RAHSIA CARA TIDUR RASULULLAH S.A.W


Salam.. Kali ini saya nak bercerita tentang tidur pulak. Ramai tahu cara Rasulullah tido, tapi tak ramai tahu kelebihannya.

Ada banyak gaya untuk kita lakukan ketika tidur. Sama ada terlentang, meniarap, mengiring kanan atau kiri. Dan seperti kita semua ketahui bahawa Rasulullah s.a.w tidur pada rusuk kanan Baginda yang bermaksud mengiring sebelah kanan.

Kenapa Rasulullah s.a.w tak tidur terlentang atau meniarap atau mengiring sebelah kiri? Tapi kenapa mengiring sebelah kanan. Selama ini kita hanya ikut sahaja. Asal ikut sunnat kita dapat pahala. Sekiranya kita kaji banyak kelebihannya tidur di rusuk kanan ni.

1.     Kenapa tak tidur terlentang?
Ini kerana, dalam posisi ini kita akan bernafas menggunakan mulut disebabkan rahang dalam keadaan relax. Manakala lidah pula akan masuk ke dalam iaitu ke bahagian tekak dan ini boleh menghalang saluran pernafasan dan menyebabkan kita berdengkur. Perkara ini akan bertambah teruk jika kita memiliki perut yang besar (obesiti atau boroi)
Kerana ini akan menyebabkan kita mempunyai masalah yang dikenali sebagai obstructive sleep apnea (OSA). 


Sebab itu, jika kita lihat orang lelaki yang boroi akan berdengkur dan sekejap-sekejap bergerak semasa mereka tidur. Mereka bergerak kerana mereka tak bernafas sebab itu mereka akan terjaga tanpa mereka sedar untuk membetulkan saluran pernafasan mereka. MasyaALLAH. Begitu kasih ALLAH kepada kita. Dah la kita boroikan perut kita, tidur pula tak ikut sunnah sampai tak bernafas dalam tidur. Tapi sebab kasih sayang, ALLAH memang telah ciptakan kita dengan otak yang mempunyai bahagian untuk bagi isyarat yang kita tak bernafas. So kita pon akan terjaga untuk betulkan kedudukkan lidah kita. So dengur pon hilang. Itu pon seketika. Apabila otak menerima isyarat kita tak bernafas kita kan terjaga semula dan perkara ini akan berulang-ulang. Tak percaya? Cuba perhatikan orang-orang boroi yang berdengur. Paling senang tengok suami sendiri. Kalau suami tu boroi la. Maaf bukan nak memburukkan sesiapa. Itu adalah contoh paling senang nak jumpa.

Cara mengatasi adalah dengan kurangkan boroi, tidur ikut sunnah dan tinggikan bantal supaya saluran pernafasan tidak akan dihalang oleh lidah dan supaya otot utama pernafasan (diaphragm) dapat berfungsi semaksima mungkin.

Selain itu, sekirannya kita tidur terlentang kita akan bernafas menggunakan mulut.
Jika kita bernafas menggunakan mulut, udara atau oksigen itu akan terus masuk kebahagian saluran pernafasan dan ini menyebabkan gusi menjadi kering dan akan menyebabkan radang pada saluran pernafasan.

Sepanjang pengalaman saya mengendalikan pesakit yang memakai alat bantuan pernafasan, kebanyakan daripada mereka mengadu tekak kering dan rasa perit. Ini kerana oksigen yang diberikan kepada mereka adalah pure oksigen. Jika kita perhatikan kat hujung tiub pernafasan itu ada sebotol air yang disambungkan ke dinding.


Air itu bertujuan untuk memberi kelembapan pada gas oksigen yang diberikan pada pesakit. Sebab itu humidification atau kelembapan sangat penting dalam memberi bantuan pernafasan kepada pesakit untuk mengelakkan tekak kering dan radang pada saluran pernafasan yang kita sangkakan sebagai sakit tekak.

Pernyataan di atas turut disokong oleh Hough A. (2001). Beliau menyatakan dalam bukunya yang bertajuk Physiotherapy in Respiratory Care An evidence-based approach to respiratory and cardiac management bahawa fungsi paru-paru akan berkurangan dan work of breathing (WOB) akan meningkat. Dalam posisi terlentang volume paru-paru akan berkurangan kerana :
       I.             Tekanan daripada organ abdomen
     II.            Pengecilan saluran pernafasan

WOB pula akan meningkat sebanyak 40% dalam posisi terlentang.
Selain itu, otot diaphragms pula kurang efektif dan kurang koordinat dengan pengembangan dada. Ini akan menyebabkan kapasiti paru-paru atau lung volume semakin berkurangan. Ini bermaksud kurang la udara masuk ke dalam paru-paru, dan kurang la oksigen yang kita dapat.

Cara mengatasi adalah tidur ikut sunnah. Dengan cara ini kita akan bernafas menggunakan hidung. Hidung ada rambut atau bulu dan cecair. Bulu ini berfungsi untuk memerangkap kotoran iaitu zarah-zarah kecil yang terkandung dalam udara yang kita sedut. Cecair pula untuk melembabkan udara yang kita sedut. Tulang rawan hidung yang berkelok-kelok pula membantu udara tadi menyentuh saluran darah disekitar hidung dan ini membantu untuk menghangatkan udara yang kita sedut. Ini disokong juga oleh Lynelle N.B. Pierce didalam bukunya yang bertajuk Guide to Mechanical Ventilation and Intensive Respiratory Care dalam bab Pulmonary Anatomy. Beliau menyatakan upper airway iaitu terdiri daripada saluran hidung (lubang hidung yang kita dok korek tu), sinus, pharynx, epiglottis dan larynx berfungsi untuk menghangat, menapis dan melembabkan udara yang kita sedut. Ternyatakan. Bernafas menggunakan hidung adalah lebih baik.

