usaha, doa dan tawakal

orait kali ini kita nak cerita tentang usaha, doa dan tawakal.. apa benda semua ini ea?? haha..kalau nak terangkan tentang apa itu usaha, doa dan tawakal..confirm semua orang mampu menjelaskannya..betul tak?? so apa kata kita dengar cerita atau pengalaman yang berkaitan dengan usaha, doa dan tawakal ini..sebab manusia akan belajar dari pengalaman..bak kata omputih ( orang putih ) experience is a best teacher!! 


orait,.pengalaman ini berlaku masa final exam week..selepas paper pathology.. paper start pukul 12 and habis pukul 2 petang. habis je exam semua lari pergi cafe. mana tak nya masa jawab exam perut dah dok bernyanyi minta diisi..haha..lapar beb..lagi-lagi exam waktu lunch..so kitaorang pon makan la..masa tu lauk macam dah tinggal sisa so kitaorang pon pakat la ramai-ramai makan nasi ayam..sedap-sedap makan ada la sorang minah ni mengadu tercekik tulang ayam..suruh telan nasi dah telan tak turun-turun pulak tulang tu..bila suruh batuk tak keluar-keluar pulak..akhirnya orang lain yang tercekik tulang,..orang lain yang nak muntah..sapa yang nak muntah tu??saya la..dah macam orang beranak sulung pulak masa tuh..wekk..serius nak muntah!

bila tulang tu tak berjaya dikeluarkan apa lagi kena pergi klinik la jawabnya. bila pergi klinik mulut, telinga dan hidung ( betul ke aku pon tak tau) buat la endoscopic. tahu berapa kena bayar?? rm140 wah mahal giler..swasta la katakan..tapi kalau kena bayar mahal mana pon tak kisah la janji chicken bone tu keluar tapi tak keluar pulak..aisey...yang paling sakit hati chicken bone tu tak nmpak pon!!

bila dah tak keluar doktor klinik tu suruh refer hkl..yang kelakarnya kat refer latter tu tulis chock chicken bone with dsyphagia..haha..dysphagia tu maksud dia kesukaran menelan..haha...lawak giler masa tu..

masa kat hkl buat la endoscopic lagi..sekali masuk, doktor tu cakap tulang tu ada dan tak boleh nak keluarkan..kena keluarkan secara minor surgery.. so mangsa tercekik tu pon terdiam la..dan cuba menelan air liur..ala macam yang kita selalu buat bila kita takut..telan punye telan..eh! dah tak da la tulang tu..bila buat endoscopic sekali lagi..hahhh....dah tak nampak dah tulang tu..caya lah beb!

haha..pada masa yang sama.. kawan si mangsa tercekik tu pulak pergi solat..solat zuhur belum lagi beb..kena la solat..sebab tu kan kewajiban..alang-alang solat zuhur di akhir waktu..terus la tunggu waktu asar masuk..masa solat tu si kawan ni pon berdoa la seikhlas hati supaya si mangsa tercekik ni tak payah buat apa-apa surgery..yolah dah la time exam nak buat surgery..walaupon minor jek..tapi effect juagak..boleh effect paru-paru kalau pakai general analgesic. mahunnya terbaring satu hari kat katil..

nak dipendekkan cerita..si magsa tercekik ni tak payah buat surgery sebab tulang tu pon dah turun ke perut..haha
kesimpulannya, ini adalah hasil usaha si mangsa tercekik dan kawan-kawannya...dari ke klinik hingga ke hkl semata-mata nak keluarkan chicken bone tu..dan juga berkat doa yang ikhlas dari seorang kawan..

so apa yang penting ialah usaha dan doa..kemudian kita serahkan pada ALLAH..dan insyallah..usaha tu DIA tengok dan doa tu DIA dengar..sesungguhnya DIA maha melihat, mendengar dan maha mengetahui..

jadi..selepas ni kalau kita nak apa-apa kita kena lah usaha dan doa...kemudian tawakal..tapi sebelum doa dan tawakal tu kita kena la jadi hamba yang beriman..laksanakan segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA..orait!

No comments:

Post a Comment