pintu bagi ibadah adalah puasa

hehe...tajuk ini dipilih sebab aku pon tak tahu nak letak tajuk apa yang sesuai. lagi pon tajuk ini aku ciplak ( tiru ) dari status facebook mohd. irsyad. dia dapat inspirasi untuk status dia ini pon dari khutbah jumaat. mungkin khutbat pada jumaat terakhir di bulan syaaban.hehe..

hari ini adalah 30 julai 2011 bersamaan dengan 29 Syaaban 1432 Hijrah. tidak termasuk hari ini kita hanya ada satu hari sahaja untuk berada di bulan Syaaban. selepas ini kita akan memasuki bulan Ramadhan. aku pasti semua orang sedang menantikan bulan Ramadhan kerana bulan ini adalah bulan anugerah ALLAH yang luar biasa keberkatan dan rahmatnya. jadi kita semua perlulah bersyukur sekiranya kita masih berpeluang untuk berada di sepanjang bulan Ramadhan. ( asal tetiba aku jadi serius??haha )



pada bulan Ramadhan ini ALLAH membuka semua pintu syurga dan menutup pintu neraka dan syaitan dan iblis pula dirantai. Masyaallah. haha..padan muka engkau iblis!!! jadi apa yang tinggal sekarang ini adalah nafsu. nafsu masih ada dekat dengan kita. ramai orang cakap bahawa pada bulan Ramadhan inilah kita perlu mendidik nafsu kita. aku..totally tidak bersetuju. sebab apa? sebab kita perlu sentiasa mendidik nafsu kita tak kira lah bulan apa pon. ialah takkan la time bulan puasa je kita nak jadi baik bulan lain macam mana?? setuju tak?




walaupon syaitan dirantai dan hanya nafsu sahaja bersama kita, bulan Ramadhan adalah bulan yang menguji keimanan dan ketakwaan kita pada ALLAH. ialah mana taknya pergi bazaar semua yang dinampak semuanya dibeli. lepas pergi bazaar pergi pulak shopping raya. kalau dah shopping memang tak ingat dunia. tak ingat diri tu tengah berpuasa. bila tanya tak penat ke? dijawabnya alah sekali sekala tak penat la.lagipon bukan selalu dapat shopping murah-murah macam ini.bila dah dapat apa yang nak hilang la penat tu nanti..hehe..itu lah dia. itu tak kira lagi iklan kfc,McDonald,pizza hut tah apa-apa lagi kat tv.haha..maunya tertelan-telan air liur..siap tengok jam dah pukul berapa.lepas tu pulak siap kira lagi berapa jam nak masuk waktu magrib. tak cukup dengan itu, siap terfikir pulak nak beli apa kan bazaar nanti..haha..this is real story lah..am i right?? hehe

tapi apa pon yang datang dan menggugat keimanan dan ketakwaan kita, kita perlulah ingat sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : '' barang siapa yang puasa Ramadhan kerana iman dan ikhlas, maka ALLAH akan mengampuni dosanya yang lalu.'' ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ) 

lagi cerita kita sambung esok ea..insyallah..

No comments:

Post a Comment