2.     Kenapa tak tidur meniarap?
Tidur meniarap akan menyebabkan dada kita tidak dapat mengembang dengan baik. Sewaktu bernafas, tulang rusuk kita perlu mengembang ke atas dan keluar. Supaya paru-paru kita dapat mengembang semaksima mungkin untuk dipenuhi dengan udara.



Apabila meniarap, dada kita kurang mengembang dan ini menyebabkan kurang udara yang masuk ke dalam paru-paru. Hasilnya, kita akan bernafas secara cepat dan pendek dan akhirnya akan menyebabkan WOB meningkat. Oleh itu, kita terpaksa menggunakan banyak tenaga untuk bernafas dan ini menyebabkan kadar pernafasan kita menjadi semakin laju dan kita tidak bernafas secara effective! Rugi! Buang tenaga je dan penat je nafas laju-laju tetapi tak effective. Kurang udara masuk ke dalam paru-paru bermakna kurang oksigen yang kita dapat. Patut la tidur meniarap ini dikatakan cara tidur syaitan.

Bila kurang oksigen mula la badan lemah, rasa malas, cepat penat dan tak bertenaga. Memang kita patut menjauhi tidur cara syaiton ni. Walau bagaimanapon posisi meniarap juga sering digunakan bagi merawat pesakit yang mempunyai masalah secretion retention iaitu pengumpulan cecair dalam paru-paru. (Kalau keluar ikut tekak kita panggil kahak. Kalau keluar ikut hidung kita panggil hingus.) Namun posisi ini digunakan sewaktu berjaga bukannya tidur. So jangan salah paham kalau ada ahli fisioterapi suruh baring meniarap sebab dia nak buat percussion satu teknik untuk melonggarkan kahak yang melekat pada paru-paru supaya senang dikeluarkan melalui batuk atau suction.

3.     Kenapa tak tidur mengiring ke kiri?
Pada bahagian rusuk kiri kita ada apa? Paru-paru bahagian kiri, jantung dan perut. Betul tak?

a)     Paru-paru kanan lebih besar daripada paru-paru kiri. Jadi apabila tidur di bahagian rusuk kiri paru-paru kanan akan menekan jantung dan ini akan menggangu kadar denyuran jantung. Berkemungkinan jantung sukar untuk mengepam darah ke seluruh badan.

b)    Hati adalah lebih besar dan berat berbanding perut. Dan perkara yang sama akan berlaku seperti di atas. Hati akan menekan perut. Perkara ini akan bertambah buruk apabila kita tidur mengiring ke kiri dalam keadaan perut yang penuh. Apabila hati menekan perut yang penuh,ini akan melambatkan lagi proses pengosongan perut iaitu kira-kira dalam tempoh 5-8 jam baru perut boleh kosong berbanding kita tidur mengiring ke kanan. Tidur mengiring ke kanan hanya mengambil masa kira-kira 2-4 jam sahaja untuk perut menjadi kosong.

Jadi pilih la untuk tidur mengiring ke kanan.

4.     Tetapi kenapa tidur mengiring ke kanan?
Banyak kelebihan sebenarnya jika kita tidur mengiring ke kanan.
a)     Paru-paru kiri lebih kecil berbanding paru-paru kanan. Oleh itu, paru-paru kiri hanya memberi tekanan yang sedikit kepada jantung jika kita tidur mengiring ke sebelah kanan. Ini tidak akan menganggu fungsi jantung untuk mengepam darah sepenuhnya ke seluruh badan.

b)    Hati yang berat daripada perut tidak akan menekan perut.  Dan ini akan membantu mempercepatkan perut untuk kosong. Akhirnya akan melancarkan lagi proses pencernaan makanan.

c)     Posisi saluran pernafasan bagi paru-paru kiri adalah lebih horizontal atau melintang. Manakala bagi paru-paru kanan pula lebih menegak atau vertikal. Ini akan memudahkan lagi cecair mucus yang berlebihan dari paru-paru kanan untuk dikeluarkan berbanding paru-paru kiri. Dengan posisi tidur ini lah yang akan membantu pengumpulan cecair mucus dari paru-paru kiri untuk mengalir keluar.

d)    Arterial oxygenation atau oksigen dalam salur darah yang membawa darah beroksigen juga akan meningkat ketika tidur dalam posisi ini (Hough 2001; Pryor & Prasad 2008)

Jadi banyakkan kelebihan tidur di sebelah rusuk kanan. Bukan sahaja dapat pahala disebabkan ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bahkan kita juga dapat kebaikan dari segi kesihatan.

Amalan lain yang dilakukan oleh Baginda s.a.w ketika hendak tidur adalah:
        i.            Berzikir sehingga mata terlelap
      ii.            Kadang kala mengiring sebelah kiri sebentar kemudian kambali mengiring ke sebelah kanan
    iii.            Meletakkan tangan di bawah pipinya dan berdoa
‘’ Ya ALLAH dengan namaMU, aku mati dan hidup’’

   iv.            Ketika bangun Baginda berdoa ‘’ Segala puji bagi ALLAH, yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadanya kami kembali’’
     v.            Dan baginda juga mengucapkan tahmid, takbir, tahlil dan berdoa kepada ALLAH.

 Baginda juga  menganjurkan kita untuk membaca al-Fatihah, al-Ikhlas, an-Nas, al-Falaq 
dan ayat terakhir surah al-Baqarah sebelum tidur.

p/s: Jom ubah posisi tidur kita mengikut cara Rasullullah.. banyak kebaikannya. Kita cuba sama-sama. Bila kita dah biasakan lama-lama akan jadi terbiasa. InsyaALLAH. 

Wallahuaklam.

