hari ini adalah hari ini..

haha...hari ini memang lah hari ini kan? semua orang tahu bahawa hari ini memang hari ini bukan semalam dan bukan juga esok. tapi berapa banyak yang betul-betul manfaatkan hari ini tanpa memikirkan apa yang telah terjadi pada hari semalam dan apa yang akan terjadi di keesokkan harinya??? berapa? berapa ramai?....


haha..sebenarnya aku pon sama jugak selalu jadikan hari ini sebagai semalam dan hari esok. 


sebenarnya, hari semalam adalah hari yang telah berlalu dan tidak akan kembali. jadi tak perlulah kita kenang hari semalam pada hari ini. kerana setiap yang berlaku pada hari semalam tidak akan berulang kembali dan semestinya kita tak mampu untuk berpatah balik ke hari semalam sebab.. doremon hanya cartoon macam mana lah kita nak pinjam mesin masa dia..kalau dia betul-betul wujud boleh la kita pinjam..betul tak? hehe..


pada hari ini juga tak perlulah kita terlalu memikirkan hari esok kerana hari esok masih belum tercipta..matahari pada hari ini belum lagi terbenam dan matahari hari esok masih belum lagi terbit.jadi tak perlulah memikirkan hari esok sebab dia belum pon wujud lagi.


jadi apa yang kita perlu buat ialah penuhkan hari ini dengan aktiviti yang berfaedah. lakukan lah apa yang kita nak lakukan tanpa menanguhkannya..janganlah cakap " ahh..nanti lah buat..esokkan ada lagi.." kalau kita asyik tangguh sahaja dan kata esok boleh buat..tapi betul ke esok kita boleh selesaikan benda itu? macam mana anda tahu hari esok akan wujud? cayalah..anda bukan tuhan tapi anda tahu hari esok akan wujud...haha..memang kita perlu merancang dan bertawakal dan perlu percaya bahawa ALLAH itu sebaik-baik perancang. tapi kalau benda itu dah boleh buat hari ini..selesaikan lah hari ini gak. tak payah tunggu esok..


kalau kita terus memikirkan hari semalam, kita akan hidup dalam kegelisahan, kebimbangan dan lambat-laut hari semalam akan membunuh jiwa kita. kita bukan semakin ke depan tapi semakin ke belakang. dan kalau kita asyik memikirkan hari esok pula..kita akan tenggelam dengan angan-angan dan menjadikan kita hidup dalam kegelisahan dan ketakutan kerana kita takut nak tempuhi hari esok..


sebenarnya dalam menulis coretan kali ini, aku betul-betul rasa takut..ialah..dalam sibuk nasihatkan orang, diri sendiri pon sama... aku sendiri tak mampu melupakan hari semalam, tak mampu keluar dari mimpi ngeri semalam yang pernah nak bunuh jiwa dan gagalkan aku dalam kehidupan..aku tak mampu keluar dari kegelisahan dan kebimbangan disebabkan terlalu memikirkan hari semalam dan apa yang akan terjadi pada hari esok..dan akhirnya membuatkan aku menjadi hamba-NYA yang zalim terhadap diri sendiri..dan bila aku teringatkan hari semalam..air mata aku akan mengalir...hahaha..


mujurlah ada kakak aku niesya comel < nama dalam fb dia > dan sahabat pertama aku di ukm yang aku percaya untuk menjadi pendengar aku, sarah.. merekalah yang memberikan aku semangat..untuk teruskan apa yang aku ada dan menjadikan hari semalam sebagai pengalaman yang boleh mematangkan aku.


dan kini,..aku dalam usaha untuk melupakan hari semalam...aku cuba bangkit...bangkit untuk terus hidup...tanpa memikirkan hari semalam dan terlalu memikirkan hari esok. 
aku akan cuba yang terbaik pada hari ini untuk melupakan hari semalam dan untuk persiapan pada hari esok...


aku sudah penat untuk menangis, penat untuk berasa kegelisahan dan kebimbangan..apa yang aku nak rasa sekarang adalah nikmat hidup sebagai seorang anak, hamba dan khalifah di dunia yang sementara ini., aku nak rasa kemanisan hidup di dunia sebelum merasa kemanisan di akhirat..doakan semoga aku berjaya dalam melupakan hari semalam dan terlalu memikirkan hari esok..doakan aku berjaya untuk buang jauh-jauh segala kegelisahan dan kesedihan...dan aku pon doakan kalian berjaya untuk melupakan hari semalam kalian.. 


so jom kita lakukan apa yang kita nak lakukan pada hari ini...kerana kita perlu hidup untuk hari ini kerana hari semalam tak akan kembali dan hari esok masih belum tercipta untuk kita...gambateh.....



No comments:

Post a Comment