RAHSIA CARA TIDUR RASULULLAH S.A.W


Salam.. Kali ini saya nak bercerita tentang tidur pulak. Ramai tahu cara Rasulullah tido, tapi tak ramai tahu kelebihannya.

Ada banyak gaya untuk kita lakukan ketika tidur. Sama ada terlentang, meniarap, mengiring kanan atau kiri. Dan seperti kita semua ketahui bahawa Rasulullah s.a.w tidur pada rusuk kanan Baginda yang bermaksud mengiring sebelah kanan.

Kenapa Rasulullah s.a.w tak tidur terlentang atau meniarap atau mengiring sebelah kiri? Tapi kenapa mengiring sebelah kanan. Selama ini kita hanya ikut sahaja. Asal ikut sunnat kita dapat pahala. Sekiranya kita kaji banyak kelebihannya tidur di rusuk kanan ni.

1.     Kenapa tak tidur terlentang?
Ini kerana, dalam posisi ini kita akan bernafas menggunakan mulut disebabkan rahang dalam keadaan relax. Manakala lidah pula akan masuk ke dalam iaitu ke bahagian tekak dan ini boleh menghalang saluran pernafasan dan menyebabkan kita berdengkur. Perkara ini akan bertambah teruk jika kita memiliki perut yang besar (obesiti atau boroi)
Kerana ini akan menyebabkan kita mempunyai masalah yang dikenali sebagai obstructive sleep apnea (OSA). 


Sebab itu, jika kita lihat orang lelaki yang boroi akan berdengkur dan sekejap-sekejap bergerak semasa mereka tidur. Mereka bergerak kerana mereka tak bernafas sebab itu mereka akan terjaga tanpa mereka sedar untuk membetulkan saluran pernafasan mereka. MasyaALLAH. Begitu kasih ALLAH kepada kita. Dah la kita boroikan perut kita, tidur pula tak ikut sunnah sampai tak bernafas dalam tidur. Tapi sebab kasih sayang, ALLAH memang telah ciptakan kita dengan otak yang mempunyai bahagian untuk bagi isyarat yang kita tak bernafas. So kita pon akan terjaga untuk betulkan kedudukkan lidah kita. So dengur pon hilang. Itu pon seketika. Apabila otak menerima isyarat kita tak bernafas kita kan terjaga semula dan perkara ini akan berulang-ulang. Tak percaya? Cuba perhatikan orang-orang boroi yang berdengur. Paling senang tengok suami sendiri. Kalau suami tu boroi la. Maaf bukan nak memburukkan sesiapa. Itu adalah contoh paling senang nak jumpa.

Cara mengatasi adalah dengan kurangkan boroi, tidur ikut sunnah dan tinggikan bantal supaya saluran pernafasan tidak akan dihalang oleh lidah dan supaya otot utama pernafasan (diaphragm) dapat berfungsi semaksima mungkin.

Selain itu, sekirannya kita tidur terlentang kita akan bernafas menggunakan mulut.
Jika kita bernafas menggunakan mulut, udara atau oksigen itu akan terus masuk kebahagian saluran pernafasan dan ini menyebabkan gusi menjadi kering dan akan menyebabkan radang pada saluran pernafasan.

Sepanjang pengalaman saya mengendalikan pesakit yang memakai alat bantuan pernafasan, kebanyakan daripada mereka mengadu tekak kering dan rasa perit. Ini kerana oksigen yang diberikan kepada mereka adalah pure oksigen. Jika kita perhatikan kat hujung tiub pernafasan itu ada sebotol air yang disambungkan ke dinding.


Air itu bertujuan untuk memberi kelembapan pada gas oksigen yang diberikan pada pesakit. Sebab itu humidification atau kelembapan sangat penting dalam memberi bantuan pernafasan kepada pesakit untuk mengelakkan tekak kering dan radang pada saluran pernafasan yang kita sangkakan sebagai sakit tekak.