 Rujukan:
1.     Dr. Adi Hasman 2012. Posisi tidur Rasulullah yang sihat Dlm. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit. PTS Millenia Sdn. Bhd. Batu Cave, Selangor.
2.     Pierce L.N.B 1995. Pulmonary anatomy In Guide to Mechanical Ventilation and Intensive Respiratory Care. W.B. Saunders Company.
3.     Hough A. 2001. Positioning In Physiotherapy In Respiratory Care an evidence-based approach to respiratory and cardiac management.3rd Ed. Nelson Thornes Ltd., UK.
4.     Pryor J.A & Prasad S.A.  2008. Effects of positioning and mobilization In Physiotherapy for Respiratory and Cardiac Problem adults and paediatrics. 4th Ed. Churchill Livingstone Elselvier, UK.

TIDUR SIANG SEJENAK SEBAGAI SIMPANAN


Salam.

Saya telah buat dua new post sempena malam-malam terkahir ramadhan. Kali ni saya nak berkongsi mengenai bagaimana nak mudah bangun di waktu sepertiga malam supaya kita dapat melakukan qiyam. Rahsia Rasulullah s.a.w adalah dengan tidur siang sejenak menjelang waktu zohor. 

Tidur sejenak ini adalah sebagai simpanan. Ialah kita telah penat bekerja pada waktu siang, jadi kita ambil masa dalam 15-20 minit sebelum waktu zohor untuk tidur sebentar. Agar selepas itu kita akan kembali segar dan bertenaga untuk menjalankan aktiviti pada sebelah petang dan malam.


Perkara ini telah saya praktikkan semasa bulan ramadhan pada kali ini. Alhamdulillah menjadi. Tetapi saya tidur dalam 30-45 minit la. Kadang kala nak dekat sejam. Penat kemas rumah. Selepas tidur dalam pukul satu petang tu saya mandi dan usai je mandi terus azan zohor berkumandang. Jadi saya terus melakukan solat zohor dan apa-apa yang patut. Ternyata, sewaktu sebelum tidur badan terasa dsangat tidak bermaya. Alhamdulillah selepas tidur, mandi dan melakukan sedikit senaman (solat zohor), saya dah kembali bertenaga. Rasa macam baru je lepas sahur. Haha..


Terdapat hadis yang meriwayatkan tentang tidur siang sebentar, oleh itu Jumhur Ulama (Majoriti) mengatakan hukum tidur siang sebentar ini adalah Sunat. Antara dalil mereka ialah hadis Nabi SAW:
 قِيلُوا فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَا تَقِيلُ
MAFHUMNYA: “Berqailulahlah kamu semua, kerana sesungguhnya syaitan tidak berqailulah.”(Abu Nu’aim di dalam al-Tibb)   


So boleh amalkan la ea

p/s: Masa berbuka makan la ala kadar sahaja. Jika makan sampai perut penuh, paham-paham je la. Mesti mata rasa berat badan rasa letih.

Rujukan:
1. Dr. Adi Hashman, 2012. Sunat Tidur Siang Sejenak. Mengapa Rasulullah tidak pernah sakit.PTS Millenia Sdn. Bhd.
2. QAILULAH : Tidur Yang Berpahala, 30 Julai 2013. Zulkbo ...nak juga menulis blog.

MERIAHNYA MALAM-MALAM TERAKHIR RAMADHAN


Salam. Seperti yang kita ketahui bahawa tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan berada di dalm bulan Ramadhan untuk tahun ini. Jika tak silap saya tak sampai pon 10 hari. Jadi marilah kita meriahkan malam-malam terakhir ini dengan melakukan qiyam iaitu ibadah pada waktu malam seperti solat terawih, membaca al-Quran, berzikir, bermunajat dan bertakafur kepada ALLAH s.w.t. lagi afdal dilakukan adalah beriktikaf di dalam masjid seperti mana yang sering dilakukan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w.
Bercerita mengenai beriktikaf di dalam masjid ini, saya ada satu pengalaman. Semasa saya melakukan latihan industri di Hospital Batu Pahat yang kini dikenali sebagai Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) saya sempat ke rumah pak cik saya di daerah pontian bersama anak saudara saya. Niat dihati adalah untuk mengeratkan silaturrahim tetapi ALLAH beri lebih daripada nikmat kasih sayang kekeluargaan kepada saya dan anak saudara saya.



Semasa di rumah pak cik saya yang juga merupakan seorang imam kami memperolehi pelbagai pengalaman. Selain solat fardhu isyak yang diimamkan oleh pak cik saya (masa ni solat terawih diimamkan oleh pelajar tahfiz), kami juga berpengalaman untuk mendengar bacaan ayat suci al-Quran daripada pelajar-pelajar tahfiz selepas solat terawih 20 raakat.


Bukan itu sahaja, pada jam 3 pagi kami dikejutkan untuk membersihkan diri dan bersiap-siap untuk ke masjid daerah. Masa ni kami ikutkan sahaja la. Sebab nak merasa pengalaman baru berpuasa dengan imam. So di masjid daerah tu kami beriktikaf dengan jemaah yang lain dengan melakukan solat-solat sunat secara berjemaah. Alhamdulillah. Walaupon hanya semalam pengalaman beriktikaf di dalam masjid semasa bulan ramadhan , saya rasa cukup indah. Rasa tenang sahaja hidup ni, rasa semua perkara berjalan dengan lancar.

Pada sebelah pagi pula, solat subuh dimasjid dan mendengar tazkirah subuh. Memang masa tu masa banyak dihabiskan kat masjid. Rumah untuk tidur, makan, mandi dan berehat sebentar.

