merindui...

merindui... rindu dekat siapa? rindu dekat mak la. cakap je cuti 4 bulan tapi bukannya ada kat depan mata mak selama 4 bulan! pe la nak jadi eik. masa time tak cuti pulak memang susah nak balik rumah. cakap je k.l ke rawang dekat tapi 2 bulan sekali jugak baru nak muncul depan mintu rumah. 

bulan ramadhan yang akan datang ni dah siap janji dah dengan mak nak puasa kat rumah selama sebulan! tapi tak dapat gak.. betullah.. kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. 

betullah demi nama ALLAH atas diriku, hartaku, ajalku, duka dan kebahagiaan ku dan jodoh ku telah tertulis semasa aku dalam kandungan lagi. 4 perkara iaitu harta, ajal, duka dan kebahagiaan dan jodoh ALLAH telah tetapkan untuk semua hamba-NYA semasa kita dalam kandungan lagi.

mula-mula malaikat jibril cakap pada ALLAH dalam rahim mak kita ada air. kemudian jibril tengok lagi ada segumpal darah. dan kali ketiga jibril tengok ada seketul daging lantas memberitahu kepada ALLAH. kemudia ALLAH meniupkan roh dan menetukan harta, ajal, duka dan kebahagiaan dan jodoh kepada kita.

jelaslah segalanya telah ditentukan untuk kita semasa kita dalam kandungan lagi. jika sesuatu itu adalah untuk kita maka dia akan datang juga pada kita walau susah dan lambat mana pon dia. tetapi bila sesuatu itu telah ditakdirkan bukan untuk kita, kita tetap tidak akan memilikinya walaupon sudah ada dalam gengaman,

jadi berdoalah " demi nama ALLAH atas diri ku, hartaku, ajalku, duka dan bahagia ku dan jodoh ku, jadikan lah aku hamba MU yang sentiasa bersyukur atas kurniaan mu, redha atas anugerahmu agar aku tidak lagi mencepatkan apa yang KAU lambatkan dan melambatkan apa yang Kau cepatkan''.

walla'hualam... hanya ALLAH yang maha mengetahui.

No comments:

Post a Comment