Pernyataan di atas turut disokong oleh Hough A. (2001). Beliau menyatakan dalam bukunya yang bertajuk Physiotherapy in Respiratory Care An evidence-based approach to respiratory and cardiac management bahawa fungsi paru-paru akan berkurangan dan work of breathing (WOB) akan meningkat. Dalam posisi terlentang volume paru-paru akan berkurangan kerana :
       I.             Tekanan daripada organ abdomen
     II.            Pengecilan saluran pernafasan

WOB pula akan meningkat sebanyak 40% dalam posisi terlentang.
Selain itu, otot diaphragms pula kurang efektif dan kurang koordinat dengan pengembangan dada. Ini akan menyebabkan kapasiti paru-paru atau lung volume semakin berkurangan. Ini bermaksud kurang la udara masuk ke dalam paru-paru, dan kurang la oksigen yang kita dapat.

Cara mengatasi adalah tidur ikut sunnah. Dengan cara ini kita akan bernafas menggunakan hidung. Hidung ada rambut atau bulu dan cecair. Bulu ini berfungsi untuk memerangkap kotoran iaitu zarah-zarah kecil yang terkandung dalam udara yang kita sedut. Cecair pula untuk melembabkan udara yang kita sedut. Tulang rawan hidung yang berkelok-kelok pula membantu udara tadi menyentuh saluran darah disekitar hidung dan ini membantu untuk menghangatkan udara yang kita sedut. Ini disokong juga oleh Lynelle N.B. Pierce didalam bukunya yang bertajuk Guide to Mechanical Ventilation and Intensive Respiratory Care dalam bab Pulmonary Anatomy. Beliau menyatakan upper airway iaitu terdiri daripada saluran hidung (lubang hidung yang kita dok korek tu), sinus, pharynx, epiglottis dan larynx berfungsi untuk menghangat, menapis dan melembabkan udara yang kita sedut. Ternyatakan. Bernafas menggunakan hidung adalah lebih baik.

2.     Kenapa tak tidur meniarap?
Tidur meniarap akan menyebabkan dada kita tidak dapat mengembang dengan baik. Sewaktu bernafas, tulang rusuk kita perlu mengembang ke atas dan keluar. Supaya paru-paru kita dapat mengembang semaksima mungkin untuk dipenuhi dengan udara.



Apabila meniarap, dada kita kurang mengembang dan ini menyebabkan kurang udara yang masuk ke dalam paru-paru. Hasilnya, kita akan bernafas secara cepat dan pendek dan akhirnya akan menyebabkan WOB meningkat. Oleh itu, kita terpaksa menggunakan banyak tenaga untuk bernafas dan ini menyebabkan kadar pernafasan kita menjadi semakin laju dan kita tidak bernafas secara effective! Rugi! Buang tenaga je dan penat je nafas laju-laju tetapi tak effective. Kurang udara masuk ke dalam paru-paru bermakna kurang oksigen yang kita dapat. Patut la tidur meniarap ini dikatakan cara tidur syaitan.

Bila kurang oksigen mula la badan lemah, rasa malas, cepat penat dan tak bertenaga. Memang kita patut menjauhi tidur cara syaiton ni. Walau bagaimanapon posisi meniarap juga sering digunakan bagi merawat pesakit yang mempunyai masalah secretion retention iaitu pengumpulan cecair dalam paru-paru. (Kalau keluar ikut tekak kita panggil kahak. Kalau keluar ikut hidung kita panggil hingus.) Namun posisi ini digunakan sewaktu berjaga bukannya tidur. So jangan salah paham kalau ada ahli fisioterapi suruh baring meniarap sebab dia nak buat percussion satu teknik untuk melonggarkan kahak yang melekat pada paru-paru supaya senang dikeluarkan melalui batuk atau suction.

3.     Kenapa tak tidur mengiring ke kiri?
Pada bahagian rusuk kiri kita ada apa? Paru-paru bahagian kiri, jantung dan perut. Betul tak?

a)     Paru-paru kanan lebih besar daripada paru-paru kiri. Jadi apabila tidur di bahagian rusuk kiri paru-paru kanan akan menekan jantung dan ini akan menggangu kadar denyuran jantung. Berkemungkinan jantung sukar untuk mengepam darah ke seluruh badan.

b)    Hati adalah lebih besar dan berat berbanding perut. Dan perkara yang sama akan berlaku seperti di atas. Hati akan menekan perut. Perkara ini akan bertambah buruk apabila kita tidur mengiring ke kiri dalam keadaan perut yang penuh. Apabila hati menekan perut yang penuh,ini akan melambatkan lagi proses pengosongan perut iaitu kira-kira dalam tempoh 5-8 jam baru perut boleh kosong berbanding kita tidur mengiring ke kanan. Tidur mengiring ke kanan hanya mengambil masa kira-kira 2-4 jam sahaja untuk perut menjadi kosong.