InsyaALLAH jika diberikan kesihatan dan umur pada ramadhan tahun hadapan, saya harap saya akan dapat melakukan iktikaf di masjid. Nak buat sekarang bukan tak boleh tapi tak ada sapa nak teman. Saya ni perempuan. Kalau lelaki lain la pergi sorang tanpa izin pon takpe. Jadi saya lakukan sahaja dirumah. Tapi tak meriah la. Haha.. rindu kenangan ramadhan tahun lepas.

p/s: Jom kita meriahkan malam-malam terakhir ramadhan dengan qiyam dan bukannya sibuk buat kuih raya, main mercun, pasang langsir sampai dinihari. Bahagikan waktu malam kita sebaiknya. InsyaALLAH malam-malam terakhir ramadhan kita pasti akan meriah. Meriah bukan dari segi fizikal tetapi dari segi rohani. Sebab itu yang kita perlukan. Betul tak? Wallauaklam.

Rujukan: Dengar slot tazkirah ramadhan di MHI pagi tadi (30/7/2013)

Orang Tua Tak Masuk Syurga.

Assalamualaikum,

Dah lama rasanya tak menulis di blog. Blog MY SELIPAR ni pon dan bersawang. Lama berbeno tak buat new post.

So untuk post pertama setelah sekian lama tak bukak blog ini, saya nak bercerita tentang pengalaman pertama saya berterawih di salah sebuah masjid di Sri Damansara. haha.. selalunya saya buat terawih seorang diri di rumah. Masa ini duduk kat rumah abang sat sebelum balik ke rumah sendiri. 

Masa ni akak ipar ajak p solat terawih.. mula-mula berat hati jugak nak pergi. Tapi mengenangkan nak kumpul pahala so berat kaki melangkah saya paksa jugak diri ini untuk solat sunat terawih secara berjemaah.

Alhamdulillah banyak perkara yang tak sangka berlaku. Dalam satu malam sahaja saya boleh kumpul banyak pahala. bukan setakat pahala solat jemaah tetapi pahala lain juga. Sungguh tidak disangka!

Semasa melakukan solat Isyak, masa ini kelam kabut cari saf dan pakai telekung sebab sampai masjid betul-betul masa imam nak mula solat isyak. so main solat je la tanpa tahu siapa kat sebelah (masa ini terpisah dengan akak ipar, selang sorang je pon terpisahnya) haha.. bila salam jemaah sebelah kiri dan kanan sungguh tak sangka orang disebelah saya boleh dikata makcik-makcik la.. sebab muka dah berkedut.

Tapi semasa lakukan solat sunat terawih, saya dapat rasakan semua di masjid bersama-sama saya ketika itu adalah golangan muda belia. Saya tak rasa pon mak cik-mak cik sebelah saya ini golongan ''remaja purba''. 

Apabila saya balik ke rumah, baru saya teringat satu gurauan Rasullullah S.A.W. dengan seorang nenek tua:

Hasan Basri r.a. menceritakan seorang perempuan tua datang menemui Rasulullah s.a.w.

"Ya Rasulullah! Doakanlah agar ALLAH s.w.t. masukkan aku ke dalam syurga," pinta wanita tua tersebut.


"Orang tua tidak boleh masuk syurga," jawab Rasulullah S.A.W.


Maka pulanglah wanita tua itu sambil menangis. Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda: "Beritahulah pada wanita tersebut bahawa dia tidak akan masuk syurga sebagai wanita tua kerana ALLAH s.w.t. akan menjadikan kesemua wanita syurga menjadi anak dara."


Maksud Rasulullah S.A.W. ini, lelaki dan wanita tua tidak akan masuk syurga dengan keadaan diri mereka yang telah lanjut usia dan nyanyuk, sebaliknya akan dimasukkan sebagai jejaka dan wanita muda.


haha.. mungkin ALLAH nak beri semangat kepada saya, supaya lebih taat beribadah kepadaNYA dengan mengambil contoh mak cik-mak cik yang dah tua pon semangat untuk beribadah dan mengabdikan diri kepada ALLAH semata-mata ingin mengejar syurga yang penuh nikmat. Sebab itu lah ALLAH ilhamkan saya perasaan sebegitu ketika berasa di masjid tersebut. 

p/s: saya harap kita golongan muda-mudi akan terus berusaha untuk mempertingkatkan ibadah kita. ajal tidak mengira waktu. jadi jom kita sama-sama ambil peluang usia muda dan kesihatan yang baik ini untuk beribadah kepada ALLAH. tak perlulah nak tunggu tua. jom sama-sama kita berusaha.
saya pon baru nak mula ni.



sumber hadith diambul dari http://duniayangsekejap.blogspot.com

Di Sebalik COKLAT

Assalamulaikum.sudah lama rasanya tidak menulis di blog. Memang sudah lama sangat la. kali ini saya ada satu kisah menarik yang ingin saya kongsikan.

Sempena satu muharam yang lalu, saya mengambil kesempatan itu untuk mengantikan puasa saya. dalam kita bersahur saya teringin nak makan coklat. Jadi saya pun bukak la peti ais dah patah kan coklat 5 bar saya. Apabila dah patah je, saya rasa kecewa sebab coklat yang saya patahkan tu tidak ada tanda-tanda ada kacang badam kat dalamnya. (coklat saya ini coklat yang ada kacang badam kat dalam). Memang kecewa habis lah! tetapi takkan nak buang kan. Jadi saya makan jugak la.

Tanpa dijanggakan dengan sekali gigitan saya terjumpa kacang badam. Tepas itu saya pun gigit lagi sekali. oh! Alahamdulillah, jumpa lagi satu kacang badam. apa lagi seronok la saya. Selepas itu, saya mula berfikir.

Pada mulanya coklat itu nampak rata je. tak ada langsung tanda di dalammya akan ada 2 biji kacang badam. Tetapi saya terima seadanya kacang itu dan terus makan. Tidak kisah la ada kacang ke tidak asal hajat nak makan coklat tercapai. tetapi akhirnya, saya dikejutkan dengan dua biji kacang badam.

