mesti ada sebab tapi kenape?

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!! kepada semua umat ISLAM yang membaca my selipar khususnya dan kepada umat Islam diseluruh dunia...semoga satu hari nanti kita akan dapat menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan ibadah haji di mekah al-mukarramah...

sepatutnya pada hari ini kita semua bergembira meraikan aidiladha..selain menghayati peristiwa pengorbanan NABI IBRAHIM a.s dan anaknya NABI ISMAIL a.s kita juga boleh mensucikan harta dan hati kita dengan merakukan ibadah korban..insyallah moga-moga kita dapat keberkatan daripadaNYA..
tetapi dalam kita mensyukuri nikmat Allah ini..aku terasa pilu sekali...amat..teramat pilu sehingga tak tahu nak gambarkan macam mane.hahhhhh...aku hanya mampu mengeluh..

pagi tadi masa aku baca surat khabar berita harian, aku terselak la satu lembaran ni..tajuk dia ape tah.. tapi rencana tu menunjukkan gambar seorang wanita tua sedang terbaring diatas katil dalam keadaan bogel tanpa seurat benang pon..sungguh memilukan dia dah pon ditinggalkan berseorang dalam beberapa tahun oleh anak perempuannya. wanita tua tu, tak mampu berdikari kerana mungkin sudah uzur dan dia pon telah kematian suaminya..

amat-amat menyedihkan, yang hidupnya hanya dihabis kan diatas katil..kencing, berak dan makannya diatas katil..jadi setiap hari dia dikelilingi bau busuk dan hancing.bayangkan lah...dia makan ditempat yuang ada najis..kan kotor tu..bila makanan dah tak ada dan dia berasa lapar dia akan kutip sisa-sisa makanan yang ada diatas katil tu..masyaallah....

anak perempuannya hanya menghantar makanan sekali sekala dan membiarkan lampu rumah terpasang..pintu rumah pula tak berkunci...kalau pencuri atau perompak masuk macam mane lah keadaan wanita tua tu??
jiran-jiran ada menasihatkan si anak untuk menghantar ibunya kepada jabatan kebajikan masyarakat tapi si anak tidak memberikan sebarang reaksi..bila jiran-jiran adukan pada jkm, jkm cakap yang wanita ini ada wang pencen..jadi tak layak untuk dihantar kepada mereka..adilkah ini????adil ke? astagfirullah...

masa aku baca artikel ini..aku terbayangkan mak aku..tak sanggup aku nak bayangkan kalau lah wanita itu adalah mak aku sendiri..tak dapat...sebak dada aku..sampai sekarang kisah malang wanita tua tu masih tak dapat aku lupakan...Ya ALLAH..untuk apa aku hidup ini Ya Allah?? untuk apa? untuk apa Kau berikan kehidupan ini kepada ku?..kalau aku tak mampu membantu si ibu tua itu..untuk apa aku hidup?! apakah nilai hayat ku jika aku tak mampu menjadi khalifah mu.. Ya ALLAH...
mungkin disaat ini aku tak mampu..tapi aku pohon padamu Ya ALLAH ...suatu hari nanti aku dapat menjadi hambuMU yang menjaga hubungan dengan MU dan hubungan sesama manusia.. berikanlah aku peluang Ya ALLAH...peluang untuk aku mencari jawapan kenapa KAU berikan kehidupan ini kepada ku..kenapa KAU berikan ilmu dan kemampuan (kudrat) kepada ku..berikanlah aku pertunjuk Ya ALLAH...

tetapi bila kita pikir dari sudut yang lain..kenapa si anak tetap menjenguk dan menghantar makanan kepada si ibu?kenapa?
adakah si anak masih sayang kepada ibunya?mungkin?
adakah sia anak masih ingin berbakti kepada ibunya?mungkin?

jika dilihat dari sudut ini jelas sekali yang si anak masih menyayangi ibunya..tetapi kenapa dia memperlakukan ibunya sedemikian?kenapa?
bila difikirkan..si anak adalah seorang perempuan..dan dia juga adalah seorang isteri..
bila di ikutkan hukum..apabila telah berkhawin seorang anak perempuan itu, maka syurganya tidak lagi terletak dibawah kaki ibunya..tetapi dibawah telapak kaki suaminya..maka..boleh lah persoalan lain yang timbul disini bagi mengantikan bahawa si anak bukanlah anak yang derhaka..apa persoalan yang boleh dibangkitkan?
1. mungkinkah suami kepada si anak tidak mahu si anak menjaga dan membawa ibunya pulang ke rumah  mereka?
2. mungkinkah kerana taat kepada suami, si anak tidak dapat menjaga ibunya dan hanya curi-curi ke rumah ibunya untuk menghantar makanan apabila dia mendapat izin suami nya untuk keluar rumah?
3. mungkinkah dia takut perbuatannya yang masih berhubung dengan ibunya diketahui suami, sebab itulah dia tidak memberikan sebarang reaksi apabila jiran-jiran menyarankan ibunya dihantar kepada jkm?kerana mungkin jkm akan menyoal siasat dia dan suaminya sebelum menerima kes tersebut.
4. mungkinkah dia nak menghantar ibunya ke rumah orang-orang tua tetapi dia tidak sanggup?tidak mahu dikatakan sebagai anak derhaka dan sebagainya..
5. mungkinkah sia anak hendak menghantar ibunya ke hospital..tetapi tidak menpunyai kewangan yang mengizinkan?mungkin takut si suami mengetahuinya.

apa pun penyebabnya janganlah kita menghukum si anak..mungkin dia ada alasan yang tersendiri..tapi apa pun masalah ini mesti juga diselesaikan..
kepada para wanita diluar sana jika memiliki suami yang tidak benarkan anda untuk menjaga orang tua anda..hantarkan saja mereka ke rumah orang-orang tua.biarlah apa pun tanggapan masyarakat terhadap anda..asalkan kebajikan orang tua kita dapat dijaga..rumah orang tua diwujudkan bukan untuk anak-anak derhaka dan tidak mengenang budi membuang ibu bapa mereka..tetapi rumah ini sebenarnya diwujudkan bagi memudahkan mereka.supaya bila mereka keluar bekerja sekurang-kurangnya..keselamatan dan makan minum ibu bapa mereka terjaga..

dan bagi si suami..walaupon anda ada kuasa..dan si isteri harus taat kepada anda..janganlah anda menyalah gunakan kuasa tersebut..sekiranya isteri anda mempunyai orang tua yang uzur..bantulah dia untuk menjaga mereka..kerana apabila kita telah berkhawin dengan isteri kita..maka ibu bapanya juga adalah ibu bapa kita..tak akan terputus hubungan mulia ini walupun anda dan isteri anda telah bercerai...

renung-renungkan lah...semoga coretan kali ini dapat memberikan seribu kesedaran kepada ku dan rakan-rakan yang dimuliakan sekalian...semoga ada pihak yang akan membela nasib si ibu itu...moga ALLAH memberkati hidup kita semua..insyallah...

No comments:

Post a Comment