Jadi pilih la untuk tidur mengiring ke kanan.

4.     Tetapi kenapa tidur mengiring ke kanan?
Banyak kelebihan sebenarnya jika kita tidur mengiring ke kanan.
a)     Paru-paru kiri lebih kecil berbanding paru-paru kanan. Oleh itu, paru-paru kiri hanya memberi tekanan yang sedikit kepada jantung jika kita tidur mengiring ke sebelah kanan. Ini tidak akan menganggu fungsi jantung untuk mengepam darah sepenuhnya ke seluruh badan.

b)    Hati yang berat daripada perut tidak akan menekan perut.  Dan ini akan membantu mempercepatkan perut untuk kosong. Akhirnya akan melancarkan lagi proses pencernaan makanan.

c)     Posisi saluran pernafasan bagi paru-paru kiri adalah lebih horizontal atau melintang. Manakala bagi paru-paru kanan pula lebih menegak atau vertikal. Ini akan memudahkan lagi cecair mucus yang berlebihan dari paru-paru kanan untuk dikeluarkan berbanding paru-paru kiri. Dengan posisi tidur ini lah yang akan membantu pengumpulan cecair mucus dari paru-paru kiri untuk mengalir keluar.

d)    Arterial oxygenation atau oksigen dalam salur darah yang membawa darah beroksigen juga akan meningkat ketika tidur dalam posisi ini (Hough 2001; Pryor & Prasad 2008)

Jadi banyakkan kelebihan tidur di sebelah rusuk kanan. Bukan sahaja dapat pahala disebabkan ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bahkan kita juga dapat kebaikan dari segi kesihatan.

Amalan lain yang dilakukan oleh Baginda s.a.w ketika hendak tidur adalah:
        i.            Berzikir sehingga mata terlelap
      ii.            Kadang kala mengiring sebelah kiri sebentar kemudian kambali mengiring ke sebelah kanan
    iii.            Meletakkan tangan di bawah pipinya dan berdoa
‘’ Ya ALLAH dengan namaMU, aku mati dan hidup’’

   iv.            Ketika bangun Baginda berdoa ‘’ Segala puji bagi ALLAH, yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadanya kami kembali’’
     v.            Dan baginda juga mengucapkan tahmid, takbir, tahlil dan berdoa kepada ALLAH.

 Baginda juga  menganjurkan kita untuk membaca al-Fatihah, al-Ikhlas, an-Nas, al-Falaq 
dan ayat terakhir surah al-Baqarah sebelum tidur.

p/s: Jom ubah posisi tidur kita mengikut cara Rasullullah.. banyak kebaikannya. Kita cuba sama-sama. Bila kita dah biasakan lama-lama akan jadi terbiasa. InsyaALLAH. 

Wallahuaklam.

 Rujukan:
1.     Dr. Adi Hasman 2012. Posisi tidur Rasulullah yang sihat Dlm. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit. PTS Millenia Sdn. Bhd. Batu Cave, Selangor.
2.     Pierce L.N.B 1995. Pulmonary anatomy In Guide to Mechanical Ventilation and Intensive Respiratory Care. W.B. Saunders Company.
3.     Hough A. 2001. Positioning In Physiotherapy In Respiratory Care an evidence-based approach to respiratory and cardiac management.3rd Ed. Nelson Thornes Ltd., UK.
4.     Pryor J.A & Prasad S.A.  2008. Effects of positioning and mobilization In Physiotherapy for Respiratory and Cardiac Problem adults and paediatrics. 4th Ed. Churchill Livingstone Elselvier, UK.

No comments:

Post a Comment