Mungkin dengan peristiwa ini ALLAH nak tunjuk pada saya bahawa setiap kekurangan itu pasti ada kelebihannya yang tersendiri.

Sekarang ini, saya ditimpa dengan pelbagai ujian. Sehinggakan saya hidup saya tidak terancang dan saya tidak dapat menggunakan masa saya dengan maksimum. Saya menjadi tidak tentu arah dan tidak fokus dalam kehidupan sehinggakan saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan dan apa yang patut saya ketepikan.

Alhamdulillah, dengan coklat itulah, ALLAH memberikan petunjuk pada saya. Mungkin perkara ini telah terlambat bagi saya. Tetapi selagi ada waktu, ruang dan peluang perkara yang lambat itulah yang banyak membantu kita. Tidak ada istilah terlambat dalam kehidupan kerana kita perlu ingat bahawa dunia tidak mahu tahu bagaimana, dan bila kita mulakan perlumbaan kita, tetapi dunia nak tahu bagaimana kita tamatkan perlumbaan kita. Lebih kurang macam cerita perlumbaan lari antara arnab dan kura-kura.  Arnab telah meninggalkan kura-kura jauh dihadapan. Pada pertengahan si Arnab pula tidur dan berehat. Dengan penuh kepayahan dan kesungguhan akhirnya kura-kura sampai dahulu digarisan penamat. Itulah kehidupan kita.

Apa yang penting disini ialah bagaimana kita tamatkan perlumbaan kita. Biarkan orang lain jauh kehadapan, tidak perlu ada rasa cemburu dan iri hati dalam diri kita kerana ALLAH telah menetapkan rezeki bagi tiap-tiap hambaNYA. cuma lambat atau cepat sahaja. Apa yang kita perlu buat adalah teruskan berusaha dan tidak putus harapan pada ALLAH.

Berbalik dengan cerita coklat tadi. Saya kiaskan coklat yang saya sangkakan tanpa kacang badam itu adalah ujian dan apabila saya gigit sahaja coklat itu saya terjumpa dua biji kacang badam sebagai imbuhan daripada ujian yang melanda.

Tanpa kita sedar, setiap kali kita ditimpa ujian kita mesti menanyakan soalan sebegini : KENAPA AKU YANG DITIMPA UJIAN INI? KENAPA UJIAN YANG MACAM INI MENIMPA AKU? KENAPA TIDaK ORANG LAIN?

Betul tak? Kita perlu sedar bahawa ALLAH tidak akan menimpakan ujian yang hambaNYA tidak mampu tanggung. Setiap ujian yang kita rasa berat itu sebenarnya boleh ditanggung oleh kita. Sebab itu ALLAH memberikan ujian itu pada kita. Kita tidak kenal siapa diri kita yang sebenarnya, tetapi DIA pencipta kita lebih mengenali kita,lebih mengetahui siapa kita yang sebenarnya.

Apabila saya ditimpa ujian, saya selalu berfikir bahawa ALLAH merindui saya, ALLAH menyayangi saya. Oleh itu, DIA berikan saya ujian agar saya tidak keluar dari landasan yang benar. Dia berikan saya ujian agar saya sentiasa ingat padaNYA, agar saya sering merintih dan merayu padaNYA, agar saya terus bersandar dan bergantung padaNYA.

Apabila saya berfikiran sebegini, saya akan menangis sayu kerana saya tidak sangka bahawa ALLAH menyayangi, mengasihani dan merindui saya. Dan perkara ini membuatkan saya dekat padaNYA, dan kadang kala saya seolah-olah sedang berbicara denganNYA.

untuk lebih kepahaman dengar la lirik lagu daripada kumpulan mestika yang bertajuk rahmat ujian.
Ujian itu sebanarnya RAHMAT daripada Tuhan. Ujian (coklat yang disangka kosong) Rahmat (kacang yang tersembunyi dalam coklat dan terlihat setelah coklat digigit).http://www.youtube.com/watch?v=OD2COX4wTSA&feature=related


wallahu'alam.










hi.come back.

assalamualaikum. hi. lama sudah tak menulis kat blog. sebenarnya banyak benda yang nak diceritakan tapi nak buka blog dan menaip agak memerlukan masa. jadi disebabkan masa lebih diutamakan kepada perkara-perkara lain jadi dah lama la tak buka dan buat post baru.

so hari ini adalah hari yang sangat pelik. sebab first time dalam hidup pada weekdays kitaorang takde kelas. so masa lebih diisi dengan tidur, pergi tasik titiwangsa untuk bersenam, tidur, tengok movie, dinner kat belakang istana budaya dan akhirnya dapat la cari masa untuk menaip post baru di my selipar.

dalam masa 2 minggu lepas ada banyak perkara yang berlaku. assignment berlambak-lambak yang nak kena submit cepat, midsem examination, dan ada satu lagi perkara yang membuatkan hati saya tak keruan, tak tenang dan muka bertambah ketat. haha... benda apa tu tak boleh cakap la.

apa pon. yang terjadi masa itu, saya cukup bersyukur kerana ada kawan-kawan yang supportive. walaupon saya tak ceritakan perkara yang membuatkan saya hidup dalam ketakutan dan kerisauan, tetapi diorang la yang banyak buat saya gelak, buat saya lupa hal yang berlaku, buat saya lari jauh jauh..sangat-sangat jauh daripada perkara tersebut. saya betul-betul menghargai layanan mereka pada saya. walaopon kadang-kadang saya ni sengal dan otak masuk air teh tarik (sebab selalu sangat minum teh tarik) mereka tetap layan jugak. haha..thank you zafirah dan nazurah. i love both of you as you are.

