keindahan alam dan gelagat haiwan antara penawar jiwa

hermm.. hehe.. lama sudah tak menulis.. kali ini nak cerita pasal apa ea? rasanya elok juga cerita pasal kesukaan sendiri..hehe..

I love nature..suka sangat..sebab semuanya cantik tanpa cacat cela.. daripada alam la kita dapat mengenal pencipta kita, daripadanya jugalah kita dapat melapangkan dada dan menenangkan jiwa.alam adalah ubat yang paling mujarab untuk kesedihan dan kegelisahan selain kembali kepada-NYA.

lambatnya..sebenarnya nak cerita apa nih?? 
saboq na..hehe... sebenarnya tak tahu nak cerita apa tapi inilah pengalaman yang dialami bila duduk kat kawasan kampung.walaupon sarah ( kawan baik kat ukm ) cakap saya ni budak bandar, saya tetap nak mengaku saya budak kampung. sebab tempat tinggal saya memang dah maju dan pesat nak buat macam mana walapon duduk kat kawasan pedalaman..dalam la sangat.

straight to the point:

1.saya dapat pegang ikan. pengalaman ini bila tolong adik (anak kak jah) cuci akuarium, mula-mula takut dan geli tapi lama-lama best pulak..sampai naik lemas ikan tu sebab keluarkan dari air lama sangat..hehe.dari situ mula pulak minat nak bela ikan.hehe..

 2.masa tolong akak sirap semua pokok-pokok bunga kat rumah dia, kita jumpa bunga ni lawa sangat..



lepas tu boleh pulak terjumpa satu sarang labah-labah.rupa-rupanya kan sarang labah-labah ni tak akan rosak bila kena pancut dengan air tak kira la kuat mana pon kena sembur sarang tu tetap teguh.mungkin inilah penyebabnya orang quraisy percaya bahawa NABI S.A.W. tak ada dalam gua hiraq semasa peristiwa hijrah sebab sarang tu terlalu kukuh.

3. korang pernah makan rebung tak? mesti la pernahkan. ermm kita pon pernah..selalu la bila mak ain bagi rebung tu kat babak kita.selama ni kita dok makan ja baru la ni nak tengok macam mana rebung tu sebenarnya. alhamdulillah dapat la kita tengok rebung tu jadi bulu dan keluarkan daun. masa jadi rebung, buluh tu lembut giler..boleh dibengkokkan. kalau salah bengkok maunya patah rebung tu.sebab tu ada perpatah melayu cakap melentur buluh biarlah dari rebungnya. sebab rebung tu masih lembut.kalau dah jadi buluh, dah keras kan susah nak lentur..nak karate pon belum tentu patah at less hang memang ada ilmu karate. (asal tetiba cakap kedah ni? keling!)



4. kita jenis yang tak suka main dengan tanah sebab dulu masa kecik-kecik dah puas main tanah sampai berkudis jari dan berkurap kaki.hahaha..kelakar giler!! tapi apa pon terpaksa la main kotor gak bila akak suruh tolong dia petik buah limau nipis..bukan ja buah limau je dapat tau..benda lain pon dapat gak.benda apa tuh?tengok bawah..



kitaorang dapat bayam, terung pipit, daun limau purut,kacang botol, buah markisa dan buah limau nipis..hehe..puas hati bila dapat semua ni secara free. inilah untungnya kalau berbudi pada tanah.

5. tadi sat baru pas bagi kucing makan.selama ni takut kucing. tapi tetiba lak malam ni rasa kasih dan sayang pulak kat kucing..tetiba rasa nak bela kucing pon semakin meluap-luap.tapi tunggu la ada umah sendiri.sebab mak dan bapak kita tak suka kucing.hehe..

rasanya setakat ni je la.. dah tak ada pengalaman dah nak cerita.. hehe.. sebenarnya seronok kalau kita hidup dikelilingi dengan tumbuh-tumbuhan, haiwan.. kita dapat hilangkan tekanan dan kesedihan. insyallah.. sebab itulah ALLAH ciptakan tanah,pokok,haiwan..semuanya ada gunanya, semuanya akan memberikan kebaikan pada kita jika kita tahu bagaimana cara nak menikmatinya, dan menghargainya.
Alhamdulillah...


No comments:

Post a Comment