Orang Tua Tak Masuk Syurga.

Assalamualaikum,

Dah lama rasanya tak menulis di blog. Blog MY SELIPAR ni pon dan bersawang. Lama berbeno tak buat new post.

So untuk post pertama setelah sekian lama tak bukak blog ini, saya nak bercerita tentang pengalaman pertama saya berterawih di salah sebuah masjid di Sri Damansara. haha.. selalunya saya buat terawih seorang diri di rumah. Masa ini duduk kat rumah abang sat sebelum balik ke rumah sendiri. 

Masa ni akak ipar ajak p solat terawih.. mula-mula berat hati jugak nak pergi. Tapi mengenangkan nak kumpul pahala so berat kaki melangkah saya paksa jugak diri ini untuk solat sunat terawih secara berjemaah.

Alhamdulillah banyak perkara yang tak sangka berlaku. Dalam satu malam sahaja saya boleh kumpul banyak pahala. bukan setakat pahala solat jemaah tetapi pahala lain juga. Sungguh tidak disangka!

Semasa melakukan solat Isyak, masa ini kelam kabut cari saf dan pakai telekung sebab sampai masjid betul-betul masa imam nak mula solat isyak. so main solat je la tanpa tahu siapa kat sebelah (masa ini terpisah dengan akak ipar, selang sorang je pon terpisahnya) haha.. bila salam jemaah sebelah kiri dan kanan sungguh tak sangka orang disebelah saya boleh dikata makcik-makcik la.. sebab muka dah berkedut.

Tapi semasa lakukan solat sunat terawih, saya dapat rasakan semua di masjid bersama-sama saya ketika itu adalah golangan muda belia. Saya tak rasa pon mak cik-mak cik sebelah saya ini golongan ''remaja purba''. 

Apabila saya balik ke rumah, baru saya teringat satu gurauan Rasullullah S.A.W. dengan seorang nenek tua:

Hasan Basri r.a. menceritakan seorang perempuan tua datang menemui Rasulullah s.a.w.

"Ya Rasulullah! Doakanlah agar ALLAH s.w.t. masukkan aku ke dalam syurga," pinta wanita tua tersebut.


"Orang tua tidak boleh masuk syurga," jawab Rasulullah S.A.W.


Maka pulanglah wanita tua itu sambil menangis. Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda: "Beritahulah pada wanita tersebut bahawa dia tidak akan masuk syurga sebagai wanita tua kerana ALLAH s.w.t. akan menjadikan kesemua wanita syurga menjadi anak dara."


Maksud Rasulullah S.A.W. ini, lelaki dan wanita tua tidak akan masuk syurga dengan keadaan diri mereka yang telah lanjut usia dan nyanyuk, sebaliknya akan dimasukkan sebagai jejaka dan wanita muda.


haha.. mungkin ALLAH nak beri semangat kepada saya, supaya lebih taat beribadah kepadaNYA dengan mengambil contoh mak cik-mak cik yang dah tua pon semangat untuk beribadah dan mengabdikan diri kepada ALLAH semata-mata ingin mengejar syurga yang penuh nikmat. Sebab itu lah ALLAH ilhamkan saya perasaan sebegitu ketika berasa di masjid tersebut. 

p/s: saya harap kita golongan muda-mudi akan terus berusaha untuk mempertingkatkan ibadah kita. ajal tidak mengira waktu. jadi jom kita sama-sama ambil peluang usia muda dan kesihatan yang baik ini untuk beribadah kepada ALLAH. tak perlulah nak tunggu tua. jom sama-sama kita berusaha.
saya pon baru nak mula ni.



sumber hadith diambul dari http://duniayangsekejap.blogspot.com

No comments:

Post a Comment