selain diorang thanks jugak pada kak diyana yang kerap kali tanya perkembangan saya. setiap kali makan malam je, setiap kali tu jugak la dia tanya. pada sarah gak,, thanks sebab sudi dengar cerita saya. haha.. rindu la kat kamu. balik la cepat.

selepas apa yang berlaku, saya rasa saya semakin matang. matang bukan la dari segi perangai. (perangai loglak memang tak leh nak buang) tetapi matang dari segi mengawal emosi, mengawal perasaan.(perasaan dan emosi tu benda samakan?haha..) bayangkan lah ada satu peristiwa yang membuatkan kita hidup dalam kerisauan, pada masa yang sama kita perlu memenuhi tuntutan sebagai pelajar. kena datang kelas, buat assignment, exam, bla bla bla...dan bla bla paling tak boleh nak tahan daripada fikir yang bukan-bukan terutama bila berada dalam kelas surgical dan kelas geriatric. aduh masa itu memang rasa nak berlari balik je pergi sungai buloh. tetapi alhamdulillah saya boleh control.

tetapi kenapa tak boleh fokus dalam 2 kelas ni? hahh.. sebab dua kelas ni berkaitan dengan perkara yang berlaku dalam hidup saya. susah jugak belajar dalam bidang kesihatan ini.sebab apabila berlaku sesuatu perkara yang berkaitan dengan kesihatan saya dapat tahu apa komplikasi yang bakal berlaku. bila fikirkan kemungkinan-kemungkinan ni la yang membuatkan hari makin gundah..

orait.berhenti cerita pasal perkara itu dan terus pada perkara seterusnya. perkara yang saya paling susah nak buat ialah berlagak macam takde apa-apa yang berlaku. padahal dalam dada, jantung berdegup kencang, nadi laju semacam jek. tetapi apa yang saya tak sangka ialah saya boleh gelak ketawa, menyakat orang lain dan buat perkara biasa yang saya selalu buat. kutip duit kelas, makan (tak selera makan sebenarnya tapi bila dah suap tetiba rasa tak boleh lepaskan pinggan lak..haha..), bla bla bla.

bagi saya apa pon masalah, apapon perkara yang hadir dalam hidup kita, kita mesti meneruskan hidup seperti biasa. jika kita keluar daripada rutin kita, taknak makan minum, tak pergi kelas, tak bercampur dengan kawan-kawan dan sebagainya. mungkin ini boleh dianggap yang kita ini tak redha dengan apa yang berlaku. ibaratkan kita merajuk dengan ALLAH la. terus kita taknak buat rutin kita.

tetapi sebenarnya jika kita meneruskan hidup seperti biasa, kita akan bertambah kuat. kita tambah yakin yang kita hanya boleh berharap pada-NYA.

sekuat-kuat iman ialah apabila kita hanya bergantung harap pada ALLAH. selemah-lemah iman adalah apabila kita bergantung selain daripada-NYA. memang susah nak buat tetapi usaha. mungkin kita boleh ceritakan masalah kita pada seorang dua tetapi taklah cerita secara keseluruhan.

insyallah jika kita tak cuba macam mana nak tahu yang kita ni mampu ke tak. belajar untuk kuatkan iman. baru lah berbaloi dengan ujian yang ALLAH bagi. DIA datangkan ujian pon untuk kita belajar, untuk kita kuatkan iman kita sedikit demi sedikit.

insyallah, wallahualam.




first time

alhamdulillah...hari ini 24 Ramdan 1432 merupakan hari pertama aku buat kuih raya sepenuhnya. dari menimbang semua bahan-bahan untuk buat biskut sehingga lah kepada membakar dan mengisi biskut-biskut itu semua dalam bekas. hahaha..puas hati gilerrr !!!

hari ini aku buat kuih bersama-sama dengan akak aku, irun dan 3 orang lagi anak sedara aku.syok !!! sambil buat sambil borak; sambil mengentel tepung dan inti tart nenas,sambil buat lawak. terkekeh-kekeh la gelak, sambil bosan-bosan melayan blues masa menyiapkan biskut-biskut tu sambil cerita-cerita. hehe...

mula-mula seronok habis lah. lama-lama bosan. satu badan la sakit. mana taknya dari pukul 7 pagi sampai ke pukul 4 petang baru stop ooo... cuba kira berapa jam tu? lebih kurang dalam 9 jam la. tapi apa pon tetap puas sebab kitaorang berjaya menyiapkan 4 jenis biskut. sepatut nya malam ni nak buat biskut conflakes dan blueberry cheese cake. tapi disebabkan terlalu-lalu penat tak jadi lah...

paling best la akak aku memberikan 100% kepercayaan kepada aku untuk menyukat semua bahan-bahan membuat biskut dan mengulinya sekali.kira semua biskut-biskut raya kat rumah aku nanti adalah air tangan aku lah...fuhh rugi siapa yang jual mahal tak nak makan.

tapi paling tak seronok hari ini adalah setiap kali siap pembakaran pertama untuk biskut aku lah yang kena rasa. sedap tak? itu lah soalan yang ditanya. aku pon jadi serba salah nak jawab. kalau kata tak sedap kan nanti kecewa, kalau kata sedap kang nanti terliur sebab diorang puasa aku tak puasa. hahaha...tapi syok la..sambil isi dalam balang sambil tu lah aku makan. kira satu untuk balang satu untuk aku, satu untuk balang dua untuk aku. hahaha..

tapi masa buka la paling best, pukul 7.05 malam kitaorang dah siap hidang makanan dan minuman atas meja. lepas tu semua duduk keliling meja. padahal ada 20 minit lagi nak berbuka tapi semua dok menghadap makanan atas meja. alasannya bukan nak menatap makanan tapi nak dengar orang mengaji kat radio. hahaha padahal memang dah tak sabar giler nak makan. termasuk lah aku yang tak puasa nih..hahaha... nanti aku upload gambo ea.. gambar biskut chip choc, sugi brunei, tart nenas dan dahlia... hehehe.. nak tido penat..esok kena buat lagi 3 biskut lagi..hehe.. tapi sebelum tido nak makan puding dulu. my favourite tuh !!! 

