perkara yang lambat itulah yang banyak membantu kita. Tidak ada istilah terlambat dalam kehidupan kerana kita perlu ingat bahawa dunia tidak mahu tahu bagaimana, dan bila kita mulakan perlumbaan kita, tetapi dunia nak tahu bagaimana kita tamatkan perlumbaan kita. Lebih kurang macam cerita perlumbaan lari antara arnab dan kura-kura.  Arnab telah meninggalkan kura-kura jauh dihadapan. Pada pertengahan si Arnab pula tidur dan berehat. Dengan penuh kepayahan dan kesungguhan akhirnya kura-kura sampai dahulu digarisan penamat. Itulah kehidupan kita.

Apa yang penting disini ialah bagaimana kita tamatkan perlumbaan kita. Biarkan orang lain jauh kehadapan, tidak perlu ada rasa cemburu dan iri hati dalam diri kita kerana ALLAH telah menetapkan rezeki bagi tiap-tiap hambaNYA. cuma lambat atau cepat sahaja. Apa yang kita perlu buat adalah teruskan berusaha dan tidak putus harapan pada ALLAH.

Berbalik dengan cerita coklat tadi. Saya kiaskan coklat yang saya sangkakan tanpa kacang badam itu adalah ujian dan apabila saya gigit sahaja coklat itu saya terjumpa dua biji kacang badam sebagai imbuhan daripada ujian yang melanda.

Tanpa kita sedar, setiap kali kita ditimpa ujian kita mesti menanyakan soalan sebegini : KENAPA AKU YANG DITIMPA UJIAN INI? KENAPA UJIAN YANG MACAM INI MENIMPA AKU? KENAPA TIDaK ORANG LAIN?

Betul tak? Kita perlu sedar bahawa ALLAH tidak akan menimpakan ujian yang hambaNYA tidak mampu tanggung. Setiap ujian yang kita rasa berat itu sebenarnya boleh ditanggung oleh kita. Sebab itu ALLAH memberikan ujian itu pada kita. Kita tidak kenal siapa diri kita yang sebenarnya, tetapi DIA pencipta kita lebih mengenali kita,lebih mengetahui siapa kita yang sebenarnya.

Apabila saya ditimpa ujian, saya selalu berfikir bahawa ALLAH merindui saya, ALLAH menyayangi saya. Oleh itu, DIA berikan saya ujian agar saya tidak keluar dari landasan yang benar. Dia berikan saya ujian agar saya sentiasa ingat padaNYA, agar saya sering merintih dan merayu padaNYA, agar saya terus bersandar dan bergantung padaNYA.

Apabila saya berfikiran sebegini, saya akan menangis sayu kerana saya tidak sangka bahawa ALLAH menyayangi, mengasihani dan merindui saya. Dan perkara ini membuatkan saya dekat padaNYA, dan kadang kala saya seolah-olah sedang berbicara denganNYA.

untuk lebih kepahaman dengar la lirik lagu daripada kumpulan mestika yang bertajuk rahmat ujian.
Ujian itu sebanarnya RAHMAT daripada Tuhan. Ujian (coklat yang disangka kosong) Rahmat (kacang yang tersembunyi dalam coklat dan terlihat setelah coklat digigit).http://www.youtube.com/watch?v=OD2COX4wTSA&feature=related


wallahu'alam.










No comments:

Post a Comment