MERIAHNYA MALAM-MALAM TERAKHIR RAMADHAN


Salam. Seperti yang kita ketahui bahawa tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan berada di dalm bulan Ramadhan untuk tahun ini. Jika tak silap saya tak sampai pon 10 hari. Jadi marilah kita meriahkan malam-malam terakhir ini dengan melakukan qiyam iaitu ibadah pada waktu malam seperti solat terawih, membaca al-Quran, berzikir, bermunajat dan bertakafur kepada ALLAH s.w.t. lagi afdal dilakukan adalah beriktikaf di dalam masjid seperti mana yang sering dilakukan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w.
Bercerita mengenai beriktikaf di dalam masjid ini, saya ada satu pengalaman. Semasa saya melakukan latihan industri di Hospital Batu Pahat yang kini dikenali sebagai Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) saya sempat ke rumah pak cik saya di daerah pontian bersama anak saudara saya. Niat dihati adalah untuk mengeratkan silaturrahim tetapi ALLAH beri lebih daripada nikmat kasih sayang kekeluargaan kepada saya dan anak saudara saya.



Semasa di rumah pak cik saya yang juga merupakan seorang imam kami memperolehi pelbagai pengalaman. Selain solat fardhu isyak yang diimamkan oleh pak cik saya (masa ni solat terawih diimamkan oleh pelajar tahfiz), kami juga berpengalaman untuk mendengar bacaan ayat suci al-Quran daripada pelajar-pelajar tahfiz selepas solat terawih 20 raakat.


Bukan itu sahaja, pada jam 3 pagi kami dikejutkan untuk membersihkan diri dan bersiap-siap untuk ke masjid daerah. Masa ni kami ikutkan sahaja la. Sebab nak merasa pengalaman baru berpuasa dengan imam. So di masjid daerah tu kami beriktikaf dengan jemaah yang lain dengan melakukan solat-solat sunat secara berjemaah. Alhamdulillah. Walaupon hanya semalam pengalaman beriktikaf di dalam masjid semasa bulan ramadhan , saya rasa cukup indah. Rasa tenang sahaja hidup ni, rasa semua perkara berjalan dengan lancar.

Pada sebelah pagi pula, solat subuh dimasjid dan mendengar tazkirah subuh. Memang masa tu masa banyak dihabiskan kat masjid. Rumah untuk tidur, makan, mandi dan berehat sebentar.

InsyaALLAH jika diberikan kesihatan dan umur pada ramadhan tahun hadapan, saya harap saya akan dapat melakukan iktikaf di masjid. Nak buat sekarang bukan tak boleh tapi tak ada sapa nak teman. Saya ni perempuan. Kalau lelaki lain la pergi sorang tanpa izin pon takpe. Jadi saya lakukan sahaja dirumah. Tapi tak meriah la. Haha.. rindu kenangan ramadhan tahun lepas.

p/s: Jom kita meriahkan malam-malam terakhir ramadhan dengan qiyam dan bukannya sibuk buat kuih raya, main mercun, pasang langsir sampai dinihari. Bahagikan waktu malam kita sebaiknya. InsyaALLAH malam-malam terakhir ramadhan kita pasti akan meriah. Meriah bukan dari segi fizikal tetapi dari segi rohani. Sebab itu yang kita perlukan. Betul tak? Wallauaklam.

Rujukan: Dengar slot tazkirah ramadhan di MHI pagi tadi (30/7/2013)

No comments:

Post a Comment