dum dam domm bunyi mercun,

yeah !!! nak raya dah mesti lah kena ada mercun kan baru meriah !.. tak kisah la mercun apa pon dari yang mercun bawang, ketupat, bola, rocket, katak dan tah apa-apa lagi la mesti kena ada. baru syokk!! baru lah raya ! tak begitu? hahaha

tetapi lah kan kalau musim raya, mesti ada musim mercun, lagi wajib mesti ada musim jari hampir putus, mata buta, badan luka sana luka sini. bila tanya kenapa? jatuh motor ke masa balik terawih? mata kena bara api ke masa buat bubur lambok? badan luka-luka sebab melecur tolong mak buat kuih raya? haha itu semua bukan lah soalan yang tepat! yang tepat adalah,.. ni jari nak putus, mata nak buta, badan luka-luka nih mesti main mercun ! ni mesti berangan main jadi pakar bom atom atau pakar bom nuclear ! dah tak ada bende lain nak buat. orang buat terawih dia buat mercun. padan muka rasa kan!!!
kenapa aku teremosinal pulak nih...haishhh..



sebenarnya tak salah nak bermain. memang sifat kanank-kanak pon suka bermain. Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulum ad-Din pon ada menegaskan bahawa kita perlu berikan permainan kepada kanak-kanak.  " Mencegah anak daripada permainan dan memaksanya terus belajar akan mematikan hatinya, menghilangkan kecerdasan dan menyempitkan hidupnya " so tak salah kalau kita belikan mereka permainan. tapi yang penting permainan itu tidak memudaratkan si anak dan juga orang lain. cucu dan isteri Rasulullah iaitu Hussain dan Aisyah juga memiliki patung untuk bermain walaupon Baginda sedar kewujudan patung di dalam rumah boleh menghalang malaikat rahmat masuk ke dalam rumah.

berbalik kepada persoalan mercun, kita boleh nampak sendiri bahawa mercun boleh memudaratkan diri kita bila kita bermain mercun. tapi apa yang menyebabkan mercun boleh memudaratkan orang lain ??
1. aku pernah jumpe seorang budak hyperactive di muar, dia sangat takut pada bunyi mercun sehingga dia terpaksa duduk bawah ketiak mak dia bila tiba bulan puasa nak menjelang ke raya. ini boleh menganggu psikologi budak tersebut.

2. bayangkan lah dekat kawasan rumah korang ada orang tua. orang tua memang confirm ada darah tinggi atau pon sakit jantung. kalau disebabkan mercun ni la yang buat diorang terkejut macam mana? yang sakit darah tinggi boleh dapat stroke, yang sakit jantung boleh kena heart attack dan tak pasal-pasal terus goal.

3. bukan ke malam-malam orang buat solat sunnat.lagi-lagi bulan puasa. bunyi mercun ini boleh menyebabkan mereka hilang tumpuan ketika melakukan ibadah.

hah !! perkara ini semua kan boleh dikelaskan sebagai mengangu ketenteraman di kejiranan. Rasulullah SAW bersabda: barang siapa beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya " HR Bukhari.




sebenarnya dulu aku pon suka jugak tengok orang main mercun. bising-bising time nak raya ni syok apa. sebab aku nak main tapi takut. hehehe... paling suke kalau ada mercun bunga api. masa duduk kolej kat kampung baru selalu nampak mercun bunga api ni kat klcc. cantik... tapi kalau kita main dekat kawasan kejiranan ini mungkin tak patot kut. sebab kita kena la consider jiran-jiran kita jugak. lagi-lagi time bulan puasa dan ada orang tua. jiran aku sakit ari tu masuk hospital kesian dia harap dia tak terkesan lah dengan bunyi-bunyi mercun ini semua. budak-budak kalau nak main mercun mestilah ada orang dewasa. lebih baik tak payah main langsung. sebab telah menjadi prinsip dalam Islam bahawa sebarang pahala yang boleh memudaratkan atau mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain adalah satu dosa serta diharamkan.

jadi fikir-fikirkan lah..aku pon dok fikir nak main ke tak mercun ni. ( padahal tengok jek )

rujukan dari ruangan Agama, berita harian 16 ogos 2011, hasil tulisan Muhammad Asyraf; juara Imam Muda.
wallahualam

dia adalah aku

kali ini aku nak cerita pasal anak-anak sedara aku yang masih kecik ia ini 5 tahun dan kebawah.. 
sepasang, abang dan adik. semalam kak jah dan alam anak beranak seronok sakan berbuka dekat rumah. ala kira nak ambil peluang berbuka ramai-ramai disamping mereka yang tersayang dan dirindui. sapa lagi kalau bukan mak bapak kitaorang la. bukan setakat diorang jek anak beranak kak nor pon datang jugak memeriahkan majlis. masa dok sibuk-sibuk siap-siapkan apa yang patut sempat gak la alam cakap.."semua ada tinggal irun jek tak de sebab jauh" 
abang apis pulak tak dapat datang sebab sibuk nak menyiapkan tempahan kuih raya. oii kalau tak siap macam mana la pelanggan dia nak beraya. kalau tak siap ikut masa maunya pelanggan lari. lagi satu tak menepati janji. kang berdosa pulak. tak gitu??? nanti mula la guna kata-kata azimat bila ada masalah " customer is always right" haha.. aku pon guna jugak kadang-kadang kalau bengang dengan orang yang berniga. sebab kadang-kadang diorang menipu. itu lagi satu dosa. apa pon gambateh tuk abang tunggal ku dalam menyiapkan kuih raya..

