yang di atas adalah lebih baik dari yang di bawah

assalamualaikum!..hehe..kali ini nak cerita pasal atas dan bawah.. tapi apa yang atas? apa yang bawah? istimewa sangat ke kalau berada yang diatas? dan hina sangat ke kalau berada yang di bawah? nak tahu selanjutnya.. bacalah dibawah ni..hehe

semua orang tahu kalau kita bersedekah ALLAH akan melipat gandakan harta yang kita sedekahkan itu. betul tak? tapi pernah tak kita sedekah tapi kita tak rasa pon harta kita bertambah? mesti pernah kan? kan? kan? mungkin pernah...mungkin tak tahu sebab tak amik pusing..hehe..

kepada yang rasa macam pernah je rasa tak tambah-tambah pon harta bila dan pon bersedakah, jangan lah bersedih dan menyatakan ALLAH tak tunaikan janjiNYA. tak pon janganlah pulak cakap " pasni aku dah malas lah nak sedekah! bukan dapat apa pon! setakat tisu aku pon ada..setakat buku Yaasin kat umah aku tersusun..setakat keychain kat mana-mana pon leh dapat..pasar seni tu hah berlambak!"

astagfirullah...istigfar banyak-banyak..walaupon ALLAH tak melipat gandakan harta yang telah kita sedekah kan itu, tapi sebenarnya DIA tetap menjanjikan sesuatu...
sesungguhnya ALLAH telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 276 yang bermaksud:
" ALLAH memusnahkan riba(1) dan menyuburkan sedekah(2). dan ALLAH tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran dan selalu berbuat dosa(3)."

ayat ini menyatakan bahawa :
(1)ALLAH memusnahkan riba dengan memusnakan harta riba itu atau meniadakan berkat harta riba tersebut. maknanya kalau kita amalkan riba maka duit hasil riba itu akan cepat habis lah..pastu duit atau harta itu tak berkat laangsung.kalau bagi anak bini makan pon kira akan merosakkan hati diorang.lagipon orang yang ambil riba ini ALLAH cakap hati diorang takkan tenang..mmm...

(2)pasal menyuburkan sedekah pulak..ALLAH akan mengembangkan harta yang disedekah kan itu atau melipat gandakan berkatnya. maknanya..kalau kita rasa kita tak kaya-kaya pon bila selalu bersedekah..kita kena ingat bahawa ALLAH telah melipat gandakan berkatnya..maksudnya..mungkin DIA janji kan balasan syurga kepada kita dan harta yang kita ada itu berkat..insyallah harta yang berkat akan melahirkan hati yang tenang, anak-anak yang soleh..hidup bahagia dunia akhirat.

(3)ALLAH tidak suka kepada orang yang menghalakan kan riba dan tetap melakukannya atau mengamalkan riba tersebut..

so ada paham sekarang?so pasni jangalah la bersangka buruk dengan ALLAH..sesungguhnya DIA berjanji kalau tak dapat kat dunia kat akhirat nanti dapat lah..kita perlu ingat harta bergunung tinggi kalau hati tak tenang, jiwa tak tenteram, hidup tak bahagia nak buat apa..betul tak?

haha..pasal atas dan bawah itu adalah tentang..tangan kita lah..sebab yang memberi itu tangannya diatas..dan yang menerima itu tangannya dibawah..tak percaya??? tengok lah sendiri..



hah..betul tak? nampak tak? kalau tak percaya lagi cuba aplikasikan bila jumpa pak cik mak cik cacat penglihatan tu jual tisu... hehe


kalau tak pernah nak bersedekah tak pon hati ni berat sangat nak bersedekah..tak pon tangan korang berat sungguh nak keluarkan duit..amalkan lah doa ni insyaallah..makin ringan lah tangan korang..:
" ya ALLAH jadiakanlah tangan ku di atas untuk menjadi pemberi, dan janganlah KAU jadikan ia dibawah untuk meminta, sesungguhnya ENGKAU atas tiap-tiap sesuatu yang Maha Kuasa" 

orang kata senyum tu pon sedekah..so senyum lah..tapi tak kan nak bagi sedekah dengan senyum ja kut di sepanjag hayat kita..orang fakir miskin pon mampu tuk senyum..so kita yang ada harta atau duit lebih sikit ini..apa lah salahnya sedekah kan harta dan senyuman..hehe..

sekarang baru saya paham..kenapa kadang-kadang duit saya tak tambah-tambah pon bila dah bersedekah..rupa-rupanya mungkin DIA dah masukkan duit tu dalam akaun akhirat saya kut..hehe..nak p check tapi tak de buku akaun tu..so??? saya assume dah bertambah la duit saya kat akaun akhirat tu..pasni nak tambahkan lagi lah duit dalam akaun tu..gambateh!! kena usaha lebih sikit mulai sekarang!!

No comments:

Post a Comment