patutkah orang nak share bende ni???

huhh..sudah lama tak menulis...sibuk dengan study, praktikal and final exam..so inilah masanya untuk orang menulis semula. kali ini nak cerita tentang masalah sosial yang melanda remaja-remaja Islam sekarang. orang bukan lah tak open minded bab-bab couple ini..orait jek..padahal orang sering dijadikan tempat rujukan kawan-kawan yang ada masalah dalam hubungan masing-masing. kira pakar la gak..haha..

tapi masalah yang menyakitkan hati orang sekarang ini adalah sikap para remaja ni bila dah couple. bukan sekali orang nampak, tapi banyak kali. bukan jauh tapi depan mata kadang-kadang sengaja makin diorang nak tunjuk-tunjuk..pe??? korang ingat korang jek ada pakwe and makwe.orang lain pon ada lah!!!! tapi tak la macam korang!!!

nak tahu ape diorang buat tak? mestilah nak kan? orang nampak diorang buat perkara yang orang tak suka ni kat mana-mana jek..dalam moneral, stesen moneral, shopping complex dan lain-lain tempat yang para remaja macam kita suka melepak and buat leisure activities masing-masing.

diorang buat apa ea? mesti la korang tak tahu kan? hehe.. tak salah nak bercouple tapi kena la berlandaskan Islam.(Islam benarkan kita bercouple ke? tah tak tahu, nanti pergi check ea..) yang salahnya..dah la belum berkhawin tapi mesra macam orang yang sudah berkhawin. picit-picit hidung la, tepuk-tepuk pipi la, pegang-pegang tangan, peluk sana, peluk sini..padahal yang buat semua itu siapa? remaja Islam, pakai tudung..apa benda nih?? hishhh...kadang-kadang naik menyampah...sengaja nak mesra-mesra kat tempat awam. macam takde tempat lain..buat la depan mak bapak ke..depan pak imam ke.. tapi tahu pulak takut..

tahu tak daripada gentel-gental pipi lelaki bukan mahram, picit-picit hidung diorang, pegang-pegang tangan diorang..lebih baik gentel pipi babi, tepuk-tepuk badan babi, usap-usap bulu babi..sebab pegang babi tak berdosa..cuma haram jek..kalau buat semua itu kat seorang lelaki yang bukan mahram bukan sahaja haram tetapi berdosa! pegang babi cuma kena samak..kalau pegang lelaki bukan mahram mana boleh samak..dosa yang dapat itu kena bersihkan dengan taubat nasuha..betul tak?

dalam Islam cuma cakap haram makan daging babi, tetapi tak ada pulak cakap haram pegang babi. kalau dah pegang cuma kena samak jek..kalau nak pegang jugak kena guna kaedah-kaedah yang tertentu. tapi ada tak kita belajar, kalau nak sentuh lelaki bukan mahram atas sebab suka-suka kena guna kaedah-kaedah tertentu gak? tak ada kan? tak ada... cuba lah ingat balik..comfirm tak ada.

at least dalam procedure medical pon seorang doktor or other health professionals ( tak kisah lah lelaki or perempuan) akan mintak izin pada pesakit untuk sentuh diorang..sebelum sentuh dah pun mintak izin..tetapi ini dalam bidang medical. bukan dalam istilah kehidupan seharian kita..mana boleh nak sentuh-sentuh kena mintak izin..sure la akan dapat permission..Islam agama yang mudah..kita boleh sentuh berlainan jantina atas tujuan tertentu seperti menyelamatkan nyawa, dalam medical procedure dan membantu mereka yang lemah.




jadi tolong la jangan nak gatal-gatal pegang sana pegang sini..apa la yang korang dapat? dosa adalah..

benda ini adalah untuk pedoman diri sendiri dan kawan-kawan orang yang orang sayang. sebelum buat apa-apa pikir-pikir la impak yang korang akan dapat selepas korang buat semua itu., kita ni hamba yang kerdil.sering terdedah daripada melakukan dosa. jadi tolong la khairiyah azmah dan yang lain jaga tingkahlaku anda..sayangi lah diri sendiri yang penting fikir dosa yang kita dapat semua itu bukan sahaja jatuh atas bahu kita. tetapi atas bahu ibu bapa kita. tak kesian ke pada diorang.diorang tak akan berdosa sekiranya diorang sudah pun ajar tetapi kite tetap degil nak jugak buat dosa itu. tetapi diorang akan berdosa jugak sekiranya diorang tak penah ajar kita. sebagai seorang anak tak perlulah nak letak semuanya atas bahu ibubapa kita, kita semua kan dah besar panjang,.jadi carilah ilmu itu sendiri. janganlah bagi alasan " ala,,mak bapak saya tak ajar, so mana la saya tahu" apa la guna jadi manusia..cari ilmu dunia pandai tetapi cari ilmu akhirat nak jugak tunggu kena suap dulu..alahai...

so pandai-pandai la sendiri. cuba hidup untuk orang lain bukan untuk diri sendiri. sebab dari situ kita akan berlajar erti hidup yang sebenar..untuk apa kita diciptakan? untuk apa kita hidup? untuk apa kita dicipta cukup sifat? kalau bukan untuk menjadi hamba yang melakukan segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA. serta menjadi khalifahNYA didunia ini..

moga kita semua dapat renung-renungkan..ini semua adalah apa yang orang dan kawan-kawan yang lain rasa dan nampak. walaupun hanya sebesar zarah ini lah yang dapat membuka mata hati dan fikiran kita..betul tak?
sebarang pendapat atau perbingan dialu-alukan..

No comments:

Post a Comment