berbalik pada cerita asal, datang-datang jek si abang panggil aku "kak, kak,.." eh bukan kak la acik la.." mana taknye aku kan acik paling muda. itu pasal la dia ingat kakak.haha
dia sambung balik " kak, acik ada laptop tak?" mula-mula dia datang itu yang dia tanya ! haha..kelakar betul lah. aku pon cakap la "ada".lepas itu dia lari ke depan.

masa tengah sibuk-sibuk buat air, buat apa semua,. dia datang lagi. ingat nak mintak air ke makanan tapi apa yang dia mintak
haikal :" acik, acik ada laptop tak?"
aku jawap la :"ada"
dia cakap lagi
haikal: " nak tengok sekarang boleh tak?"
aku: "tak boleh tengah sibuk ni.malam karang lepas sembahyang ea."
dia lari balik ke depan, pening aku.

masa halim (anak sedara paling tua) sudah siap mengoreng cendawan round yang pertama aku bagi la budak haikal ni rasa satu. mungkin cendawan goreng itu satu bende yang asing bagi dia, so dia cium dulu baru rasa. haha..bila tengok jek dia buat macam itu, aku terus ckp dalam hati " wahh..sama lah macam aku, aku pon suke cium makanan sebelum rasa, sampai satu hari tu penah kena tegur dengan kawan aku sebab makanan tu dah sampai mencecah hidung separuh mancung aku nih..haha..

lepas buka pon budak si haikal ni dok tanya ada laptop tak? ada laptop tak? haha.. pe pon aku bagi la dia tengok cerita rapunzel kat laptop aku..

si adik pulak..bila datang dekat, dia dok hulur dua belah tangan mintak didukung..haha..tengah sibuk-sibuk boleh pulak nak manja-manja. alahai.layan je la..pe pon walaupon penat dan sibuk menyiapkan juadah buka poasa dan melayan karenah budak-budak kecik.. namun rasa puas tu ada..syok habis !!!


bila kita kecik-kecik time bulan puasa

masa kecik aku tak ingat la macam mana aku boleh terpuasa. sama ada aku puasa yang-yang-yok, tengah hari bukak periuk atau puasa penuh, masa buka perut penuh. haha...masa besar yang aku ingat start darjah 4 kut aku puasa penuh. I lost my memory about ramadhan when I had been stayed at selasihsari. ( rumah lama ) tapi darjah empat tu besar sangat ke? aku pon confius! masa darjah 4 aku dah duudk kantansari.

tapi peristiwa yang paling aku ingat la kan masa dekat kampung sungai buaya. masa tu baru belajar puasa kut.tengah-tengah hari buta mak aku suruh hantar surat khabar lama dekat rumah timah latip. dia nak buat apa tah. tapi tahu la kan bulan puasa. masa tu pulak nak dekat raya..mesti la surat khabar tu nak buat alas masa mengadun dan membako  kuih raya..haha..nak di pendekkan cerita aku pon hantar la dengan menaiki basikal. yang kelakarnya lagi berapa minit je lagi kira tak sampai 30 minit lah nak azan magrib, aku pon dok syusha-syusha botol air kat atas meja. syusha punya shusya line clear! aku pon apa lagi rembat botol air tu terus masuk bilik air. hahaha...

dalam bilik air tu la aku tegok air macam tak ingat dunia! tapi bila aku pikir balik kalau air dalam botol tu habis nanti semua orang tahu aku minum air. so aku pon tinggalkan la dalam setengah botol. kira time tu aku fikir confirm!!! takkan ada orang perasan air tu dah luak. haha..bagus tak idea aku.. so jangan nak tiru ea!..

pastu aku pon letak balik la botol tu atas meja lepas tu buat donnoe jek haha.. aku kira tak akan ada siapa perasan. tapi jangkaan aku meleset rupanya. ada jugak orang yang perasan.nak tahu sapa???kakak aku lah. salamah @ alam. masa tu boleh pulak dia tanya " ehh..engkau minum ea air dalam botol ni? " aku pon geleng kepala. pastu dia mengukuhkan lagi tuduhannya dengan berkata  "kalau tak minum macam mana boleh  kurang airnya?" depan mak aku tu dia tanya.. bila mak tanya  "betul ke?" aku pon tak boleh buat apa la..mengaku je la..

masa buka aku pon buka la macam orang lain. kakak aku lagi sorang pulak cakap... orang tak puasa mana boleh buka sama-sama. aku wat dek jek. buat muka seposen! hahaha... masa tu mak aku cakap "lagi sikit jek nak azan dah minum air, sayang jek puasa tu" aku pon diam je la..nak buat macam mana nasi dah jadi bubur. makan je la... haha.. " ni mesti penat sebab kena hantar surat khabar lama yang berkepuk-kepuk tu kat rumah timah latip" mak aku yang cakap. aku?? dok menyuap tak henti-henti..alahai..bochah-bochah ( budak-budak dalam bahasa jawa )

aku pasti korang mesti penah sorok-sorok gak kan minum air.lagi-lagi masa amik wuduk. konon nak berkumur-kumur..tapi air kumur tu bukannya korang buang..terus telan kan? kalau buang pon buang sikit jek..lebihnya korang telan. haha..gurau je la jangan nak terasa. tapi ada betul nye gak kan??? hahaha...

tapi itu semua masa kecik-kecik. masa kita belum baligh lagi. masa ini ibadah puasa belum lagi diwajibkan ke atas kita. tapi kalau kita sudah baca niat pada malam hari, puasa kita itu dikira sah! bende ini fakta ea.. tapi kalau sudah baligh puasa itu sudah jadi wajib. kalau tak niat alamat kena ganti puasa lah. hahaha..